Sunday, October 12, 2008


sebelum itu, makluman awal, post ini bukan post emosional. haha. dan mungkin hanya segelintir yang faham.
sejak kebelakangan ni, saya duduk di rumah bersendiri. bila mana saya buka komputer, tiada langsung online user di YM!. saya mula menjadi bosan. mula termenung². tekenang kan saat muda² dulu. ya, saat muda² dulu.

ini kisah beberapa bulan lepas. tapi sudah terase seakan sudah berabad lepas.


begini kisahnya;
meo ke wan
"wei, nnt ade *event*. jom pegi!"
"jom!"
wan ke hasip & syek
"wei, wei pegi *event* jom!"
"tadehal. jom!"

bile tibe harinye. izad berjalan ke umah meo. bwk kete kancil puteh meo. amek syek dan hasip. kemudian dtg amek aku. lalu berangkat lah kami ke *event*.

dlm 5 bulan bersame. itulah skrip same yg belaku. dan sekian lame, beberape kompilasi dikumpulkan.
  1. kisah kancil - kenari - waja. "gempak do driver. sungguh skilfull"
  2. "wei aku nk masjid kat maghrib. patu trus gi konsert"
  3. "ni nak utube kat maner?"
  4. Falcao. (plng tatahan, wahaha)

anatare *event*: Futsal KL5's, jln² di putrajaya, malam gemilang hijrah dll.



sekarang sume sudah besar. mengejar cite-cite masing. doktor, aktuarists, pakar it, bioteknologist, arkitek.
apekah ini merupekan episod terakher? atau hanye episod terakher season 1? nantikan.

Tuesday, October 7, 2008



ade beberape penemuan terbaru dlm masalah matematik


1 + 1 = 1
jika setitis air ditambah dengan setitis air lg, ia tetap akan jadi setitis air.


lagi,
6 - 1 = 0
rukun iman, jika ditolak salah satu daripada enam, maka akan terbatal iman nya.


satu lagi,
30 + 6 = 365
"Barang siapa yang berpuasa Ramadhan kemudian berpuasa enam hari di bulan Syawal,
maka dia berpuasa seperti setahun penuh." (Riwayat Muslim)




hukum matematik perlu dirujuk semula selepas ini.
hadiah noble untuk saya!


Thursday, October 2, 2008


edisi kali ini berbaur emosional.


kepada semua
hayati dan hargai,
jika ia yang terakhir buatmu.



SELAMAT HARI RAYA
mohon maaf zahir dan batin.
amalan istiqamah seperti di bulan ramadhan hendaknye.



Friday, September 19, 2008

orang kate saket itu mainan mental je.

jika seseorang yg demam, tp punya semangat untuk panjat gunung angsi, pasti takan terase yg suhu badannye naik. malah boleh saje menjadi org petame utk sampai ke puncak.

cube suh membe cubet pipi - atau jika terase tak sesuai, cube suh membe tu picit tangan pun cukup. lalu fikiran kite memikirkan ttg seronok nye berkahwen dgn insan pilihan. pasti kite terbang di awangan sampai tasedar tangan kite sedang dicubet oleh membe tadi.

sebab tu orang yang diheret ke tengah padang pasir. lalu dihempapkan batu besar di atas badannye. hanye kerna mempertahankan iman. pasti takan merase saket seandainya fikirannye sudah terbayangkan ganjaran syurga yang bakal dimiliki di akhirat sane.

+++++++++++++++++++

sutu hari, meo bwk ayam goreng ke skola. die pun ajak aku dan naim utk mkn. kitorg pun mkn kat dewan makan. kebetulan tpt kitrog duduk tu ade sise bekas org makan kfc. bersepah kotak kfc kat situ.

datang plak seorg bdak lalu-lalang. meo pun meng'offer' mknan kat budak. "wei, nak ayam x?" bdak tu da teruje dgn abg² yg sungguh baik hati ni. "mestila nak." budak tu pun duduk dan makan. tgh² die mkn, kitorg saja la tanyer, "sedap ke?" die pun jwb, "mestila sedap, ayam kfc. mahal plak tuh. baik la abg² ni." smbil senyum², kitorg tak mengiyekan pun kate² budak itu.


kata meo
"mind set tu penting. takesah la ayam kfc ke tak"


sepanjang malam kitorg gelak² terkenang kejadian tuh.
rupenye ayam kfc sedap bkn sebab resepi rahsie dgn rempah ratusnye, tapi sebab ade pakcik colonel tu kat kotak letak ayam goreng tuh.

Friday, September 12, 2008

Aduh. Terkene. Tepat sekali.




“Air yang tidak mengalir (statik), akan merosakkan air tersebut.
Pemuda yang banyak masa kosong (tidak dinamik), akan dibunuh oleh masa kosong itu”






Huuh~
Tolong. anybody.


Hm. juga,
jangan disebarkan perkara yang tak pasti.
ape salahnya mendapatkan kepastian sebelum menyebarkan nye.
sungguh, berzikir lebih banyak manfaatnya bukan?



Tuesday, September 9, 2008

Segala Puji Bagi Tuhan Sekalian Alam.


Dengan Nama Allah, ArRahman ArRahim.





Akhirnya. Hampir siap sepenuhnya.


Sila lawati. Di sini.
Bismillah~

Monday, September 8, 2008

Labels:

pergi kedai hari pertame ramadhan,
lagu raye berkumandang di corong radio.

azan asar, tempat letak kereta masjid penuh,
sume beratur tunggu bubur sedap.

kaunter zakat tak pernah tutup,
pun terpakse jugak buat cara mudah;
cara ini dan ini.

yang wajib dan sebentar tak diramaikan,
yang sunat lagi lama diramaikan;
munkin kerana habuan dihujungnya.

mulut menahan dari batal yang disedari,
tangan asyik terbatal tanpa disedari.

duit senang keluar poket,
susah masuk peti;
biar hati kosong, janji perut penuh.

laki pulang awal,
tolong puan katenye;
alasan elak kesesakan.

kedai baju laris,
seorang keluar dengan dua plastik.

semua sebok dengan masa depan,
sedang aku percume terkenang masa lampau.

Monday, September 1, 2008

Apabila restoran mula di tutup pada waktu pagi,
apabila ramai pengacara tv tiba-tiba pakai tudung,
apabila masjid dan surau sesak - lebih² lagi waktu isya',
apabila yang tak pernah membaca Al-Qur'an boleh khatam,
apabila kutipan derma di tabung surau mula meningkat
apabila manusia mula bangun pagi-pagi buta,
apabila tiket bas sudah habis,

waktu itu, tandanya ia sudah tiba.

RAMADHAN !!


Friday, August 29, 2008

aku ingat lagi dulu. mase aku skola rendah. aku suke main. main komputer, main keja-keja kat taman depan umah (mase kat sek 19), main bola, dan mcm-mcm main lg.

bile da nak dekat-dekat nak habes skola renda tuh (dajah 5 & dajah 6), mak aku da takasi sangat men. fokus! nak UPSR ngan UPSRI (ade lg ke mende ni skang?). mase dajah 5, "sudah²la byk main. taun dpn UPSR". mase dajah 6 "behenti la men. pas UPSR men la puas²".

naik sekolah menengah. aku stat blaja bende² baru. belakon, nasyid, care nak atur prog, bukak gerai jualan. naik fom 2, muallim/h da suh kurangkan wat mende len. katenye taun dpn da nk PMR da. fokus sikit. mase fom 3, suh benti wat bende² len. pas habes PMR wat la ape² sesuke-suki hati.

patu masok pulak fom 4. bio, kimia, fizik masok dlm silibus. blom lg add met. sbb tu, pekse akher taun die cam pekse PMR dulu. 2-3 bln sblm pekse akher taun, muallim/h da kate kurgkan wat keje len.

mase fom 5 mmg cite len. sepanjang taun dinasihatkan supaya jgn wat mende len. silap, drpd akher taun fom 4 sbnrnye. katenye cam biase; "fokus. setahun je. lps setahun tu buat la ape² nak".

fine. habis spm. ade mase sket utk berehat. sekejap je. sebelum stat penin nk amek kos ape. masok u mane. ape yg terbek.

bile matriks menjadi pilihan. cikgu pon pesan. "kamu semua fokus ye. matriks ni setahun je. pasni da tade. klo talepas ni, kamu jugak yg nyesal." sehingga menjadi pasukan pimpinan pun dikecam oleh para cikgu. "jd JPP ni tade mase depan. nnt sibuk urus sane, urus sini smpi taseda bile nak blaja." kawan-kawan yg aku knal lain, lain jadi. setahun je mungkin.


aku jangke, nnt bile da masok degree ke ape ke, mesti bende same berulang. "sudah la. final exam da nak dekat. tayah la nak wat mende len." ntah², klo 4 tahun die amek kos tuh, 4 tahun la die dengar mende same.

bile tamat blaja, masok bidang keje. pastinya majikan suh fokus pada keje. sehinggalah die pencen.

tamatlah sudah mase mudenye.

waktu ni baru nak ingat mati. fokus pada ibadah.


[disclaimer : post ini bukan galakan untuk mengabaikan pelajaran ke ape]

Monday, August 25, 2008

Kali ini, aku buka album kelas5007.
dalam kenangan, tahun terakher kami disekolah tercinta.

rehlah ke kalumpang. bajet nyer pasal, 25 org dimuatkan dalam 2 buah rumah yg patotnye boleh muat 4 org satu rumah.

meraikan kemenangan abbas menentang kathir 8-1 dengan sebegitu sekali.

kunjungan ke pesta buku antarabangsa. sempat tangkap gamba besame seorg penulis (walaupun muke die ala2 terpakse)

Ha, yg ni mahal. bkn sume leh dpt ni. besame ahli kumpulan Aashiq Ar-Rasul. klo dgn Hijjaz sume boleh.

ha, kami sendiri seperti artis juge. haha. ni kami wat show di masjid negeri. menyambut pelajar indonesia.

dan yang ni pula cover album sempena show di grand season hotel. hm. yg ni lupe sempena ape.

ni lah muke2 terpakse bazir mase pegi satu seminar BES lagi MOTIF. yg tgh bace tu mungkin tgh pure2 smngt kot.

dan ni lah salah seorang ahli panel seminar tuh. survivor of the pengeboman di hiroshima dan nagasaki.

mlmh english bwk kitorg ke sebuah pantai 'indah' utk sesi fotografi. release tensen mungkin. nak spm katekan.

be the difference. haha.

antare prog2 kerohanian. Qiam di sek 27.

Bln Ramadhan menjelma. iftar jamaie pun dibuat.

klo da iftar, mesti kene sahur. nasi apentah name, khas dr ustaz taingat name gak. (sesape igt, tlg igtkan) haha.

Musim raye lak datang. ni kt dpn umah timb pengetua (mase tuh). nk tau kesudahan peristiwe ni tanye yg hadir.

majlis restu. utk plaja spm. no komen.

bahang spm kian terase. baru teseda nak blaja sket. waktu ni baru la nk tau caner nk jwb soklan intergration. baru la hafal dalil2 tak disepakati dgn lancar.

spm pun tamat. gamba kenangan besame pengawas peperiksaan. (wong lo kat). haha

huh. habes spm jelma perpisahan. tanak cter yg ni. sedey.

in memory. kelas5007. gambar terakher bersame (?)

"Allahumma allif baina qulubina kama allafta bainal ansar wal mujahideen"
Ameen~



Kamus
kelas5007 - pelajar tingkatan 5 tahun 2007 di smihira', jeram.



Copyright 2008 tulisan ini . All rights reserved.

Template By: Hive Designs Ported By: Theme Lab. Blogger by akOOgle