Monday, April 11, 2011

Bismillah. praise to Allah the Almighty.


i stand and watch. it was a competitive match as the league leaders faces the team ranked second. with just a point separating both teams, it was sure to be fierce and - for the lovers of the game - entertaining.

but then, it ended 0-0. i made my own post-match self-interviews to the players. some are satisfied with the result. some are just bothered they didnt get a goal or two. and a player was cursing to himself as he missed a last minute chance to win the game.

it all depends on how they approached the game, i thought.

+ + + + + + +


i came to a conclusion that in everything we do, there's always three things in the thoughts of people;

(a) the aim of what he's doing
(b) to improve what he's doing
(c) to enjoy what he's doing


a quick example. if a guy plays football;
(a) he plays for the money, ukhuwah (fuiyo!), fame or maybe the girls (?)
(b) he plays to improve the skills and tricks. improve passing and interplay maybe.
(c) he enjoys playing the game. yeah!


gambar arkib ; futsal Azhar Ain Shams 2010

for me, its sometime good to play for the prize. but not always. sometime you need to enjoy the game. and maybe another time go out and try new stuffs to improve what you already have.

and yeah, this does not apply to football only.

Tuesday, March 15, 2011

bila kecil-kecil terasa seronok melakukan sesuatu. tak sangka satu hari nanti kita akan membesar dan tengok balik sambil gelakkan kisah-kisah silam kita. ada yang gembira dan ingin dikongsi, ada yang sedih dan ingin diambil iktibar, ada juga yang memalukan dan ingin disorokkan selamanya. hehe.

kadang-kadang sesuatu yang dilakukan dengan emosi lebih menarik dan mengesani hati. lebih-lebih lagi bila ia dicatat dan kemudian 3-4 tahun kemudian dibaca semula.

********

[kanan] salam
[kiri] salam. apa khabar sebelah sana?
[kanan] saya sihat je. kamu?
[kiri] kurang sikit. saya tgh berbau. baru lepas bekerja
[kanan] oh ye ke? patutla saya basah.
[kiri] terima kasihla tolong tadi
[kanan] biasala tuh. kita kan sebadan.
[kiri] walaupun kita sebadan, byk juga perkara saya tak tahu mengenai kamu
[kanan] ish. jgnla camtu. org yg x ambil tahu hal saudara mrk, mereka bukanlah di kalangan mereka
[kiri] yela.. tapi saya da cuba tapi tak dapat
[kanan] takpela. janji ade usaha
[kiri] kadang² saya tak tahu pun kamu sedekah kat org
[kanan] habis tu camner kamu tahu saya sedekah kat org?
[kiri] Mulut bitau aku. dia kata Hati suh bitau
[kanan] aiseh.. hilang pahala.
[kiri] Hati sehat tak harini ?
[kanan] tak taula. Mata kata dia asyik usha awek je.
[kiri] erm.. Kanan, jomlah kita bekerjasama dgn Mulut bantu Hati. patu kita suh Mata mandikan Pipi.
[kanan] jom. Kiri, rapat sini sikit.
[kiri] sungguh² tau. kita doakan Hati sihat dan sentiasa dalam keadaan beriman.
[mulut] Rabbana la tuzigh qulubana ba'da iz hadaitana wa hablana min ladunka rahmah

********

saya dulukala suka berlatih untuk menulis dengan tangan dan tangan kiri secara bergilir. konon-konon tak nak penat . haha. dan selepas berpenat lelah dalam menguruskan gerai Kita Semua Kelas 5007, saya menulis tulisan di atas dalam sehelai ketas conteng.

pagi tadi spring cleaning bilik setelah sekian lama, sambil mengemas barang-barang yang menjadi kenangan sepanjang jatuh bangun saya sehingga saya menjadi saya sekarang, emosi bermain di dalam jiwa.

ah, cukup lah sampai sini je.

Saturday, December 25, 2010

jika aku seorang yang siuman, saya akan melihat gelagat seperti meludah ke orang di tengah jalan seperti satu benda yang tidak siuman. kerana ia dilakukan oleh orang yang kurang siuman (baca : orang gila).

sebaliknya bagi orang yang kurang siuman itu, melihat orang bertamadun memakai baju kemas bertali leher dan kasut kulit berkilat silau-silau, sangat pelik baginya. dan dia rasa kan bahawa orang itu lah yang tidak siuman kerana tidak seperti nya. (oh tidak, camana aku tau ni ?)

malaysia 6-2 england. futsal KL 5's 2008.


jika aku seorang pemain bola sepak, aku akan melihat pemainan bola keranjang seperti sesuatu yang tidak seronok. mesti lah. aku kan pemain bola sepak. aku bermain dengan menyepak guna kaki dan bukan nya dengan melompat lalu menghempas bola laju-laju ke dalam satu bulatan kecil.

dan sebaliknya juga. aku ada seorang kawan, meminati bola keranjang. dia rasakan ia lebih seronok daripada mengejar dan menyepak bola.




jadi sememang nya apa yang kita suka dan selalu lakukan itu lah yang akan mempengaruhi penglihatan dan pemikiran kita terhadap sesuatu.

dengan keterbatasan itu, apa salahnya mendengar kata orang lain ?

Monday, December 20, 2010

dulu masa kecil-kecil, kita keluar main bersama. kadang kau datang ke rumah jerit nama aku berulang kali, kadang giliran aku untuk jerit nama kau depan rumah kau. kita sembang-sembang bersama. berbincang isu terkini. kita main bola sepak lawan team taman sebelah. kita selalu berlari sana berlari sini. aku jatuh kau gelak kan. kau jatuh aku risau (ocheh).

tetapi masa berlalu, kita terpisah dalam agenda mengejar cita-cita masing-masing. kau ke utara aku ke selatan (oh kenapa mesti berlawanan). kita membesar dengan suasana berbeza. kau dengan suasana dan persekitaran kau, begitu lah juga untuk aku.

setelah beberapa tahun berlalu. kita bertemu semula. kau nampak lain. kau kini sudah berubah. bukan lagi macam dulu.

kita masih kawan, kan ? walaupun rambut kau tercacak dan rambut aku serabai seperti dulu.

kita masih kawan, kan ? walaupun kau dribble sepuluh orang dengan sebelah mata, aku sepak bola pun kadang-kadang tak kena.

kita masih kawan, kan ? walaupun cara kau pandang Islam seperti itu, tak seperti aku.

kita masih kawan, kan ? walaupun ilmu kau sudah ala-ala ulamak, dan aku masih terkapai-kapai fardhu ain.

kita masih kawan, kan ? walaupun kau sudah jadi presiden persatuan pelajar di universiti, sedang aku pelajar biasa.


aku harap jawapan nya ya. ya Allah, makbulkan lah.


(43;67)

Saturday, December 4, 2010

bila semangat hilang, teringat sebuah kisah dahulu kala.


beberapa hari sebelum periksa BESAR matapelajaran matematik tambahan , seorang pelajar berjalan-jalan sebentar , berehat setelah lama memegang pen dan menekan-nekan kalkulator. lalu terserempak lah dia dengan seorang kawannya yang tengah baca suratkhabar.

A : amboi sempat bace suratkabar lagi tuh. mesti da setel edmet ni.

B : tak jugak lah kan. tapi macam tade harapan je edmet nih. lepak sudah.

A : oh. kau sudah givap ke ape nih ?

B : lebih kurang la .

A : kau penah dengar cerita tentang seorang nenek. dia kene kejar dengan anjing. dia lari kan diri dia smpai lah satu longkang besar. tapi sebab dia takut sangat dengan anjing tu, dia lompat jugak longkang tuh.

B : aku bukan nenek

A : kau lagi muda dari nenek

B : aku penah dengar cite tuh. sume org cite die lompat je. tapi tade sape cite dia sampai tak.

A : ha tu lah. ramai orang cerita dia lompat je. dia sampai ke tak tade sape cite kan ?



apa kesudahan sebenar nenek tu pun aku tak tahu . oh sape tahu ?

Sunday, November 28, 2010

Suatu ketika dulu, bila terasa perlukan sesuatu barang, ataupun stock bahan mentah sudah hampir habis, pada ketika itu kehendak untuk shopping mula timbul. jadi mula lah ajak mama atau abah pergi shopping.

tapi selalunya jika hari itu hari ahad, ataupun hari cuti umum, abah dan mama akan sarankan untuk pergi awal pagi atau pun pergi hari lain sahaja. alasannya adalah kerana jika pergi pada waktu itu, maka pasti sesak kerana ramai orang.

saya selalu terfikir, jika semua orang punya fikiran semacam itu, pasti tidak sesak hari itu. jadi kadang-kadang saya eksperimen dengan pergi sendiri. saja cuba-cuba.

ternyata ramai juga orang. rupanya tak semua berfikiran seperti itu.



********

begitu juga saya merasa sekarang. kenapa tak pergi saja mengundi. mana lah tahu kali ini semua terfikir bahawa undian mereka akan menjadi penentu kepada keputusan. paling kurang berusaha dulu. paling kurang melaksanakan tanggungjawab. berlakunya kepincangan dalam pengiraan itu serah kan saja pada yang lebih berhak menghukum.

usaha tu kan ada pahala nya ?

Saturday, August 21, 2010

Lama rasenya tak mengarut. jadi sempena ramadhan, mengarut versi ramadhan lah kan.


ramai yang tidak berani membuka laman-laman web dikhalayak ramai. namun bila keseorangan, mudah saja jari menekan klik pada link nya.

tetapi bila puasa, tidak pula mereka makan. walaupun berada berseorangan di dalam bilik. tidak pula ada yang makan senyap-senyap belakang almari ataupun yang makan dalam tandas seperti disebuah sekolah, haha




oh berbuka puasa di bulan ramadan saja kah yang berdosa ?


....moga-moga kau bertaqwa. (al-baqarah : 183)


versi ramadan lain :
1. additional syariah : sini
2. taqwa ramadhan : sini

Sunday, June 20, 2010

Bagi peminat bola sepak, siapa yang tidak kenal dengan pemain Barcelona bernama Lionel Messi. Tanpa ragu lagi antara pemain terbaik bola sepak masa kini, Messi telah merangkul kesemua pingat yang mampu dimiliki oleh seorang pemain bola sepak kelab professional. beliau juga menjadi penjaring terbanyak liga sepanyol pada musim lalu dengan 34 jaringan walaupun bermain dalam 31 perlawanan sahaja.

Dalam kesemua jaringan beliau, Messi telah membuat celebration yang sama. Setelah penat berlari dan menjerit, lalu berpeluk-pelukan dengan rakan-rakan sepasukan, beliau akan menuding kedua-dua jari nya kelangit.


Messi menjaringkan gol penyamaan menentang Arsenal. Gambar print screen. Haha.


Sejak dari kecil lagi Messi bercita-cita untuk menjadi pemain bola sepak professional. Tetapi dahulunya dan sekarang mungkin dengan berbadan kecil, beliau sering kali terasa tidak layak dan tidak menepati ciri-ciri sebagai seorang pemain bola sepak. Tetapi neneknya sentiasa mendorong beliau pada zaman kanak-kanak nya untuk meneruskan bermain bola sepak. Diwaktu orang lain meragui kemampuan nya untuk bermain di taraf antarabangsa. (oh ayat novel, lebih-lebih pulak)

Dan kini, neneknya sudah tiada. Lalu setiap kali menjaringkan gol, Messi menunding jari ke langit sebagai tanda penghargaan dan dedikasi beliau kepada mereka yang telah memberi nya semangat dan keyakinan untuk menjadikan beliau seperti sekarang. *terharu*


* Terima kasih mama dan abah *sob-sob* (bajet terharu)
* ok nak pergi periksa. doakan (cam biase)

Saturday, June 12, 2010

"Tiada pembunuh yang lebih kejam daripada maharaja cina zaman dahulu melainkan masa kosong"
(forgotten, 2008)






"cawan jika tidak diisi dengan air, angin akan masuk mengisinya."

"tangan-tangan yang tidak bekerja, akan dikerjakan oleh syaitan"



* tekan pada gambar untuk paparan lebih jelas.
* oh rase bosannye mase exam ni. bile nk habes nih. huh.
* sudah mule terbayang mesia. tp takot jugak kene dur thani (huahua)
* pinta doa dari semua.

Wednesday, June 2, 2010

Labels:

I thought I had done all the good deeds,
but when I read the seerah,
I realized I was well below their standards.

I thought I had done the worst thing in my life,
but when I read the newspaper,
I realized that I was not so bad.

I thought I had support in my friends,
but as time gets though
they disappear on their own way

I thought my life was going well,
suddenly I tripped
and never got up

Sometimes I try
picking myself up
seems quite impossible

Suddenly I found light
but I was stopped by uncertainty
and dragged back by lack of confidence

I tried everything I could
it seems to get worse
as I was alone
Lost in the middle of nowhere

huh~

Copyright 2008 tulisan ini . All rights reserved.

Template By: Hive Designs Ported By: Theme Lab. Blogger by akOOgle