Sunday, November 28, 2010
tapi selalunya jika hari itu hari ahad, ataupun hari cuti umum, abah dan mama akan sarankan untuk pergi awal pagi atau pun pergi hari lain sahaja. alasannya adalah kerana jika pergi pada waktu itu, maka pasti sesak kerana ramai orang.
saya selalu terfikir, jika semua orang punya fikiran semacam itu, pasti tidak sesak hari itu. jadi kadang-kadang saya eksperimen dengan pergi sendiri. saja cuba-cuba.
ternyata ramai juga orang. rupanya tak semua berfikiran seperti itu.
begitu juga saya merasa sekarang. kenapa tak pergi saja mengundi. mana lah tahu kali ini semua terfikir bahawa undian mereka akan menjadi penentu kepada keputusan. paling kurang berusaha dulu. paling kurang melaksanakan tanggungjawab. berlakunya kepincangan dalam pengiraan itu serah kan saja pada yang lebih berhak menghukum.
usaha tu kan ada pahala nya ?
Saturday, August 21, 2010
Sunday, June 20, 2010
Dalam kesemua jaringan beliau, Messi telah membuat celebration yang sama. Setelah penat berlari dan menjerit, lalu berpeluk-pelukan dengan rakan-rakan sepasukan, beliau akan menuding kedua-dua jari nya kelangit.
Sejak dari kecil lagi Messi bercita-cita untuk menjadi pemain bola sepak professional. Tetapi dahulunya
Dan kini, neneknya sudah tiada. Lalu setiap kali menjaringkan gol, Messi menunding jari ke langit sebagai tanda penghargaan dan dedikasi beliau kepada mereka yang telah memberi nya semangat dan keyakinan untuk menjadikan beliau seperti sekarang. *terharu*
* Terima kasih mama dan abah *sob-sob* (bajet terharu)
* ok nak pergi periksa. doakan (cam biase)
Saturday, June 12, 2010
(forgotten, 2008)


"tangan-tangan yang tidak bekerja, akan dikerjakan oleh syaitan"
* tekan pada gambar untuk paparan lebih jelas.
* oh rase bosannye mase exam ni. bile nk habes nih. huh.
* sudah mule terbayang mesia. tp takot jugak kene dur thani (huahua)
* pinta doa dari semua.
Wednesday, June 2, 2010
Labels: antologi
I thought I had done all the good deeds,
but when I read the seerah,
I realized I was well below their standards.
I thought I had done the worst thing in my life,
but when I read the newspaper,
I realized that I was not so bad.
I thought I had support in my friends,
but as time gets though
they disappear on their own way
I thought my life was going well,
suddenly I tripped
and never got up
Sometimes I try
picking myself up
seems quite impossible
Suddenly I found light
but I was stopped by uncertainty
and dragged back by lack of confidence
I tried everything I could
it seems to get worse
as I was alone
Lost in the middle of nowhere
huh~
Monday, May 17, 2010
benarlah bila orang kata di dalam Al-Qur'an ada segala-galanya.
nak buat roti canai ? ada caranya dalam Al-Qur'an.
فاسئلوا أهل الذكر ان كنتم لا تعلمون
"dan tanyalah kepada ahli nya, jika engkau tidak tahu"
tips belajar juga ada :
انّ ناشئة الليل هي اشد وطئا وأقوم قيلا
"sesungguhnya bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa), dan (bacaan pada waktu itu) lebih berkesan" [73:6]
وأن ليس لأنسان الاّ ما سعى
"Dan sesungguhnya tidaklah manusia memperolehi apa-apa melainkan apa yang diusahakannya" [53:39]
اللهم اجعلنا من الناجحين والفائزين والممتزين فى كل امتحان فى الدين فى الدنيا والأخرة
*kredits kepada kawan-kawan yang mengingatkan selalu
*baru belajar tulis guna keyboard arab. huhu
*tips kecemerlangan 1 : disini
Friday, May 7, 2010
1. Mencari Semangat (drafted 20 April 2010)
aku rasa malas itu bukan lah sesuatu yang pelik. ia bukan lah disebabkan orang itu dilahirkan malas. ataupun dia mempunyai sifat-sifat pemalas. ia cuma datang daripada hilangnya rasa semangat. rasa semangat lah pendorong kepada seseorang yang kelihatan rajin.
dalam melakukan sesuatu, pasti akan ada satu masa dimana semangat itu akan pudar, malah lebih teruk lagi jika ia hilang terus. ia adalah satu ketetapan. biasa lah tu, orang kata.
persoalannya sekarang bukanlah bila akan tiba nya perasaan itu ? ataupun mampukah aku hadapi itu semua ? tetapi bagaimana kita menghadapi nya.
hadis 1 : "rasa lemah setelah berusaha bersungguh-sungguh adalah datang dari permulaan yang rosak"
*hadis ini rasanya sangatlah straight to the point.
hadis 2 : "dan barangsiapa yang ketika lemahnya berada di atas jalanku, maka baginya petunjuk"
jadi pandai-pandai lah menyuntik semangat. kawan aku berkata dia sanggup habiskan duitnya untuk mengekalkan dirinya untuk semangat belajar. contohnya jika dia berjaya berlajar 6 jam hari itu, maka esoknya dia ganjari dirinya dengan membeli 'ummu ali'.
jadi apa-apapun, malas itu normal. jadi janganlah terlalu risau. pergilah mencari semangat!
good luck untuk para penduduk peperiksaan.
2. Hilmi's Law (drafted 3 May 2010)
i came bored with all the laws and theories of the physiology of our body. so i just went out to make my own laws and theories, haha.
Hilmi's Equilibrium
(read first : Gibbs-Donnan Equilibrium)

during the pre-exam period, you have no such commitments with programs or anything. thus, supposedly, making more time for studying as the final exam draws nearer. some people just grabbed the opportunity, studying 24/7. but some people just goes blur. well really, that's not the point.
people say if you're able to manage your money and time efficiently, your life is a success. hence, after some random un-intention-ally surveys, i came up with a
speaking of time, generally, in a day you just spend it for studying, eating, sleeping, entertainment (?), and for muslims surely, ibadah.
according to Gibbs-Donnan Equilibrium: lets say studying is a chloride (green), ibadah is a protein (orange), entertainment is a potassium (pink).
for the majority of students, studying time is the top priority. and it becomes a greater priority during pre-exams period. so the time for entertainment is reduced (some people reduce their sleeping time), in place with the addition time for studying. but as for a muslim, ibadah is still a priority. you just cannot top it out for any circumstances. and it remains a top priority during the normal non-pre-exam days too!but still, don't forget other obligations. to your parents, friends, housemates and others. if cooking for your housemates seems to be wasting your time, then you need to come up with something.
some people just make it all to the same priority. well that's an osmosis. haha.
"jika study nombor satu, dakwah dan tarbiyah bukan nombor dua"
Hilmi's Law
the number of one's friends is directly proportional to their number of interests. i.e the more interests you have, the more friends you have. haha. is this true ? yet to be proven.
but i noticed that if you're a smoker, you'll get friends easily just by saying, "do you have a lighter?"
any nobel prize for me ? hehe.
btw, if you don't understand, it's ok. i'm just wasting my time releasing pure tension. do pray for my final exam.
3. Pre-Exam Monlogue (today's)
these are all my books for my exam tomorrow. crazy huh? there's like 20 books. i tried to boil and drink it all, but seems like it didnt work for now.
its truly impossible to memorize all these books. lastly, it comes to the almighty greatness of Allah to guide you to success. how hard you study, how well you memorize it all, you'll never succeed without His help.
everyone was created to be successful, it's just up to you to make it happen.
anything else, there's Allah.
now go there and finish reading all your books!!
Saturday, April 10, 2010
Bismillah. (tajdid niat)
Muqaddimah
sukar dinafikan sukan paling popular sekarang adalah bola sepak. ramai sekarang paling kurang reti untuk menyepak bola. jadi tak hairan lah sekarang ramai orang gunakan bola sepak untuk pelbagai medium. dakwah, ukhuwah, bisnes dan macam-macam lagi.
aku baru selesai membaca falsafah bola versi bilal. selesai tu, aku pun pergi ke rumahnya. bila aku beritahu pada dia, "baru je baca falsafah bola tadi". dia tersenyum dan kata, "nta buat la versi nta satu". maka timbul lah ilham utk post seterusnya.
Falsafah Bola v1 (versi wan)
1. Peranan
seperti yang diketahui, terdapat banyak posisi di dalam bola sepak. dari goalkeeper hinggalah ke top striker. ke semua nya mempunyai peranan sendiri yang berbeza.
andaikata kita diarahkan oleh ketua untuk menjadi goalkeeper, kita mesti bersungguh menghalang pihak lawan menjaringkan gol dengan apa cara sekali pun. tidak perlu kita naik membantu serangan. begitulah pemain yang lain nya. seharusnya melaksanakan peranan nya.
sebuah pasukan itu akan menjadi 'tempang' apabila salah seorang tidak menjalankan peranan nya yang sebenar. ia seumpama membawa beban sia-sia dalam kumpulan. ada dalam pasukan, tapi tidak berjasa. orang kata "macam tanak maen je"
2. Kepercayaan
sebuah pasukan tanpa kepercayaan terhadap ahli pasukan adalah team yang hancur. andaikata defender yang tak percaya striker nya boleh menjaringkan gol, maka dia sendiri akan naik untuk menjaringkan gol. lalu terbuka lah ruang kosong di bahagian pertahanan. mudah untuk pihak lawan counter attack.
atau pun striker yang tak percaya pada defender nya, maka pasukan itu semua akan jadi pertahanan. haha.
kepercayaan ni biasanya terbentuk apabila semua memahami peranan masing-masing. "saya defender, saya bertahan. dia striker, dia cuba jaringkan gol"
3. Memahami
selain dari kesabaran, memahami juga dibentuk dalam bola sepak. kawan kita bolos. mungkin boleh sabar. tapi dalam hati sumpah seranah. "apehal mamat ni. tanak maen ke ape?"
tapi mungkin kawan kita tu luka ibu jari kaki dia. ataupun striker yang menjaringkan gol memang bertaraf antarabangsa. tak kan salah keeper? dia sudah cuba sedaya upaya.
satu lagi. bila muncul peluang di depan gol. kita rasa kalau kawan kita pass kita, confirm gol punya. tapi kawan kita rembat terus. mula lah maki hamun. "hampeh kau. asal tak pass aku?"
4. Kerjasama
daripada mengetahui peranan, wujud kepercayaan pada ahli pasukan. kemudian timbul saling memahami. maka wujudlah kerjasama. kerjasama adalah perkara paling susah diraih antara ahli kumpulan. tapi jika ada, maka ia adalah kekuatan.
bukan sahaja ia menjadikan kita bekerja sebagai sebuah pasukan, ia mengurangkan kepenatan setiap ahli. takde lah midfield naik turun seorang diri. ia juga menjadikan permainan lebih seronok. lihat saja pasukan barcelona sekarang.
Penutup
bola sepak adalah permainan berpasukan. kalah menang itu adalah bonus tamabahan. yang penting bermain dengan seronok dan bukan sekadar berlari-lari kosong di padang. tapi semua pemain perlu memainkan peranan masing-masing.
* tak biase buat post ala serius camni. haha
Wednesday, March 31, 2010
bile ternampak sekumpulan budak lelaki menghisap rokok, "ish budak2 medik ni"
malah, bila sepasang lelaki perempuan di temui bermain bowling bersama, mereka akan mengaku "kami budak medik." sedangkan bila di tanya dgn lanjut, rupenya mereka adalah pelajar kuliah bahasa arab.
aku pernah mendengar, dua golongan yang paling dipercayai oleh masyarakat; doktor dan ustaz. dan nyata sekali, kedua-dua golongan itu di 'bentuk' di sini, di mesir. oleh itu, tentu sekali persoalan "suasana" sudah terkeluar. tetapi, mulia sangatkah mereka yang belajar di universiti tertua di dunia itu?
yang aku pasti, tak semua org yg ambil medik atas kerelaan; ada yg dipaksa ibunya, ada yang sebab medik mesir saja yang boleh dapat tajaan ke luar negara, ade pula yg rasa ambil medik nampak cam gempak. tapi stakat aku tahu, bakal ustaz tidak pernah ada yang dipaksa. belum lagi pernah saya dengar "ibu melarang saya amek mende lain selain syariah", bahkan yg selalu nya adalah "mak saya tak kasi amek syariah".
hakikatnya, belajar medik adalah satu perbuatan yang sangat susah. kena hafal branches of abdominal aorta, structure & functions of hyaline cartilage, cardiac cycle. dah la banyak camtu, bila belajar tak masuk, mula lah tensen nya. bila tensen, mula lah buat perangai pelik. tulis blog, keluar dating, main bowling, tengok movie dsb.
dan jangan salahkan mereka kerana latar belakang mereka jauh berbeza dengan kau. ada yang memang sudah biasa keluar laki pmpuan besama, ada yang sudah biasa pergi main bowling, ada yang sudah biasa menghisap rokok atau shisha. berbanding kau yang sekolah agama dari sekolah rendah ke sekolah menengah, tambah dengan form 6 lagi. oh ye, lepas tu kau masuk tahfiz pula.
tapi yang kau lakukan bukannya menegur mereka. bukan nak ajak mereka buat kebaikan. kau tulis blog kutuk mereka. kau umpat di belakang mereka. kau aibkan mereka. konon nya mereka sudah melampau. konon nya kau mulia dan berada di tpt mulia. ini kah yang kau belajar bertahun-tahun di sekolah agama kau? pasti kecewa ustaz kau.
cuba kau pergi menjadi budak medik. oh, lupe. kau orang mulia. tak main lah bidang sekular. tapi bukan ke dalam Al-Qur'an juga ada sebut ilmu sains. bukan kah kau patut lebih tahu?
aku pernah jumpa budak medik yang mahir dalam bidang kau. tapi kau yang mahir dalam bidang medik..? tapi tetap kau pukul rata.
sudah lah semua ini. kau menambah bebanan yang sia-sia saja. tidak lain hanya menambah tensen mereka. cukuplah dengan tensen mereka yang sedia ada. jika benar mereka salah, kau tegurlah dengan hikmah. kalau bukan dengan hikmah kau menegur, lebih baik kau buat benda yang mendatangkan faedah pada diri kau. pergi kuliah mungkin ? hehe.
Monday, March 22, 2010
sebaik saja turun dari bas, Jupa teringat dia tak bawa lab coat. cadangnya untuk tidak hadir langsung ke praktikal anatomi. jadi saya masuk ke kelas seorang diri. kelihatan ramai sudah sampai. ada yang sedang membaca buku, ada yang sedang sembang-sembang, ada juga yang bergelak ketawa.
takut disoal oleh doktor, saya pun membuka buku dan membaca apa yang patut. selang beberapa minit, doktor pun masuk. semua senyap. doktor ni memang terkenal dengan ketegasan. tapi beliau juga seorang yang suka membuat lawak. saya pasti gelak setiap kali dia buat lawak - itu jika saya faham.
sesi pembelajaran bermula. maka bermulalah topik perbincangan. sesekali lawak-lawak doktor memecah suasana hening kelas. tiba-tiba, telefon bimbit milik doktor berbunyi. doktor ragu-ragu untuk angkat atau biarkan.
beliau pun mengangkat nya. seakan-akan ia dari seorang yang penting apabila doktor melihat caller id di telefon bimbit nya. selesai bercakap, mata doktor bertuka warna. dari putih ke merah. di selaputi sedikit air mata. suasana bertukar mood. dari ceria kepada suram. dari keriuhan berbincang kepada senyap tanpa bunyi.
doktor cuba tabah. menyambung sesi pembelajaran. tapi jelas sekali, beliau tidak mampu menahan lama. sejurus selepas itu, beliau memendekkan penjelasan dan terus kepada praktikal. seusai semua kumpulan melihat mayat, beliau pun keluar dari kelas. dari riak wajah beliau, saya yakin dia sedang dalam keadaan sedih.
itu baru separuh hari ini.




pada 20:36 ilham kepada HiJau
1 tindakbalas