Saturday, September 22, 2007
Semua mengambil tempat duduk. Ok. Kereta dihidupkan dan mula berjalan. Semua senyap. Melayan perasaan. Terdengar suara-suara tersedu-sedu. Tiada siapa yang ingin berkata-kata. Setelah keluar daripada medan letak kereta KLIA, sebuah kapal terbang MAS lalu di udara. "Tu mysara da terbang" Eh.. tapi sekarang baru pukul berapa. 11.01. Oh.. 44 minit lagi baru dia akan berlepas.
Bukan nya apa. Cuma rindu. Heh, baru berapa minit. Tapi dah boleh bayang masa yang akan datang. Masakan tidak, dia boleh dikatakan orang paling banyak bagi semangat selepas mama abah. Tapi tak mengapa. Dunia globalisasi membolehkan kita berhubung dengan pelbagai cara.
Ala, bukannya pergi selama-lamanya. Nanti-nanti balik semula. Cume jika ditakdirkan kita tidak bertemu lagi - nauzubillah min dzalik - berdoalah agar ditemukan di syurga yang abadi.
: La taqulu ma'assalamah bal taqul ilal liqa' ; fa in lam takun fi ardh fa bijannati rabbi arsyis samaa' :
teruskan usaha dan istiqamah!
Saturday, September 15, 2007
"Di bulan Ramadhan yg mulia ni, ganjaran amalan sunat sama seperti amalan fardhu di bulan len. Amalan fardhu pula di gandekan sebyk 70 kali."
From the above statement, we can deduce that,
in Ramadhan, amalan sunat = amalan fardhu bulan len
amalan fardhu = 70 X amalan fardhu bulan len
let x = amalan fardhu bulan len
let y = amalan fardhu ramadhan
from the above equation,
amalan sunat ramadhan = x
amalan fardhu ramadhan = 70x
Hence, calculate the pahala for solat jemaah for the following situations:
(i) solat jemaah once
y = 70x X 27
= 1890x
(ii) solat jemaah in a day
y = 70x X 27 X 5
= 9450x
(iii) solat jemaah in a week
y = 70x X 27 X 5 X 7
= 66150x
(iv) solat jemaah in a month
y = 70x X 27 X 5 X 30
= 283500x
(v) solat jemaah 5 times a day with 12 sunat prayer (rawatib)
= 9450x + 12x
= 9462x
memang benar Tuhan Maha Pengasih dan Penyayang. jika tidak, mengape adenye bulan Ramadhan?
"Oh Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penayayang, jadikanlah add math semudah ini!"
(tgh trial mode)
Wednesday, September 12, 2007
Tak selesa duduk. kapet baru ni lebih nipis dari kapet lame. malahan, debu dan habuk serta 'bau-kedai' kapet ni menyebabkan badan kurang senang. ish.. ape pun terpaksela tahan sementare menanti iqamah. Kali ni lebih ramai orang drpd biase. Ade wajah yang bersemangat dan tak kurang juga yang gelisah. Di dinding² tertampal kaifiyat selawat. Jelas sekali surau ni suda bersedie menanti kehadiran tetamu yang dinantikan sekian lama.
Ahlan wasahlan, Ya Ramadhan. kini bertemu kembali setelah setaun menanti. Syukur kehadratnye kerana mempertemukan kite sekali lagi. smoge kali ni menjadi yang paling bererti.
Seusai solat, duduk termenung. Merenung mase hadapan. Adakah kesudahanye akan berubah menjadi mukasurat baru dalam hidup? atau sekadar catatan sejarah yang tidak memberi makna dalam hidup.
"Ya Allah, berkatilah aku dalam bulan sya'ban dan sampaikanlah aku ke bulan Ramadhan"
Orang kate bulan ramadhan bulan perubahan.. hurm.. aku berharap. ameen~
Subscribe to:
Posts (Atom)
pada 18:25 ilham kepada HiJau
1 tindakbalas