Sunday, February 17, 2008

"baiklah, sume paham?"
~tade respon~




"ade soalan?"
~bunyi kipas~





"klo camtu, sume da paham.. mlmh nk org jawab soklan kat dpn.. sape nk jawab?"
~sunyi~

"takperla.. kamu sume bole jwb dlm buku je"







*********




kini aku kembali~

Wednesday, February 13, 2008

Cube tekan butang F5 di keyboard.




























Sudah? Jika belum, cube sekali..















Sudah? Butang F5 tu adalah untuk refresh.. Tak kire pakai mozilla, internet explorer, opera, semuanya akan refresh.


"Sampaikanlah walaupun satu ayat."
jika sudah tahu, anggap lah ia sebagai peringatan.

Saturday, February 9, 2008

sungguh dusta jika aku katekan yang aku tiada mase untuk membuat post baru. sedangkan aku hanya dok umah menghabeskan beras dan ternak lemak. jarang sekali, (ulang suara) amat jarang sekali aku keluar umah..

"blogging ni hakikatnye utk penulis mencurahkan karya diorg.. ataupon pengembara menceritakan kisah² kembara mereka.."


ish.. terpikir juga aku. aku bukanlah seorg karyawan yg pandai mengambil hati pembaca menghayati bait-bait tulisan aku. juga bukan seorang kembara yang fikirannya berjalan seiring kakinya. aku sekadar dok di negara sendiri, lebih spesfik lagi, dok di umah sendiri.

tapi apa salahnya. sesekali aku ingin berkongsi. kerana ilmu tu kekal dengan menulis. terkadang tulis bende lain, tp org paham lain dan tercetus ilham yg kemudian mengubah dunia. sungguh itu hanyalah angan-angan


hari ni, 9 febuari 2008.
bagi mereka yang menyambut hari jadi, selamat hari jadi! semoga amalan seiring usia.
bagi yg anniversery, slmt ulang tahun! semoga rumahtangga kekal bahgia.
bagi yg baru dpt bayi, tahniah! didiklah dengan kalimah tauhid.
bagi yg baru lulus JPJ, tahniah juga! ingat, anda mampu mengubahnya..
bagi yg kehilangan insan tersayang, takziah. moga Allah menggantikan nya dgn yg lebih baik.
bagi yg kalah pertandingan, x pe. bole cube len kali.

Tapi klo 9 Febuari mengingatkan kembali kisah silam yg sedih, maaf..

Tuesday, February 5, 2008

pantas masa berlalu. sepantas download lagu di Mutiara Digital. transfer rate di sini di sana biasenye dlm lingkungan 120-150kbps. tak sempat cari lagu lain sudah selesai download lagu sebelumnya.


begitu juga hidup aku. makan, minum, tidur silih berganti dan sedar tak sedar hari demi hari berlalu tanpa dimanfaatkan. terkadang rasa kesal, namun apelah gunenya sesalan itu. aku tros merancang utk mase yg akan dtg agar ia tidak sia-sia begitu sahaja.. insyaAllah~





namun aku masih yakin. sepertimana yakin kita terhadap keselamatan roller coaster, yang pada hakikatnya bila-bila sahaja boleh sahaja menukarkan perasaan seronok dan gembira menjadi duka dan tragis. namun masih yang menaiki nya hari demi hari tanpa menimbangkan risiko yang mungkin terjadi.


keyakinan seperti itulah sepatutnya kita rasakan terhadap kekuasaan Allah yang bisa menjadikan sesuatu dengan kehendaknya dengan sepatah kata "Jadilah". keyakinan seperti itu juga patutnya dapat dirasekan terhadap hari yang pasti menjelma. hari dimana tiada lagi guna nya penyesalan.





oleh itu bersyukurlah. daripada beribu pasir yang ada di pantai, alangkah bertuahnya pasir yang digunakan untuk membina istana pasir yang muncul juara pertandingan membuat istana pasir. lebih bertuah pasir yang menjadi asas kepada tertegaknya istana itu. tiadalah wujudnya istana tanpa tapak asas itu. namun tak cantik juga istana jika hanya kecik. lebih indah jika ada banyak lagi pasir agar dapat buat perhiasan tepi-tepi istana. tapi bukan sebarang pasir bisa dijadikan bahan utk membuat istana pasir ini. hanya yang benar-benar mampu sahaja.


bersyukurlah kita dilahirkan dalam islam.



dan pohonlah pada tuhan. biasanya seorang peniaga cina tidak membuka kedainya di awal pagi. awal pagi mereka akan bersenam utk sihatkan badan. kemudian mereka akan 'berdoa' kepada 'tuhan' mereka agar mereka di 'murahkan rezeki'. biar lambat buka kedai, kerna mereka yakin hasil 'doa' mereka itu, tuhan akan memudahkan dan melariskan jualan mereka.


itu peniage cine. peniage Islam?


"sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pertukaran siang dan malam ada tanda kebesaran Allah bagi mereka yang berakal"
(Ali Imran:190)
kembara berjalan, melihat dan mentafsir...

Friday, January 18, 2008

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Seutama-utama puasa sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam."

(Sahih Muslim)

* * * * * * * *

Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.:

"Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) adalah seperti
berpuasa setahun dan siapa yangg bersedekah pada hari Asyura adalah bagiku
bersedekah setahun."

(Riwayat Albazzar)

* * * * * * * *

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi."

(Riwayat Al Baihaqi)

Wednesday, January 9, 2008


Ini burger prosperity daripada McDonald's. Ya, ia telah kembali. Harganya, jika dalam iklan tulis RM9.88 termasok dienyer curly fries dan prosperity green tea. Tu belom masok cukai 5% lg.. Mahal? Memang. tapi berbaloi dengan rasanya. Sebab itu ramai membelinya.


Namun begitu, adakah terasa kesedapannya jika tanpa rotinya? Ataupun adakah ia prosperity burger jika dagingnya tidak dicelup dengan sos black pepper tuh? Pastinya tidak. Ia akan jadi macam burger makcik kantin yg hargenye seringgit. Roti x bakar, sayur pon cam tade, mayonis terlampau byk sampai jd lemau roti burger.


* * * * * * *


Islam - jika tidak diamalkan dengan sepenuhnya, ia akan jadi low quality, hampeh, x dipandang. Walaupun terpakse mem'bayar' sedikit untuk mendapatkan Islam itu, namun natijahnya pasti memuaskan. Jangan diambil setengah dan mengabaikan yang setengah. Oleh itu, berhijrahlah kedalam Islam secara keseluruhannya..


SALAM MAAL HIJRAH


1429 H
- enter -

[oh, ye.. jgn lupe boikot barangan yg menyumbang israel]

Sunday, January 6, 2008

Labels:

Ketahuilah,
Pintu ilmu adalah belajar dan bertanya,
Pintu faham adalah berzikir, berlapar dan bertahajud,
Pintu ingat adalah wara' dan menjauhi maksiat

* * * * * * *



* * * * * * *

Nothing is good or bad,

unless you think it is.

~ William Shakespeare ~

* * * * * * *


* * * * * * *

You can lead a horse to the lake,

but you cannot force the horse to drink the water.

~ pepatah orang puteh ~

* * * * * * *

* * * * * * *

Orang kata :

setiap kejayaan bermula dari usaha,

setiap usaha bermula dari cita-cita,

setiap cita-cita bermula dengan mimpi,

setiap mimpi bermula dengan TIDO!

jadi... tidolah untuk berjaya!

~ konklusi seorang pakar ~


* * * * * * *


The secret of getting straight A's is

USING A RULER

[oh, senang je sbnrnye.. rugi tatau awal2..]

Thursday, January 3, 2008

Berbagai cara manusia menyambut tahun baru 2008.


Di Toronto, Amerika Syarikat

Di Ukraine, apentah name bandarnya.



Di Hong Kong.

Di Times Square, Amerika Syarikat



Di.. eh, ni kat ner?

Monday, December 31, 2007

Doa

Labels:

Ya Allah,
Menjelang sudah malam,
Telah berlabuh pagi,
Maka dengar lah akan rintihan suara hamba-Mu ini.


Ya Rahman,
rahmatilah hambaMu yang lemah ini


Ya Ghaffar,
ampunilah dosa-dosa kami


Ya Sattar,
tutuplah segala keaiban ku


Ya Muizz,
muliakan lah umat Islam


Ya Mujib,
perkenan kan lah doa kami


Ya Lathif,
berlembutlah dgn kami


Ya Allah Maha Kuasa,
padaMu kami meminta
Kebaikan di tahun ini,
berkekalan ke tahun yang depan






- 2008 -
enter

Saturday, December 29, 2007

"Setiap kali saya menghadapi tekanan ketika mengulang kaji pelajaran, saya akan membaca surah Yasin sebanyak tiga kali dan surah Luqman bagi menerangkan hati dan fikiran.
Saya turut mengamalkan makanan berkhasiat seperti kurma, kismis serta meminum air zam-zam pada kadar yang sederhana supaya dapat menerangkan hati dan memudahkan saya mengingati semula subjek."
~seorg pelajar SMKA di KL yang berjaye dpt 9A


* * * * * * *




"dia bangun kol 3 dan belajar sampai kol 5. petang die ulangkaji dan malam die buat kerje rumah yang cikgu die kasi. die tido awal, kol 10. die x tgk tv.."
~ibu seorg pelajar yang berjaye dpt 8A


* * * * * * *


"saye salu kene bangun awal dan tolong uruskan adek2 saye kerana ayah kadang2 kerja shif malam. jd tade sape nk uruskan mereka. klo dulu ade ibu senang la sket. ade buku yg saye terpakse pinjam dari rakan2"
~seorang pelajar luar bandar yang punya kekurangan bejaye dpt 8A


* * * * * * *


Cacat bukan halangan, miskin bukan alasan.
sumber : the star, buletin utama



TAHNIAH!
kepada semua calon terutama pelajar Hira' yang berjaye memperoleh keputusan PMR tanpe gangguan mental.

Copyright 2008 tulisan ini . All rights reserved.

Template By: Hive Designs Ported By: Theme Lab. Blogger by akOOgle