Sunday, October 11, 2009

lima perkembangan terkini.


satu.
kuliah da start. secare rasminye hari ni. kuliah tige hari seminggu; ahad, slase, kames (yay!). tp kelas pukul 8 smpi 8 (woh!). basically gi kelas skang hanye nk dpt rentak, blaja tapaham mende (waa), die ckp dlm bahse arab. dan ade gak bahse inggeris di arabkan (virusat adelah jama' muannas salim kpd virus).


dua.
seperti post di bawah. kami sudah berkerajaan baru. jd sudah tidak tinggal di asrama rumah selangor. jemput2 lah datang ke kerajaan baru kami di bawabah thaniah. ade byk kueh raye mesia sbb housemate sume baru blk dr mesia (hehe).


tiga.
sesi kuliah baru sudah tiba. jadi bertambahla lagi penduduk melayu di mesir ni. patu dak2 baru smpai ni menyebabkan bertambahla ahli2 alumni hira' di mesir. timbul la cadangan untuk menubuhkan aliph cawangan mesir (haha). - ni hanyalah karutan sahaja.


empat.
sudah sebulan setengah penuh tidak bermain bola. hari jumaat lepas adelah hari pertame sejak 20 ogos (2 hari sblm pose). ni menjadi rekod mase paling lame tidak bermain bola dalam sejarah hidup wan hilmi. (50 days without football, hoh! sendiri tapecaye, hanye di mesir bole buat)


lima.
tahniah kepada AJKT baru BKASM. semoga dapat menjalankan amanah dengan amanah dan ikhlas.

Saturday, October 10, 2009

salam.

alhamdulillah, setelah penat lelah kami, setelah mengharungi segala dugaan dan cabaran yang datang, akhirnye terbentuklah kerajaan baru. kerajaan yang sekian lama diidam-idam kan.

minta maaf, bukan kami tak suka kerajaan lama. tapi kami perlukan pembaharuan dan keselesaan. bukanlah bermakna mereka tidak boleh memberi kami itu semua. tapi kami merasa lebih baik kami yang mewujudkannya sendiri. walaupun kami baru dalam bidang pentadbiran, kami akan cuba sedaya mungkin untuk mengekalkan kerajaan ini.

akhir kalam, minta doa dari semua agar kerajaan baru ini berkemampuan untuk bertahan selama yang mungkin.

kerajaan ditubuhkan pada 8 oktober 2009.
dijumpai pada 20 september 2009 (hari raya pertama)
ardhiyah, madkhal alif, imarah 27, bawabah thaniah, hayyu 'asyir, madinah nasr, kaherah

Friday, October 2, 2009

salam. edisi pantas.


Kuliah stat = 3 oktober 2009
Ahli Beit* sampai mesir = 3 oktober 2009
Jaulah PSMB** MARA = 3 oktober 2009
Walimah Qamarul-Khairah & Shuhaib-Uswah = 3 oktober 2009


ahh. masalah!?



* ahli beit = teman serumah
** PSMB = program sambutan mahasiswa baru

Sunday, September 27, 2009



kepada sume,
selamat menyambut aidilfitri.
semoga kemenangan dicapai dari segi sume aspek.

mohon maaf kepada sume,
mama, abah, along, kakngah, mysara, modah,
kaum kerabat kat kampung,
taun ni fes time tak raye kat tganu,
(tipu la klo tasedeyh, cume kene la kontrol)
sahabat-sahabat yg mengenali,
dan sesape je yang ade termasok blog ni.

moga bertemu ramadhan akan dtg.

Wednesday, September 9, 2009

Labels:

bila daku merasa lemah
ku pohon kekuatan
namun kesusahan yang Kau beri
baru ku tahu rahsia insan cemerlang dahulu

bila daku merasa kosong
diri meronta minta bimbingan
namun tidak kutemui apa-apa
hakikatnya hasil itu tidak datang bergolek mudah

bila daku merasa sempit
ku pohon kan kelapangan
namun kesempitan tidak jua beredar
rupanya kesempitan itu lah menghidupkan diri

bila daku sakit
ku pohon dimudahkan urusan
namun sakitnnya bertambah
disitulah bertambah akrabnya aku dengan Mu

bila susah datang menyinggah
puas ku mohon senang tiba
tidak kunjung tiba kesenangan
mungkin itu yang lebih baik untukku

Tuhan
hikmah Mu hanya Kau yang tahu
mengajar ku erti redha
maka jadikanlah aku menyukai
ketetapanMu kepadaku



hilmi jauhari,
bawabah 3, hayyu 'asyir.
09 09 09

Monday, August 31, 2009

Labels:

Hatiku Di Negaraku

Semakin jauh semakin rindu
Terkenang tanah lahirku
Masa pantas berlalu
Hatiku sentiasa disitu

Walau jauh daku berada
Meski di mana tempatnya
Tak pernah hilang di minda
Hatiku sentiasa di sana

Cabaran dugaan melanda
Mencabar rasa setia
Nafsu, syaitan ditentang jua
Hatiku tetap bersama

Kau sekarang sudah maju
Jangan lupa pada Yang Satu
Akan ku kenang selalu
Hatiku di negaraku



Juara Pertandingan Mencipta Lagu Bulan Kemerdekaan 2006
Penyanyi asal: Wan & Zahir (feat kelas5007)
Pentas: 4 Fudhail 'Iyadh 06
Lirik: Hilmi Jauhari
Lagu: Foo-art






* tade artis nk nyanyikan ke utk pertandingan 1malaysia (?) hehe.




** oh. terkenang zaman silam. sudah² la tu




*** tunggu fuad dtg nyanyikan semula. boleh buat video kot :P

Thursday, August 13, 2009

semenjak due menjak ni, kerap bermen dgn excel dan powerpoint. ade saja tugasan dek program yg x penah henti. dpt la aku explore sket powerpoint ngan excel office 2007. tu pun sket² je la aku sempat nk explore.

sedang aku melayari tenet, dpt satu im via ym dr kawan. "wei, tgk ni [link]". oh. rupenye office 2010 da nk kuar. x sempat aku nk bermanje dgn office 07, office baru da nk kua. laju sungguh perkembangan ICT skang nih.

teringat kenangan² silam. mase kecik² dulu. mase tuh sape tade kad dragon ball, die ketinggalan zaman, pastu zaman terus berubah. sape tade 'tamiya', die mmg tade jiwa kanak-kanak. patu, msk pulak zaman men game. fifa, metal slug, rockman dll. ni lah keje² kanak-kanak jiwa moden.

pantas mase berlalu, masuk pulak era mp3. sume remaja terkejar² memiliki mp3. dunia globalisasi tambah maju lagi, memasuki era henpon. skang sume men compare, henpon sape lg canggih, henpon sape lg mahal. pastu, motosikal lak menjadi ukuran. tak henti di situ, tros memasuki era laptop. ade yg maju selangkah tros ke era PC. apepun, yg pasti, kini remaja dan laptop cam sinonim (ayat lebih²)

rasenye, lepas ni msk era kete², lepas tuh, tak cukup gah lagi, msk era rumah. rumah sape lg gempak dan besar.

itulah manusia. kalau harta da bkn kat tangan, die msk menetap kat hati.


Monday, August 3, 2009

salam

sekian lama tak menulis. penoh sejak-sejak ni. pergi sana pergi sini. saje-saje mengisi mase lapang di musim cuti. klo tak, sia-sia lah berlalu begitu.

ade gak beberape mende yang tak kesampaian jugak buat. bile byk sgt mende nk kene wat, bile ade mende yg bertembung, pastinye salah satu kene tolak ke tepi, tak pun kene kurangkan prioriti mende tuh. supaye boleh fokus kat mende yg lg besa dan penting. walaupun bes mane pun pekare tu, yg besa dan penting tetap lg besa dan penting.

bile berlaku penolakan ketepi, mule lah berbunyi suare² di belakang. terkadang berbaur kutukan, perlian, persoalan yang memang takleh nk jawab, ejekan dan macam² lg. lg trok bile ade yg pandang pun sekilas, masakan pulak senyum akan terukir bile berjumpe.

aku penah duduk² lepak, kemudian terdengar, "die tu mmg. ramai sgt kawan die smpai kite² ni terabai". aku terkedu. oh, rupenye die bknnye tgh cakap pasal aku. perasan je lebih. lega, tp terpikir. susah jugak berkawan ramai. byk hati yg perlu dijage.

tak sume hati same. ade yg besa sket, ade yg kecik sket. ade kemerah²an, ade yg da hitam gelap. ade yg tenang, ade gak yg cemas sket. mustahil satu hati dapat seiring dgn byk² jenis hati yg len.

*******

di asrama rumah;
"we, wan! tade citer korea/jepun ker?"
"ma fish ya amu (tade aa pak cik)"
"ape la. korea/jepun aa bes. tgk holywood bosan. sume nk komputer² je"

sbnrnye, ape yg membuat org berminat utk tgk citer² korea/jepun. aku x bape pasti. tp yg aku tau, hasil sembang dgn beberape kipas-susah-mati citer korea/jepun, citer² mereka adelah real. benar. tiade penipuan. bkn maksudnye diorg tgh tak berlakon. diorg berlakon jugak. tp air mate mereka yg klua semase berlakon tu air mate yg klua btol² hasil feeling yg mendalam terhadap lakonan. tak seperti citer melayu, yang memerlukan eyemo utk buat nangis (minta maaf industri lakonan malaysia). tak jugak seperti hollywood yg memerlukan kehebatan komputer utk buat aksi² letupan bom dan sebagainya. bkn nk bekap korea/jepun (syek jgn perasan), tp tulah mende yg aku rase membuat org tertarik. sudah dgn korea/jepun.

*******

baru ni aku terdengar menenai sejarah lagu pemergianmu nyanyian in-team. diceritakan mereka baru pulang dari umrah, dan tros membuat lagu itu. dan mereka mengatekan chorus "dan tibalah waktu ajal bertemu..." dirakam berulang² kali. disbbkan setiap kali smpi part tu, mereka akan menangis. hu~
"Lagu ini dimulakan dengan sebuah narration yang sangat menyentuh hati, menceritakan tentang tingginya kecintaan dan kerinduan umat Nabi Muhammad setelah pemergian baginda. Dengan diiringi permainan piano yang cemerlang, ditambah dengan isi narration yang sangat puitis, saya begitu tersentuh. Saya harus berterus terang untuk menyatakan bahawa hidung saya sudah mula ngilu apabila mendengar narration ini. Apabila narration tamat, intro lagu ini menggunakan permainan piano dengan melodi yang sama menunjukkan seolah-olah narration tadi adalah sebahagian daripada lagu ini. Ditambah dengan bunyi bass yang kena pada butir lirik yang disampaikan, begitu menyentap jiwa. Saya hampir tewas dengan emosi sendiri apabila mendengar lagu ini hingga ke hujungnya. Satu garapan muzik, lirik, dan nyanyian yang cemerlang daripada inteam yang begitu menyentuh hati. Maafkan jika saya agak emosional dalam ulasan untuk lagu ini tetapi saya perlu terangkan bahawa pertama kali saya mendengar lagu ini adalah pada waktu awal pagi, 1 pagi dalam suasana sunyi – keadaan yang cukup sesuai untuk mendengar dan menghayati lagu seperti ini."
dan inilah komen dipetik dari sebuah laman.

*******

menjaga hati memang susah. sangat susah. tapi dengan hati yg tulus ikhlas dan benar, setiap hati pasti akan tersentuh. orang tua kate ape, apa-apa dari hati pasti akan jatuh ke hati.

maafkan aku kawan-kawan jika tak menunaikan apa-apa hakmu.

hamba yang lemah,
wan hilmi.


"barangsiapa mencari redha Allah dengan kemarahan manusia, Allah akan redha padanya dan manusia akan redha padanya. barangsiapa mencari redha manusia dengan marahnya Allah, maka Allah akan murka dan manusia juga akan marah padanya."

Sunday, June 28, 2009

selesai periksa. results pun sudah dapat. alhamdulillah. sekarang tiba cuti. ya, cuti panjang lagi tu.


masuk musim cuti, pasti kedengaran kata-kata sebegini.
"whoa. bosan giler! tatau nak buat ape."


hakikatnya, banyak saja bende yang boleh/mesti dia lakukan. cube ingat diri kau sape.


A) Kau seorang hamba Allah. hak² sebagai hamba Allah:
- beribadah.
- tidak melanggar perintahNya
- melakukan suruhanNya

B) Kau adalah khalifah.
- mengimarahkan bumi
- mengembalikan sistem Islam di muka bumi
- menyebarkan ajaran Islam

C) Kau juga seorang anak
- mendoakan ibubapa
- tidak mengecewakan ibubapa
- memuliakan mereka
- bertanye khabar jika berjauhan
- kenal dan hormat kawan² mereka

D) Seorang kawan kepada kawan² kau
- bertegur sapa
- ziarah
- tanya khabar

E) Seorang pelajar/anak murid
- belajar sungguh²
- tidak mengecewakan guru
- hormat cikgu

F) Seorang jiran
- ambil berat
- tanya kabar
- jaga keselamatan

G) Seorang saudara dari ratusan sanak saudara
- ambil tahu sape anak sape (hoh)
- tanye kaba
- ziarah


huh. dan byk lagi. contoh je ni. cam wat point2 mase jawab PSI dulu jer. blom msk sebagai suami/isteri/ayah/ibu. tp ape pun, patutnye diorg kene ckp "peh. tatau nak buat ape la!" haha



"wajibat akthara minal awqat"

kewajipan itu lebih banyak berbanding masa

Tuesday, June 9, 2009

Do you ever wonder why your arabic is still rubbish even though you had live for 8 months in Egypt?
Don't you ever want to improve your arabic?
Do you really think that by just sitting around will improve your arabic?


Think again.


Well, there's this activity that you can consider doing to increase your arabic vocab and communication.

What you'll need:
  1. time
  2. money
  3. more money
  4. idea
  5. stamina
yeah, that's just what you'll need for this activity. it's very simple.

here's what to do.
warning: do not blame me for wasting your time on reading this post.

1. wait for a bus at 'gamie' or 'bawabah'. (or wherever you prefer)
2. just hop in any bus. repeat, ANY bus.
3. take a nap (if you got seated) or just stand. Instead, you just can start your activity here. Try to start a talk with the 'ammu ugrah'. About any topic you like.
4. Exit the bus at the last station (akher mahathah). Note: You're supposed to not know where you are.
5. Here comes the fun part (oh yeah?). Try to find your way home without taking the bus you have just took. and, of course, without taking a taxi (that would be your last choice).
6. it's supposed to be very easy. so then, instead of going home early, take another bus (any bus) so that you extremely have no idea where you are at.
7. now, find your way home


Tips & Info
- egypt people are kind. if you say you are lost, sometime they will ride you home. but beware though. no all people are that kind. you know what i mean.
- there is a saying in malay "malu bertanye sesat jalan"
- you may test this in another country and/or different language. but it is only tested in egypt with arabic (ammiyah)
- not recommended for girls
- try to go home before maghrib. it'll be dangerous afterwards.
- egyptian-arab like to talk. so if you do talk alot, basically, it should not be about one topic only.
- egyptian-arab is crazy about football. but they don't care about any football team out of their country. ha ha.

there you have it. masyi arabic in just days. like i said, don't blame me for wasting your time on reading this post. it's just a lame idea after all. but's it's worth trying it, no need of extra exercise, no need of unnecessary pills, no need of diet. it's just that simple. also proven by the infamous azri iskandar.





this post is inspired and tested by:
muhd rushdi afifi asbullah
last seen in cairo 26 dec 2008
credits to him

Copyright 2008 tulisan ini . All rights reserved.

Template By: Hive Designs Ported By: Theme Lab. Blogger by akOOgle