Tuesday, March 15, 2011

bila kecil-kecil terasa seronok melakukan sesuatu. tak sangka satu hari nanti kita akan membesar dan tengok balik sambil gelakkan kisah-kisah silam kita. ada yang gembira dan ingin dikongsi, ada yang sedih dan ingin diambil iktibar, ada juga yang memalukan dan ingin disorokkan selamanya. hehe.

kadang-kadang sesuatu yang dilakukan dengan emosi lebih menarik dan mengesani hati. lebih-lebih lagi bila ia dicatat dan kemudian 3-4 tahun kemudian dibaca semula.

********

[kanan] salam
[kiri] salam. apa khabar sebelah sana?
[kanan] saya sihat je. kamu?
[kiri] kurang sikit. saya tgh berbau. baru lepas bekerja
[kanan] oh ye ke? patutla saya basah.
[kiri] terima kasihla tolong tadi
[kanan] biasala tuh. kita kan sebadan.
[kiri] walaupun kita sebadan, byk juga perkara saya tak tahu mengenai kamu
[kanan] ish. jgnla camtu. org yg x ambil tahu hal saudara mrk, mereka bukanlah di kalangan mereka
[kiri] yela.. tapi saya da cuba tapi tak dapat
[kanan] takpela. janji ade usaha
[kiri] kadang² saya tak tahu pun kamu sedekah kat org
[kanan] habis tu camner kamu tahu saya sedekah kat org?
[kiri] Mulut bitau aku. dia kata Hati suh bitau
[kanan] aiseh.. hilang pahala.
[kiri] Hati sehat tak harini ?
[kanan] tak taula. Mata kata dia asyik usha awek je.
[kiri] erm.. Kanan, jomlah kita bekerjasama dgn Mulut bantu Hati. patu kita suh Mata mandikan Pipi.
[kanan] jom. Kiri, rapat sini sikit.
[kiri] sungguh² tau. kita doakan Hati sihat dan sentiasa dalam keadaan beriman.
[mulut] Rabbana la tuzigh qulubana ba'da iz hadaitana wa hablana min ladunka rahmah

********

saya dulukala suka berlatih untuk menulis dengan tangan dan tangan kiri secara bergilir. konon-konon tak nak penat . haha. dan selepas berpenat lelah dalam menguruskan gerai Kita Semua Kelas 5007, saya menulis tulisan di atas dalam sehelai ketas conteng.

pagi tadi spring cleaning bilik setelah sekian lama, sambil mengemas barang-barang yang menjadi kenangan sepanjang jatuh bangun saya sehingga saya menjadi saya sekarang, emosi bermain di dalam jiwa.

ah, cukup lah sampai sini je.

2 Responses to memory:

  1. hurm! nice!

    cuma... ada jumpa patung perempuan kecik pgg bendera x?

  1. nak kutuk. tapi....

    takpelah. abaikan.

Copyright 2008 tulisan ini . All rights reserved.

Template By: Hive Designs Ported By: Theme Lab. Blogger by akOOgle