Wednesday, March 31, 2010

bila ternampak seorang budak perempuan bertudung singkat, kau akan kata "ah, mesti budak medik ni".

bile ternampak sekumpulan budak lelaki menghisap rokok, "ish budak2 medik ni"

malah, bila sepasang lelaki perempuan di temui bermain bowling bersama, mereka akan mengaku "kami budak medik." sedangkan bila di tanya dgn lanjut, rupenya mereka adalah pelajar kuliah bahasa arab.


aku pernah mendengar, dua golongan yang paling dipercayai oleh masyarakat; doktor dan ustaz. dan nyata sekali, kedua-dua golongan itu di 'bentuk' di sini, di mesir. oleh itu, tentu sekali persoalan "suasana" sudah terkeluar. tetapi, mulia sangatkah mereka yang belajar di universiti tertua di dunia itu?

yang aku pasti, tak semua org yg ambil medik atas kerelaan; ada yg dipaksa ibunya, ada yang sebab medik mesir saja yang boleh dapat tajaan ke luar negara, ade pula yg rasa ambil medik nampak cam gempak. tapi stakat aku tahu, bakal ustaz tidak pernah ada yang dipaksa. belum lagi pernah saya dengar "ibu melarang saya amek mende lain selain syariah", bahkan yg selalu nya adalah "mak saya tak kasi amek syariah".

hakikatnya, belajar medik adalah satu perbuatan yang sangat susah. kena hafal branches of abdominal aorta, structure & functions of hyaline cartilage, cardiac cycle. dah la banyak camtu, bila belajar tak masuk, mula lah tensen nya. bila tensen, mula lah buat perangai pelik. tulis blog, keluar dating, main bowling, tengok movie dsb.

dan jangan salahkan mereka kerana latar belakang mereka jauh berbeza dengan kau. ada yang memang sudah biasa keluar laki pmpuan besama, ada yang sudah biasa pergi main bowling, ada yang sudah biasa menghisap rokok atau shisha. berbanding kau yang sekolah agama dari sekolah rendah ke sekolah menengah, tambah dengan form 6 lagi. oh ye, lepas tu kau masuk tahfiz pula.

tapi yang kau lakukan bukannya menegur mereka. bukan nak ajak mereka buat kebaikan. kau tulis blog kutuk mereka. kau umpat di belakang mereka. kau aibkan mereka. konon nya mereka sudah melampau. konon nya kau mulia dan berada di tpt mulia. ini kah yang kau belajar bertahun-tahun di sekolah agama kau? pasti kecewa ustaz kau.

cuba kau pergi menjadi budak medik. oh, lupe. kau orang mulia. tak main lah bidang sekular. tapi bukan ke dalam Al-Qur'an juga ada sebut ilmu sains. bukan kah kau patut lebih tahu?

aku pernah jumpa budak medik yang mahir dalam bidang kau. tapi kau yang mahir dalam bidang medik..? tapi tetap kau pukul rata.

sudah lah semua ini. kau menambah bebanan yang sia-sia saja. tidak lain hanya menambah tensen mereka. cukuplah dengan tensen mereka yang sedia ada. jika benar mereka salah, kau tegurlah dengan hikmah. kalau bukan dengan hikmah kau menegur, lebih baik kau buat benda yang mendatangkan faedah pada diri kau. pergi kuliah mungkin ? hehe.

Monday, March 22, 2010

pagi tu seperti biase, 7.30 bergegas ke bawabah talatah. menunggu bas (paling diharapkan bas panjang 602). alhamdulillah, seperti yang dijangka, bas 602 sampai. saya naik dan berdiri.

sebaik saja turun dari bas, Jupa teringat dia tak bawa lab coat. cadangnya untuk tidak hadir langsung ke praktikal anatomi. jadi saya masuk ke kelas seorang diri. kelihatan ramai sudah sampai. ada yang sedang membaca buku, ada yang sedang sembang-sembang, ada juga yang bergelak ketawa.

takut disoal oleh doktor, saya pun membuka buku dan membaca apa yang patut. selang beberapa minit, doktor pun masuk. semua senyap. doktor ni memang terkenal dengan ketegasan. tapi beliau juga seorang yang suka membuat lawak. saya pasti gelak setiap kali dia buat lawak - itu jika saya faham.

sesi pembelajaran bermula. maka bermulalah topik perbincangan. sesekali lawak-lawak doktor memecah suasana hening kelas. tiba-tiba, telefon bimbit milik doktor berbunyi. doktor ragu-ragu untuk angkat atau biarkan.

beliau pun mengangkat nya. seakan-akan ia dari seorang yang penting apabila doktor melihat caller id di telefon bimbit nya. selesai bercakap, mata doktor bertuka warna. dari putih ke merah. di selaputi sedikit air mata. suasana bertukar mood. dari ceria kepada suram. dari keriuhan berbincang kepada senyap tanpa bunyi.

doktor cuba tabah. menyambung sesi pembelajaran. tapi jelas sekali, beliau tidak mampu menahan lama. sejurus selepas itu, beliau memendekkan penjelasan dan terus kepada praktikal. seusai semua kumpulan melihat mayat, beliau pun keluar dari kelas. dari riak wajah beliau, saya yakin dia sedang dalam keadaan sedih.


itu baru separuh hari ini.

Monday, March 15, 2010

bukan masalah ia adalah benda bagus. tetapi ia adalah benda yang sangat pelik.

jika tiada manfaat, maka apa beza jika meninggalkan nya ?



apakah kau mencari populariti ?

maka menjadi lah ia seperti debu-debu berterbangan.



kasihan sungguh melihat nya.

kekurangan kasih sayang kah?
lupa kasih sayangNya tak pernah berpenghujung ?
aduhai.



habestu, jika ia bukan kerana Allah, demi ape ?

demi facebook ?


Thursday, March 11, 2010

cuba pergi ke kedai ayam. beli seekor ayam. kau carik bulu nya satu persatu dalam perjalanan pulang ke rumah.

esok hari. pergi kau mengutip semula semua bulu ayam itu.

tak perlu lah bitau betape susahnye.


tapi tu lah.


******

(google gambar jag. jumpe ni. oh tetbe rindu rumah. oh wai~)


sebuah jag. ia tidak akan mengalir keluar ape-ape melainkan ape yang ada di dalamnya.

jika air soya didalamnya, air soya lah yang keluar.
jika air arab cola didalamnya, tak munkgin lah air lemon yang keluar. air arab cola lah yang akan keluar mengalir.


******



sebuah span boleh meresap basahan disekelilingnya. dengan meletakkanya di tempat basah, ia secara automatik akan meresap nya. tanpa perlu di arah.
(bukan sponge ni, yang ni lah)











aduhai. penting nya menjaga hati. jaga lisan, terjagalah hati.

Copyright 2008 tulisan ini . All rights reserved.

Template By: Hive Designs Ported By: Theme Lab. Blogger by akOOgle