Tuesday, December 15, 2009

satu hari.


dalam kelas. lecturer minta semua berdiri atas kerusi. org arab biase akan tros berdiri tanpe berlengah. orang melayu pule lmbt sket. tgh buke kasut jap.

sedang buke kasut, ade arab nampak. "wei, ape kau buat? cepat diri atas kerusi!"

"jap, aku tengah bukak kasut."

"buat aper? pakai kasut je cam semua org (note: semua org arab diri atas kerusi pakai kasut je)"

erk.. samada..

A: (monolog) "ah.. lantak la. semua orang pakai kasut, aku pn pakai kasut gak la." lalu tros diri atas kerusi berkasut seperti arab lain.

B: "sori la. tp nnt kotor kerusi ni. kami org melayu da terbiase buka kasut dulu". dan meneruskan buka kasut lalu diri.

[bukan nak kutuk arab. tp nak gambarkan keadaan]
+++++++


ah.
satu lagi.
aku bukan kate tanak.
tp aku rase aku tak bersedia.
mungkin aku memang tak mampu langsung.
jd lebih baik aku jauhi
malah, mungkin aku salah gune
lebih teruk
kalau-kalau aku ke arah yang tidak diingini pula
kau?
kalau kau mahu sile lah.
aku tak kate ia salah.
jika kau kate ia untuk dakwah, sile lah.
aku doakan kau berjaya.
ye, aku tau die pun ade. bagus lah.
semoge ape yang die imani tercapai
mungkin die da cukup hebat untuk ke peringkat yang lebih tinggi.
dakwah die subur di mane saja.
itu menjadi bonus untuk die.

aku bukan ape.
die itu die.
kau itu kau.
jangan.
jangan keputusan orang menjadi pilihan kau.
nilai dulu.



++++++++




nak carik yang ade music. tp tade. this music was the inspiration for this post.

Friday, December 4, 2009


semua manusia pasti buat kesalahan

ade dalam sedar, ade dalam kealpaan
terkadang salah kepada tuhan
terkadang silap pada insan
hakikatnya itulah fitrah penciptaan
dan sebaik-baik daripada mereka adalah yang memohon keampunan

manusia dicipta sebagai pelupa
terlupa asal usul tercipta
lalu tanpa fikir membuat maksiat merata
tapi tuhan itu maha pengampun dosa
selagi tidak syirik kepada Nya
minta ampun dan taubat sentiasa
insyaAllah akan diterima

tapi bila salah dengan manusia
bukan seperti buat dosa
tuntutan taubat itu masih ada
tapi jangan lupa
meminta ampun dari tuan hati yang teluka
dan tuan hati ini bukannya semua sama

ada yang mudah sembuh selepas cedera
mampu tersenyum selepas maaf dipinta
sama seperti dulu bermesra

tapi tak semua seperti yang disangka
ada yang tersembunyi apa yang dirasa
luar nampak sudah dimaafkannya
sedang dalam hatinya dendam masih membara
kita gelak dia pun tertawa
tapi masih terasa ada yang tak kena
jadi nak salahkan siapa ?

Wednesday, December 2, 2009


bila kekalahan menimpa.


kadang orang kate "biase la tu kalah. adat permainan."
ade juge kate "takpe2 tahun depan cube lagi"
yang nak sedapkan hati pula berkate "kasik can org len plak. asyik kite je kan?"



bagi aku, kekalahan itu latihan untuk kejayaan.
at least ade kekalahan untuk tahu di mana kelemahan.
kalau menang semua, terdetik rase da sempurna
takut berada di level yang sama




kene ade byk lg latihan ni. kawal sket emosi tuh. huh~



catatan kekalahan liga kaherah 09/10

Friday, November 27, 2009

hari ni 10 zulhijjah

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Bangunlah dan pergilah saksikan ibadat korban kamu kerana sesungguhnya pada titisan darah pertama yang mengalir akan diampunkan dosa kamu yang lepas." Fatimah bertanya kembali: "Wahai Rasulullah! Apakah ia khusus kepada ahli keluarga atau umum kepada umat Islam?" Jawab Baginda: "Bahkan kepada seluruh umat Islam."

(Hadis riwayat Al-Bazzar & Ibnu Hibban)


hari ni juga hari jumaat.


“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

(Hadis riwayat Muslim).


oh. dan pagi tadi hujan!

“Carilah doa yang mustajab pada tiga keadaan: (1) Bertemunya dua pasukan, (2) Menjelang solat dilaksanakan, (3) Saat turunnya hujan.”
(Dikeluarkan oleh Imam Syafie dalam Al-Umm)



aidil adha + jumaat + hujan = hyperbarakah
bersyukur atas nikmatnya. alhamdulillah




selamat hari raye aidiladha
kullu 'am wa antum ila Allahi aqrab

Friday, November 20, 2009

Labels:

"palestin yang aku cinta adalah negara saudara aku. palestin yang aku mimpi adalah negara orang Islam"

"heh. kau cinta palestin? hoho, penipu! kalau cinta, pasti ade alamatnye. ape alamat kau cinta palestin?"

"boikot, demonstrasi, bakar bendera, sedekah duit tu bukan tandenye?"

"oh, itu alamat cinta kau pade palestin? bagus2.."

"ape pule tande cinte kau pade palestin?"

"aku? aku cinta palestin. tapi tande die... rahsia"


********

[persidangan OIC]
"erm.. kite harus pertimbangkan"

"mesti ade tindakan"

"musy munkin. mereka semua irhabiy"

"memang. tapi kalo kite macam tu, negara kite akan terancam"

"ye! kite mesti sokong mahmoud! die saja yang layak menjadi pemimpin. sape haniyeh? die tu irhabiy! zionis memang kejam! tahu merampas tanah orang palestin je! tade keje len."

"kopi tuan, kopi."

[minum kopi]

"hmm.. sedap btol kopi ni. mcm kopi di restoran lima bintang saya."

"tapi saye rase, kopi di itali lebih sedap. di cafe le dore"

"oh. kamu juge minat kopi ye?"

"ye. saya memang peminat tegar kopi."

"kopi? masakan kamu boleh berbicare mengenai kopi?? kite sedang cerita tentang palestin!!"

"oh lupe pula saye. di mane kite tadi ?"


********

"wahai abi, kalau yahya mati, abi sedih x?"

"abi pun akan mati nak. kalo yahya mati, masih ade yasin dan aziz utk menemani kami."

"kalo yasin mati, abi sedih x?"

"buat ape nak sedih? abi maseh ade aziz, lgpun abi bole menjage diri abi sendiri."

"klo aziz pn mati, ayah sedih x?"

"yahya, sini. dengar baik². kalo kamu semua mati, abi dan umi tak hilang sesape pn. kamu semua tetap menjadi anak abi dan umi. tidak pernah abi dan umi menganggap mati itu satu perpisahan yang hakiki, bagi kami yahya, mati itu adalah satu permulaan yang baru. tapi, dengan syarat, mati kamu itu mati syahid utk agamamu. umi kamu sanggup melahirkan jutaan yahya, jutaan yasin dan jutaan aziz, jika kamu rela menjadi soleh dan syahid utk agama"

"terima kasih abi. saya memang bertuah mendapat abi dan umi seperti ini. doakan saya abi! hari ini, kami menjaga masjid di barat Gaza. sudah due malam ia menjadi mangsa serangan israel. selamat tinggal abi, selamat tinggal umi."

"yahya! bukan selamat tinggal. tapi jumpa lagi."

"Ya abi, Ya umi. semoga jumpa lagi. doakan saya ya!"

"anakku. doa tidak pernah putus dari kami. semoga terus cinta dan bercite-cite utk menaiki burung hijau ke syurga."


********

"haa.. ape rahsia kau?"

"heh. rahsie? tade rahsie pn. aku cinta palestin. jadi aku harus bejihad utk die. kau tahu jihad kite haus diisi dengan ilmu. kau berjihad, tapi tade ilmu. kau akan cepat tersesat. jihad ni perlukan jiwa yang kental."

"oo. jadi, menurut kau, boikot tu bkn jihad? bakar bendera tu bkn jihad? sedekah duit tu bkn jihad?"

"eh2. bkn camtu. itu semua memang jihad, tapi ramai yang buat semua tu tanpa ilmu. kenapa kau boikot? kau boikot, tapi masih pakai komputer yahudi. masih pakai telepon yahudi. tak ke bende tu berlawanan? kau bakar bendera, lepas tu orang yahudi bakar qur'an. patu sedekah duet beribu2. ye, sedekah duet beribu. patu aper kesudahannye?"

"ape sebenarnye maksud kau ni? aku tapaham la! da semua orang boikot, aku pn boikot la! semua ni utk palestin!"

"kau ni tapaham lagi ape yang aku nak sampaikan. yela, jihad kau ni, jihad tiru2 orang. jihad kau tu hanye taqlid2 org lain. kalu mereka boikot, kau pun boikot. kalau mereka bakar bendera, kau pn turut bakar bendera. kalau mereka beribu2 habes sedekah, kau pun ikot; nak digelar mujahid. abu, dlm jihad kene ade kefahaman. kalau boikot, taleh sebarangan boikot. kene tahu kenapa boikot. kemudian baru jelas keikhlasan dan benar2 mengikut sunnah. barula jihad tu terpandu dan bukan ikot2 org. kalo mereka bakar bendera, jangan semberono bakar bendera. benar ke agama kite suruh kite bakar dan ludah pade bendera musuh? ape kau dah kaji? abu, biar la jihad kite terpandu.

abu, nak ikot ana ke Gaza. ade tugas di sane?"

"hah? ke Gaza?"


********

"ini hari terakher kite disini"

"ye. semlm saye ke KLCC. shopping."

"hmm. pasal palestin. ape cerite?"

"tuan, teh tuan"

"hmm. jemput2."

"wah. sedap btol teh ni. dari mane ye teh ni?"

"ha tuan, ini teh dari cameron"

"wah. da syai, helwah awi. gad'an, gad'an"

"saye memang suke syai dari cine. memang sedap"

"saye pule suke teh jepun. memang umph!"

"hei! kite sedang cerite masalah umat! serius la sket!"

"baeklah2. tapi btol, syai cameron mmg sedap"

"baeklah. resdolusi kite: kite mengutuk sepenuhnye serangan israel ke atas rakyat palestin"

"eh, perjumpaan kite nnt di mane plak?"

"insyaAllah, fi turkiy"


********

"pakcik, harap pakcik dapat bersabar. ni semua ujian dari tuhan."

"alhamdulillah. akhernye doa pakcik termakbul."

"ha? ape?"

"yela. doa pakcik utk mereka, agar mereka semua syahid di jalan jihad. jika itu yang terbaek utk mereka. erm, ali, hari ni kamu bertugas di mane?"

"saye bertugas di Qaryah Qena"

"oh. pak cik pn bertugas di situ juge."

[berangkat pergi bersame]

"ali!! selamatkan diri!! kite diserang!! itu apache!!"

[bunyi letupan. ali terkene letupan]

"allahu akbar. allahu akbar. asyhadu an la illaha illallah wa asyhadu anna muhammadan rasulullah. terime kaseh, ya rabbi"


++++++++

bagi mereka yang tidak mendengar mase pentomen roadshow palestin tempoh hari. juge kepade yang tak hadir. moga mendapat pengajaran.

Saturday, October 31, 2009

cerita satu.

semasa di sekolah menengah die seorang yg suke menghapal. dapat sesuatu je, die hapal. tp bile smpi sabjek math, addmath dan fizik - die blur. takan nak hapal jalan kire kot (?). tp takpe, cube je dulu, die berazam.

keluar result spm. oh, ternyate sabjek kire-kire die kurang berjaya, fizik, math dan addmath. manakala (oh, skema gile ade penyambung ayat) sabjek menghapal (bio, kimia, sejarah) sumenye cemerlang. die mule berpikir nk amek kos ape. klo amek engineering konpem susah, byk kire². nk amek math lg susah. hmm. bek amek law. senang je hapal² ni.

beberape tahun berlalu. di dalam dewan kuliah. die sedang bercerita di hadapan semua.
"saya amek fizik sbb mase saya spm, saya kurang berjaye. jd saye cabar diri saya utk amek fizik, utk tingkatkan skill saye dlm kire² ni. sbb dulu mmg saye lemah kire². dan skang jadilah saya cikgu fizik kamu semua."


cerita due.

umur die da tue. eh, tadela tue mane. cume patutnye umur die da msk taun 4. tp skang die maseh taun 2. tambah² lg, die sedang mengulang tahun 2. mmg medik agak susah.

keluar result, die ditakdirkan utk reseat paper bln september punyer. moral mule jatuh. tp takpe. die maseh meneruskan. nak naek taun tige! belum sempat habes reseat paper, die diminta utk berkhidmat sbg ajk prog. takpe. die terime.

malang skali. die mendapat ketua yg kejam. ketua mengarahkan die membuat majoriti dari kerjanye. tp takpe, die buat. sambil itu doa², agar natijah yg kuar nnt cmerlang.

keluar natijah, die ditakdiran untuk repeat year. hu~ repeat taun 2 buat kali ke 2. tajaan nye mule dipertimbangkan. tp takpe. die kate, die nak troskan gak. die nak dan akan balek mesia menjadi doktor!


cerita tige

(ini bkn kisah pun)
dalam sejarah 20 taun hidup die, die tapenah tedetik rase risau ttg pelajaran nye. tp skang len. dan ia menghantui nye. mungkin bkn risau blaja sgt. tp mende² len disekitar.

bile die renung² kisah² silam, die mendapati nilai insan cemerlang. yang tak cemerlang pun akademik. dan ini memberi nye inspirasi.

skang, die kembali semangat!




ayuh, ke kuliah!


[kisah² yg diceritakn adelah kisah benar yg berlaku dlm pengamatan aku. kate² yg digunekan mungkin agak skema sbb di ubahsuai utk lebih difahami, haha (ayat kaver)]

Wednesday, October 21, 2009

salam.

alhamdulillah. smpat mencuri2 mase menulis. (bajet busy, huh~)


aku teingat mase belum tibe kat mesir, aku tetanye "apekah keadaan mesir?", "org mesir baik ke?", "btol ke byk mende bole blaja kat mesir nih?".

bile smpi di mesir, aku disajikan dgn cerite² bahwe org mesir keda wa keda (gini dan gini). ade kate arab ni klo dlm jual beli, suke menipu. ade kate byk kes ragut kat sekitar suq sayarat. ade kate arab pemalas, asyek2 bukrah je die sebut. ade gak kate arab pengotor. merate je buang air.

tapi kan, kalo nk cite keburukan, mmg sume org ade.

dan kadang terase cam taseda diri je.

cite pasal arab menipu mase jual beli, oh, org melayu kene igt kewujudan petaling street yg rase nye mmg sgt same dgn kat attabah tu. penuh ngan penipuan dan paksaan tuk beli.

bile cite pasal kes ragut, melayu pun byk ape. asyek2 kua suratkaba ade 'mak cik yg umo da taleh nk lwn org' kene ragut.

begitu jugak yg len.

keburukan biasenye akan menutup kebaikan. sbb salu org nmpk dan carik keburukan je.

kadang tak nampak org arab mmg suke menolong. nampak orang cam sesat, die tanye "ko nk gi mane? oh, metro. jln tros patu nmpk simpang belok kanan."

kadang tak sedar yg kate² arab ni byk doa², tazkirah. ade seorg arab nmpk ade solat jenazah, patu tanye sape yg meninggal. bile jwb "ade mak cik dr mesia yg inggah jap sblm gi mekah", arab jwb "ho, hanya Allah yg kekal"


dan pepatah tak kate "kutuk yg keruh, puji yang jernih",
tp tertulis "buang yg keruh, amek yang jernih"

hence, (rindu addmath, oh bia bena ?)
melayu + arab = melarab


da pilih utk duk mesir, terima lah. jgn asyek nk kutuk arab. (peringatan utk diri sendiri!)
setelah setahun 6 hari duduk mesir [tarikh tibe : 15 okt 2008]

Sunday, October 11, 2009

lima perkembangan terkini.


satu.
kuliah da start. secare rasminye hari ni. kuliah tige hari seminggu; ahad, slase, kames (yay!). tp kelas pukul 8 smpi 8 (woh!). basically gi kelas skang hanye nk dpt rentak, blaja tapaham mende (waa), die ckp dlm bahse arab. dan ade gak bahse inggeris di arabkan (virusat adelah jama' muannas salim kpd virus).


dua.
seperti post di bawah. kami sudah berkerajaan baru. jd sudah tidak tinggal di asrama rumah selangor. jemput2 lah datang ke kerajaan baru kami di bawabah thaniah. ade byk kueh raye mesia sbb housemate sume baru blk dr mesia (hehe).


tiga.
sesi kuliah baru sudah tiba. jadi bertambahla lagi penduduk melayu di mesir ni. patu dak2 baru smpai ni menyebabkan bertambahla ahli2 alumni hira' di mesir. timbul la cadangan untuk menubuhkan aliph cawangan mesir (haha). - ni hanyalah karutan sahaja.


empat.
sudah sebulan setengah penuh tidak bermain bola. hari jumaat lepas adelah hari pertame sejak 20 ogos (2 hari sblm pose). ni menjadi rekod mase paling lame tidak bermain bola dalam sejarah hidup wan hilmi. (50 days without football, hoh! sendiri tapecaye, hanye di mesir bole buat)


lima.
tahniah kepada AJKT baru BKASM. semoga dapat menjalankan amanah dengan amanah dan ikhlas.

Saturday, October 10, 2009

salam.

alhamdulillah, setelah penat lelah kami, setelah mengharungi segala dugaan dan cabaran yang datang, akhirnye terbentuklah kerajaan baru. kerajaan yang sekian lama diidam-idam kan.

minta maaf, bukan kami tak suka kerajaan lama. tapi kami perlukan pembaharuan dan keselesaan. bukanlah bermakna mereka tidak boleh memberi kami itu semua. tapi kami merasa lebih baik kami yang mewujudkannya sendiri. walaupun kami baru dalam bidang pentadbiran, kami akan cuba sedaya mungkin untuk mengekalkan kerajaan ini.

akhir kalam, minta doa dari semua agar kerajaan baru ini berkemampuan untuk bertahan selama yang mungkin.

kerajaan ditubuhkan pada 8 oktober 2009.
dijumpai pada 20 september 2009 (hari raya pertama)
ardhiyah, madkhal alif, imarah 27, bawabah thaniah, hayyu 'asyir, madinah nasr, kaherah

Friday, October 2, 2009

salam. edisi pantas.


Kuliah stat = 3 oktober 2009
Ahli Beit* sampai mesir = 3 oktober 2009
Jaulah PSMB** MARA = 3 oktober 2009
Walimah Qamarul-Khairah & Shuhaib-Uswah = 3 oktober 2009


ahh. masalah!?



* ahli beit = teman serumah
** PSMB = program sambutan mahasiswa baru

Copyright 2008 tulisan ini . All rights reserved.

Template By: Hive Designs Ported By: Theme Lab. Blogger by akOOgle