Monday, December 31, 2007

Doa

Labels:

Ya Allah,
Menjelang sudah malam,
Telah berlabuh pagi,
Maka dengar lah akan rintihan suara hamba-Mu ini.


Ya Rahman,
rahmatilah hambaMu yang lemah ini


Ya Ghaffar,
ampunilah dosa-dosa kami


Ya Sattar,
tutuplah segala keaiban ku


Ya Muizz,
muliakan lah umat Islam


Ya Mujib,
perkenan kan lah doa kami


Ya Lathif,
berlembutlah dgn kami


Ya Allah Maha Kuasa,
padaMu kami meminta
Kebaikan di tahun ini,
berkekalan ke tahun yang depan






- 2008 -
enter

Saturday, December 29, 2007

"Setiap kali saya menghadapi tekanan ketika mengulang kaji pelajaran, saya akan membaca surah Yasin sebanyak tiga kali dan surah Luqman bagi menerangkan hati dan fikiran.
Saya turut mengamalkan makanan berkhasiat seperti kurma, kismis serta meminum air zam-zam pada kadar yang sederhana supaya dapat menerangkan hati dan memudahkan saya mengingati semula subjek."
~seorg pelajar SMKA di KL yang berjaye dpt 9A


* * * * * * *




"dia bangun kol 3 dan belajar sampai kol 5. petang die ulangkaji dan malam die buat kerje rumah yang cikgu die kasi. die tido awal, kol 10. die x tgk tv.."
~ibu seorg pelajar yang berjaye dpt 8A


* * * * * * *


"saye salu kene bangun awal dan tolong uruskan adek2 saye kerana ayah kadang2 kerja shif malam. jd tade sape nk uruskan mereka. klo dulu ade ibu senang la sket. ade buku yg saye terpakse pinjam dari rakan2"
~seorang pelajar luar bandar yang punya kekurangan bejaye dpt 8A


* * * * * * *


Cacat bukan halangan, miskin bukan alasan.
sumber : the star, buletin utama



TAHNIAH!
kepada semua calon terutama pelajar Hira' yang berjaye memperoleh keputusan PMR tanpe gangguan mental.

Monday, December 24, 2007

Hari ini,
aku tersedar satu perkara,
rupenye blog aku sudah setahun umor nye,
manfaat ape yang aku dapat drpd nya pon aku tatau,
moga ada - biar sedikit daripada tiada


Hari ini,
teringin nak
berjalan, bermusafir,
harap dpt terus menjadi muslim konsisten,
hati tetap atas jalan yang lurus,
dgn bantuan seorang penolong,
dan juga sedikit firasatmukmin ku,
aku duduk dan beriman sebentar,
melakar sebuah kehidupan,
moga dapat bersama berjalan di routeofreedom,
di 'bumi' ini.

Hari ini,
aku dapati ramai yg berminat utk berkongsi,
berkongsi ilmu, berkongsi pengalaman,
agar dapat kita bersama menjalani kehidupan,
bersama kembali menegakkan yang benar,
bagusnya terasa,
moga bersama mendapat manfaat.

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

"eh, makin ramailah buat blog"
"tuh la, tumbuh cam cendawan"
"boleh wat bines nih"
"bisnes pe?"
"design kan blog diorg.. haha.."

Thursday, December 20, 2007

Eidul Adha merupakan peringatan kepada sebuah kisah dengan empat watak berperibadi mulia

Nabi Ibrahim dan keikhlasannya,
Nabi Ismail dgn kepatuhannya,
Siti Hajar serta tawakalnya,
Iblis dan hasutannya..

kisah nya di sini, ataupun dengarkan disini. dapat rasekan?

SELAMAT EID AL-ADHA 1428H

Wednesday, December 19, 2007

Labels:

Terkadang hidup x menyebelahi kite. Hampa, kecewa dan duka. Terasa serba x kene.

x x x x x x x x

Pada zaman dahulu hidup seorang raja. Namanya Labib, Raja Labib. Hobinya diwaktu lapang adalah memburu di hutan. Bagi memenuhi kehendak hobinya itu, dia telah mengupah seorang personal trainer, namanya Zaid. Zaid akan mengikuti sang raja setiap kali beliau turun ke hutan untuk memburu.

Pada satu hari, ketika berada di hutan. Zaid sedang memberi arahan kepada Raja Labib. Sedang Zaid menunjukkan demo care untuk menembak dgn tepat, entah macamanentah (dipendekkan cite), Zaid secara tidak sengaja tertembak ibu jari sebelah kanan sang raja. Maka terputuslah ibu jari sebelah kanan raja. Raja pun berlari pulang ke istana kesakitan.

Sekembalinya di istana, Zaid diminta menghadap raja. Dengan murka dan marah, Raja Labib memerintahkan agar Zaid dimasukkan ke penjara sehingga di beritahu. Zaid pun dimasukkan ke penjara. Dalam hatinya, dia berkata "This is good"

Selang beberapa hari, Raja Labib pergi memburu. Kali ini tidak membawa Zaid. Tetapi membawa seluruh ahli istana termasok segelintir penduduk² tempatan. Tanpa pengetahuan yang banyak, sang raja telah membawa pengikutnya jauh ke dalam hutan. Setelah tibe di tempat yang disangkenya strategik untuk memburu, beliau berhenti dan mengambil tempat. Tiba-tiba datang sekumpulan orang kanibal (jgn lupe ini cerita zaman dulu) dan menyerang mereka. Orang² kanibal ini pun menangkap Raja Labib dan pengikutnya lalu dibawa ke perkampungan mereka.

Setelah sampai di perkampungan orang kanibal, ketua kanibal mengarahkan mereka semua di periksa sebelum dipotong dan dimasak. Bergetarlah jiwa dan raga raja dan pengikutnya. Setelah diperiksa satu persatu, tibelah giliran diperiksa sang raja. Sedang memeriksa, mereka dapati bahwa sang raja hanya mempunyai 9 jari. Ibu jari kanan sudah tiada. Dengan menggangap bahwa raja ini mempunyai kecacatan, ketua kanibal mengarahkan agar beliau dilepaskan.

Maka berlari pulang sang raja ke istana dengan gembira dan sedikit serba salah, lalu terus berjumpe Zaid di dalam penjara.
"Nasib baik hamba menembak jari beta dan terputus. Barulah beta tidak dimakan oleh penduduk kanibal di sane kerana dianggap cacat. This is good"
"Bagus juge patik menembak jari tuan, jika tidak patik terpakse mengikuti tuan ke hutan dan pasti kene makan juga. This is good"

x x x x x x x x

Namun disebaliknya pasti ada hikmah.


waahhh.. kalah lagi!! kali ni kalah paling tidak boleh diterima. tak lepas peringkat kumpulan. bukan hendak mencari alasan, tetapi memang. memang kehilangan skill dan plg penting skali, motivasi & semangat.. mane nak carik?
apa pon kekalahan kali ni mengajar aku sesuatu.. menang bukan kerana hebat skill dan stamina. tp sebagai sebuah pasukan yang punya semangat berpasukan.

Sunday, December 16, 2007

Apa pandangan mu jika melihat seorang laki dan seorang perempuan dalam kereta bersama?

Pernah satu ketika aku duduk menunggu kawan² utk men futsal. Tibalah satu kereta. Seorang keluar dari kereta. Dia menuju ke arah kami sambil berjabat tangan salam². Salah seorang menyapa, "lawa awek kau.." lalu dibalas. "terima kasih la. itu akak aku.."

* * * * * * * *

Apa pandangan mu jika melihat ade org sedang berlari pantas menuju ke tandas?

Pernah satu ketika di sekolah, seorang berlari menuju tandas dengan pantas. Seorang yang melihat nya lalu menjerit,
"haha.. sakit perut la tuh.."
beberapa saat kemudian org itu keluar.
"aah.. aku buang air kuar jam aku"
"oh, tinggal jam rupenye.."

* * * * * * * *

Apa pendapat mu, apabila selesai solat jemaah subuh, melihat ke belakang ade org sedang masbuk.

Adakah dia terbangun lewat? Adakah dia saja buat² lambat? Dia memang susah bangun? Atau dia baru baligh? Atau dia tolong org yang luka sebab pecahkan jamban? huh~ banyak kemungkinan ek? jangan cepat membuat tanggapan. apa salahnya tanye org itu sendiri..

* * * * * * * *

Tahun 2002.
Aku terpiki. adekah ini satu keputusan yang bijak? atau adekah aku mensia-siakan segalanya.. jika aku duduk umah dan sekolah balik hari lebih bes. makan sedap. tayah basuh baju. boleh tgk world cup. boleh juga tahu perkembangan lua. ataupun jika aku masok sekola lua yang lebih gempar pasti bertambah A yang aku peroleh. pasti aku boleh muncul di antara mereka yang mendapat stret A dlm setiap periksa BESAR..
Daripada memilih untuk tinggal di tempat ini. Dahla tandas kotor, air tade, makanan x sedap, kene basuh baju sendiri..

6 tahun kemudian.
Ini merupakan keputusan yang paling bijak pernah dibuat. x sangke aku pandai. di sini lah aku belajar segalanya. di samping belajar biologi dan addmath, aku juga belajar basuh tandas, basuh baju, men bola, takraw, nyanyi, berlakon.. tak lupa belajar bergaul dgn org, memahami jenis² org, ilmu agama dan macam-macam lagi.. juga belaja pukul budak. pasti terlepas jika ku memilih untuk duk di rumah 6 tahun lalu. Baru ku tahu kenapa ia dinamai Hira'. kerana di situlah tempat insan agung bernama Muhammad memula kan 'kehidupan' baginda. nama itu juga di gunakan untuk menjadi tempat kami semua memulakan kehidupan kami.

* * * * * * * *

Manusia mudah membuat keputusan. Dan terkadang keputusan itu akan membuat diri sendiri rugi. Lalu kite menyesali dan memarahi takdir. Sedang Allah tidak membebani seseorang melaenkan apa yg kite mampu. Begitu juga pandangan org len terhadap kita. Biarlah mereka kate kite pelik. Takmengapa jika mereka mengatakan apa² kepada kite. Jangan cepat bersedih dan mengeluh. Kerna setiap perkara itu subjektif, tak semua perkara yang kita sangkakan adalah betol dan tepat. Kerana kita belum melihatnya dari sudut berbeza.

Wednesday, December 12, 2007

sekalung penghargaan,
jutaan kemaafan,
sehampar kesyukuran,
sedikit takziah

penghargaan bagi mereka yang hadir,
maaf kepada yang tak dapat makan,
syukur pada tuhan, selamat tanpa musibah,
takziah jika bernasib malang



































Terima kasih pada yang byk membantu hidupkan api, peram ayam, habeskan makanan, masak, lepak tunggu sampai mlm, dan sebagainya.
Juga pada mereka yang merancang untuk datang, tp perancangan Allah bg mereka lebih hebat..




semoga Allah merahmati dan membalas nya dengan kebaikan

Monday, December 10, 2007

Engkau bagaikan mutiara berharga
dalam sepi kau penyeri
dalam duka kau penawar
hadirmu menyinari rumahtangga

Mengapa harus derita yang kau cari
maruah kau pertaruhkan
masa depan kau gadaikan
mengalir air mata ayah bonda

Oh remaja,
harapan keluarga
putera puteri negara
pewaris nusa bangsa dan agama
kembalikanlah nilai harga dirimu
agar sempat kau tahu
sejuk hati ibu yang melahir dan mendidikmu

Bangkitlah oh putera ku!
dari lena yang panjang
berjuang bagai perwira yang berjasa
Bangunlah oh puteri ku!
dari mimpi yang palsu
pelihara maruah dan agamamu

PadaMu tuhan doa kami panjatkan
teguhkan keimanan
tetapkan pendirian
Putera puteri harapan masa depan

* * * * * *

Betapa besar harapan mereka pada kita. Kerna kita adalah senjata rahsia kepada kebangkitan. Sungguh tidak tercapai impian ini tanpa kehadiran dan penglibatan pemuda. Sedang usia remaja merupakan asas kepada sebuah bangunan kehidupan. Maka apabila asas tidak kukuh, bangunan mudah runtuh, roboh. Musnah segala nya.

Friday, December 7, 2007

Setelah tamat musim 06/07, Manchester City telah buat byk perubahan dlm kelabnye bagi menghadapi musim baru 07/08. Bermula pembelian kelab itu oleh Thaksin Shinawatra. Kemudian pengambilan pengurus baru, Sven Goran Eriksson. Seterusnya pembelian beberapa pemain dimana tiada seorang pun berwarganegara England. Kini, setelah 15 perlawanan berlalu, Man City berada di tangga ke-5 EPL, 3 mata di belakang musuh setempat dam juga juara bertahan, Man Utd, dan 7 mata di belakang pendahulu, Arsenal.

Betapa hebatnya satu perubahan yang dilakukan dalam hanya beberapa minggu, malah beberapa hari sahaja.

+++++++++++++++++++++++++++++++++

Seakan tidak percaya detiknya telah sampai.
Tidak pernah aku nafikan sedihnya hati ni, meninggalkan tempat ku jatuh dan bangun kembali.
Kini sudah tamat, dan bermula kehidupan baru.

Tamat sudah hidup dalam bi'ah, mula kehidupan utk tarbiyah diri sendiri
Tamat sudah hidup berpura-pura, mula kehidupan sebenar
Tamat sudah hidup mengharap bantuan orang, mula kehidupan usaha sendiri
Tamat sudah hidup pau budak, mula kehidupan kene pau

Kadang kala hati ni resah, risau. Rintangan dan cabaran tidak mudah. Bahkan memeritkan. Pernah ku lalui sebentar dalam rehat panjang selama ni.

Dua hari yang sama adalah satu kerugian, manakala hari yg lebih teruk dari semlm nya adalah kecelakaan.

'musim persekolahan' ku telah tamat. musim baru menanti di depan.
Tidak, aku tak nak tergolong dalam kecelakaan. Tidak! Perlu ada perubahan. kene beli pengurus baru kot, ataupun kene ada pemilik baru

"Oh Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam ketaatan kepadaMu, tetapkan hatiku dalam agamaMu, tetapkan hatiku dalam jalan dakwahMu."

Wednesday, November 28, 2007

[menghilangkan segala debu dan habuk]

pelik plak oggix tade. sori la sesape yg ade tulis pape dan tak dibace lg..

alhamdulillah, hampir berjaya.. berjaya menjalani SPM tanpa gangguan mental. sekali lagi, alhamdulillah.

6 hari saje lagi sebelum ia berakhir. Tak sabar habes SPM, sedih tinggalkan sekolah..


Tempat stadi seblm bertukar jd meja dj

10 down, 2 to go

Rasenya suda tibe mase pikir ke hadapan. Tapi aku penah byk kali cube, dan setiap kali aku cube, aku akan blur..~ ade org bole bantu?

Sunday, October 21, 2007

[sblm cuti]
monolog: aku nk bwk blk buku ni, buku tu dan buku ni.. aku akan blaja sungguh² cuti ni. takkan jadi cam cuti² sblm ni. insyaAllah..

[tgh cuti]
monolog: ish.. biler aku nk blaja nih? ish.. xper.. jgn risau, cuti lame lg.. sok luse bole lg.

[dah habes cuti]
monolog: alamak cuti da abes, aku x blaja langsung.. arghh..

"weyh, ko blaja x kat umah?"
"mestila... tak. semangat jer bwk blk buku byk2.. haha"

satu realiti yg ramai org - terutamanya dak laki - alaminya..

+++

terase seperti menghampiri penghujung. uish.. sedih, sebak, hiba, risau dan bermacam lagi perasaan bercampur gaul di dalam diri ni. mmg manusia lebih mudah mensyukuri sesuatu apabila kehilangan nya.

sebetulnya, sebelum menghampiri saat itu, ada sesuatu yg perlu ku tempuhi. jika tidak kerana bende ini telah meracuni pemikiran segenap manusia, pasti aku mengelak mahu menghadapinya. dek kesukarannya. wahaha..

"kita kene tunjuk yg Islam ni boleh menhadapi segala cabaran. dan cabaran kamu semua adalah SPM yg akan kamu hadapi nnti. tunjuk kan Islam boleh. ini lah dakwah kamu..." ~ kate cikgu PQS

baik cikgu. doakan kami.. huhu~

this blog will hibernate. approximately 5-7 weeks

Tuesday, October 16, 2007

1 Syawal tiba lagi.
Tapi tahun ni berbeza sedikit berbanding tahun² sebelum ni.


Takbir bergema. Berjalan kaki ke masjid. Uhh.. terasa seperti jalan di pinggiran kawasan Palestin dek bunyi mercun² yang meletop sane meletop sini. Tapi pape pon, Meru lg hebat suasane peperangannya. hehe..

Smpi masjid awal drpd biase. Duduk dan join takbir skali. Selesai solat sunat aidilfitri, khutbah kedengaran. Selalunya khutbah masjid ni - tak kire la khutbah raye ke jumaat ke - selalunye menjadi ceramah politik. Tapi tahun ni berbeza sedikit berbanding tahun² sebelum ni. Unsur² politiknya sikit jer.

Smpi di rumah. Selalunya duduk² dulu kemudian salam, peluk, cium dan dapatlah duet raye. tapi tahun ni berbeza sedikit berbanding tahun² seblum ni. Ade yg makan dulu, ade yg tgk tv dulu, ade juge yg men komputer dlu. Sehingga aku terlupe nk salam CikNor.. huh~ melepas duet raye.. heh.

Selalunye meriah. tapi tahun ni berbeza sedikit berbanding tahun² seblum ni. Semakin kurg org. Dulu 5, patu 4. Sekarang tinggal 3 jer. hu.. sedikit bosan. Oleh sebab itu, tahun ni lebeh byk tgk rancangan² menarek di TV berbanding tahun lepas.

Beraye umah sedare mare. Pakcik makcik pun tanyer "tingkatan baper da ni?" dan setelah mendengar jawapan nyer, akan disambung "oh, perikse SPM la taun ni ye? x blaja ker?" oh, tentu skali jawapan nya adalah "Ya, saya tengah blaja la ni."


SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN.
dijemput dtg umah. nk ajak jejlan raye pon bole.

Wednesday, October 10, 2007

It was just one of the days people hate. Probably a day as similar as when Lewis Hamilton was unable to finish his race. Or maybe as similar as when Wayne Rooney just couldn't find the back of the net. A day when people say "oh, what an unlucky day today is." Yeah, that is the day.

Let's list up some of the bad things happen today:

1. It started early in the morning. Thought there were much time to eat. Instead, before I started to eat it was already time (imsak). Huh~

2. Tried to study. Yes, tried. But didn't manage to do so.

3. Football Manager was totally against me. Lost to Everton and Charlton which makes my team knocked out of the League Cup and lying second in the EPL. It's only a game anyway.

4. A friend of mine called, "Woi, enset ko kasik pinjam taleh pakai. Hampeh." Sorry about that though.

5. Arrived at surau for Asar only to see the jemaah already finished reciting the doa. Ish.. truely humiliating.

6. The azan was not as loud as usual. Iftar only after hearing "La Ilaaha Illallah." Then I quickly went to the surau, but the same thing happen as in number 5.


Truely ALLAH did not promise that life would be easy. but HE did promise to go with you, every step of your life, with HIM by your side. Hope tomorrow will be a better day. Ameen~
(written in english to improve it)

Monday, October 8, 2007

"dia tu kan mmg camni.. camtu.."
"ish.. korg ni... tunggu la berbuka dulu"
"oh ye ke"

"kau da juzu' bape da?"
"20 tp aku rase aku x sempat abes sblm abes ramadan"
"ala.. smbng je la lps abes ramadan"
"malas.."


masjid kelihatan lebih ramai drpd biasa, yg tak pernah datang masjid dengan rela hati nya datang, rancangan di kaca tv menjadi islamik, pengacara tv turut memakai tudung, radio memasang lagu² nasyid, yang tak pernah bace qur'an cuba untuk khatam, dan pelbagai lagi keajaiban. tapi sayang ia hanya bertahan selama sebulan.


Alangkah indahnya jika suasana seperti ni dapat diteruskan biar setelah tamat bulan Ramadhan sekalipun. Tidak dinafikan ganjaran di bulan Ramadhan berkali ganda, namun apakah setelah tamat bulan Ramadhan tidak diberi ganjaran kepada mereka yang beramal soleh? Apakah mereka fikir tuhan di bulan Ramadhan dan tuhan bulan selainnya adalah tuhan yang lain? Sungguh tertipulah diri mereka jika beranggapan sedemikian.


barangsiapa tidak dapat mengubah diri mereka di bulan Ramadhan, dia memang tidak akan dapat mengubah dirinya"
~ Yusuf Al-Qaradhawi

Saturday, September 22, 2007

Semua mengambil tempat duduk. Ok. Kereta dihidupkan dan mula berjalan. Semua senyap. Melayan perasaan. Terdengar suara-suara tersedu-sedu. Tiada siapa yang ingin berkata-kata. Setelah keluar daripada medan letak kereta KLIA, sebuah kapal terbang MAS lalu di udara. "Tu mysara da terbang" Eh.. tapi sekarang baru pukul berapa. 11.01. Oh.. 44 minit lagi baru dia akan berlepas.


Bukan nya apa. Cuma rindu. Heh, baru berapa minit. Tapi dah boleh bayang masa yang akan datang. Masakan tidak, dia boleh dikatakan orang paling banyak bagi semangat selepas mama abah. Tapi tak mengapa. Dunia globalisasi membolehkan kita berhubung dengan pelbagai cara.

Ala, bukannya pergi selama-lamanya. Nanti-nanti balik semula. Cume jika ditakdirkan kita tidak bertemu lagi - nauzubillah min dzalik - berdoalah agar ditemukan di syurga yang abadi.

: La taqulu ma'assalamah bal taqul ilal liqa' ; fa in lam takun fi ardh fa bijannati rabbi arsyis samaa' :



teruskan usaha dan istiqamah!

Saturday, September 15, 2007

"Di bulan Ramadhan yg mulia ni, ganjaran amalan sunat sama seperti amalan fardhu di bulan len. Amalan fardhu pula di gandekan sebyk 70 kali."

From the above statement, we can deduce that,
in Ramadhan, amalan sunat = amalan fardhu bulan len
amalan fardhu = 70 X amalan fardhu bulan len

let x = amalan fardhu bulan len
let y = amalan fardhu ramadhan

from the above equation,
amalan sunat ramadhan = x
amalan fardhu ramadhan = 70x

Hence, calculate the pahala for solat jemaah for the following situations:

(i) solat jemaah once

y = 70x X 27
= 1890x

(ii) solat jemaah in a day

y = 70x X 27 X 5
= 9450x

(iii) solat jemaah in a week

y = 70x X 27 X 5 X 7
= 66150x

(iv) solat jemaah in a month

y = 70x X 27 X 5 X 30
= 283500x

(v) solat jemaah 5 times a day with 12 sunat prayer (rawatib)

= 9450x + 12x
= 9462x

memang benar Tuhan Maha Pengasih dan Penyayang. jika tidak, mengape adenye bulan Ramadhan?

"Oh Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penayayang, jadikanlah add math semudah ini!"
(tgh trial mode)

Wednesday, September 12, 2007

Tak selesa duduk. kapet baru ni lebih nipis dari kapet lame. malahan, debu dan habuk serta 'bau-kedai' kapet ni menyebabkan badan kurang senang. ish.. ape pun terpaksela tahan sementare menanti iqamah. Kali ni lebih ramai orang drpd biase. Ade wajah yang bersemangat dan tak kurang juga yang gelisah. Di dinding² tertampal kaifiyat selawat. Jelas sekali surau ni suda bersedie menanti kehadiran tetamu yang dinantikan sekian lama.

Ahlan wasahlan, Ya Ramadhan. kini bertemu kembali setelah setaun menanti. Syukur kehadratnye kerana mempertemukan kite sekali lagi. smoge kali ni menjadi yang paling bererti.

Seusai solat, duduk termenung. Merenung mase hadapan. Adakah kesudahanye akan berubah menjadi mukasurat baru dalam hidup? atau sekadar catatan sejarah yang tidak memberi makna dalam hidup.

"Ya Allah, berkatilah aku dalam bulan sya'ban dan sampaikanlah aku ke bulan Ramadhan"

Orang kate bulan ramadhan bulan perubahan.. hurm.. aku berharap. ameen~

Tuesday, August 21, 2007

suare aku da semakin harmony sket.. setlh hampir seminggu jd bass.. bole nyanyi sket..


"Palestin kan dimiliki lagi.. igtkan Allah dan hindarkan dosa
Palestin kan aman lagi.. dgn ketaatan amalan soleh"

~untukmu Palestin



hehe.. sbnrnye aku mendpt sms daripade seorg senior daku..


"layakkah kita digelar org yg bersame mempertahankan al-aqsa sdngkan pengorbanan kite x sebesar umat palestin? Allahumma harrir qudsana waja'alna min junudit tahrir!"



terigt lak arini Hari Al-Quds..


"barangsiapa yang tidak mengambil peduli urusan kaum muslimin, maka dia bukanlah di kalangan mereka"
~hadeeth shahih

Monday, August 20, 2007

"okeh.. cubaan pertame.. wan, cepat teke.. kiri ke kanan?"
pasai.. ana mane tau jalan..
"jgn byk tanyer.. jwb jer kanan atau kiri.."
kanan!
[lalu membelok kanan]

sejam sebelum itu..
"jom pi jejalan.. alang² kat kl ni.. ana da x lame kat mesia ni.."
jom.. nk pi mane?
"ana tapenah pi taim skuer tuh.. jom"
tau jalan x?
"erm.. redah je~"

sejam stgh slps itu..
"kak, tumpang tanyer.. surau kat maner?"
surau tingkat 8..
"ni time skuer kan?"
yer la..
"bestuh mane tpt men² die?"
tingkat 5..

+++++++++++++++++++++++++++

"ish.. skang da kol baper da ni.. alang² troskan jejln kite.."
nak gi maner lg?
"x silap tpt ni dekat jer ngan petaling street"
camtu kite jln kaki je la

15 minit slps tuh
"sape kate td petaling street dekat??"

kalo nk jalan² di kuala lumpur, pastikan bwk pemandu pelancong yg di iktiraf..

Saturday, August 18, 2007

kini dengan wajah baru.. waha.. semangat seyh.. ngantok².. nak tido..

bukti Sekolah Menengah Islam Hira' pernah menawan Gunung Angsi
- 4 Ogos 2007 11.23 am

[Bermula sebuah cerita]

memang bukan mudah.. untuk mencapai sebuah cita².. mestilah bermula dari bawah..









berjalan menuju ke destinasi.. eh, tak semudah itu.. byk rintangan perlu dihadapi..







dan terkadang dunie kelihatan sempit..






namun, sesudah tiba di puncak destinasi... waahhh.. seronok nye!!









org berat 0.1 tan pon bole smpi puncak gunung angsi.. pasti tiada yang mustahil~
kebangkitan pasti tiba.. aku yakin dgn janjiNya
[cerita tamat]

Friday, June 22, 2007

[bhs di bwh adelah bhs ingeris yg diterjemah bulat2 ke dlm bhs melayu]
"yo.. lelaki.. ape di atas, lelaki?"
"yo.. sejuk, lelaki.. sejuk.. ape korg tgh buat?"
"kitorg tgh bertanding menari pecah ni"
"sejuk.. aku bole wat kepala berdiri"
"sejuk, lelaki.. itu sejuk.. tapi aku bole kepale pusing"
"itu lagi sejuk.. tunjuk sket"
"alamak.. saye rase kurang perigi la"
"huh~ x pe la.. len kali la plak kite gantung luar"
~sedutan teater BM oleh kelas5 007

utk mengetahui kisah sbnr, dtg ke hari karnival sek men Islam Hira', Jeram. pada 30 jun 2007, (sabtu) 8.00 pg hingga 9.00 mlm.
dtg la juge ke gerai Kita Semua Kiosk - juge produk kelas5 'oo7.
bersame meriahkan hari karnival sekolah..

huh~ skang semakin penat dgn aktiviti sedangkan SPM tak lame lg.. sungguh x seda diri..

Saturday, June 9, 2007

td pi shopping, singgah sbntr di kedai speedy. selak² cari album latest (bkn nk bli). terjumpe sebuah album nasyid terbaru. Hafiz (bekas ahli UNIC tuh) kini muncul dgn album solo genre pop-nasyid. juge ade kat situ album Nazrey Johani bertajuk Syahadah dan juge album In-Team, Nur Insani. wow, nampaknye nasyid mendpt sambutan yg hangat (munkin) ataupun diorg hangat² sendiri. Terigt pule aku yg Mua'dz kuar dgn album nasyid-hadith nye, Al-`Asr. Dan JIM turut join skali dgn mengeluarkan album Aku Ori Bukan Fotokopi (haha.. nak tau pe maksud tajok tuh, kene la beli). Dlm album tu ade kump Devotees, The Wayfares dll. okeh, ade lg album nasyid terbaru yg x ditaip lg?

Populariti atau mmg utk berdakwah? huh~ bialah..

"caner nk kasik blog menarek ha?" ~ tanyer seorg budak

"ntah.. aku nyer menarek ker? cam bosan jer..! caner nk kasik menarek ek?" aku tanyer smule

tak mengape~

Thursday, June 7, 2007

mari kita mengenal diri..

kita sekarang sdg membuke blog ini di dlm komputer yg canggih dan sedng berade di umah yg besa. namun, umah itu lebih kecil berbanding daerah yg kita diami. daerah itu lebih kecil berbanding negeri yg kita duduki. negeri itu pule lebih kecil drpd negara. akan tetapi, sebuah benua lebih besa drpd negara itu. hakikatnye, bumi lebih besa drpd benua tersebut. sungguhpun begitu, matahari adalah lebih besa drpd bumi. padahal, matahari merupakan sekecil² bintang di angkasa yg terdiri drpd beribu² galaksi.

okeh.. di mane kita td? hurm..

sungguh sombong dan bongkak itu adalah sifat syaitan.

Monday, June 4, 2007

seorg peniage akan bangun pg dgn azam akan perolehi keuntungan yg lumayan pd hari tersbut. buku akaun dibuka, disemak dan dikaji kelemahan semlm utk diperbaiki pd hari ni agar keuntungan lebih bergande pd hari ni.. sblm memulekan perniagaan ari itu, perancangan yg teliti tlh diadakan demi menjayekan ari itu. perniagaan dijalankan seperti yg dirancang dgn bersungguh dan penuh ketelitian. selesai perniagaan, make berakhirlah sebuah hari. bermula persiapan utk hari esok. di kemaskini buku akaun utk rujukan esok dan ditulis kelemahan hari ni utk kebaikan esok.




begitula sepatutnya hidup manusia.. muhasabah adalah salah satu care menghindari drpd mengulangi kesilapan yg same. celake la org yg hari ni lebih buruk drpd smlmnya, rugi la org yg harini dan smlmnya adelah same, dan beruntunglah org yg harini lebih baik drpd semlm nya.




dan aku telah pon muhasabah blog aku.. oleh itu, nantikan..

Wednesday, May 30, 2007

alhamdulillah~ setinggi kesyukuran dipanjatkan kpdNya kerana dgn limpah dan kurniaNya kite maseh diberikan peluang utk menghirup udare utk meneruskan kehidupan ini.. syukur lagi kerane berjaye membuke blog ini dan dpt membace entri yg ditulis secare spontan shj.. tambahkan syukur lagi kerane mate maseh berkelip dan setia membace entri ini... syukur juge kerana diberi nikmat yg mencurah-curah ke ladang gandum dan pop! jadilah koko krunch.. bersyukur juge kerane pd hari ni, lina joy telah tewas didalam permohonannye utk menghilangkan 'Islam' dlm ic nyer.. bertambah lg kesyukuran bg mereka yg pd hari ni telah mengenapkan usianye kpd sekian tahun.. dan syukur juge bg mereka yg berjaye mengecapi sesuatu yg tidak sume manusia mampu mencapai nye..
x cukup lg? manusia mmg tamak..~

Sunday, May 27, 2007


mlm ni adelah kali pertame aku akan tido umah sejak bermula cuti.. sume gare² men futsal sempena karnival imetro..



kekalahan lagi menyebabkan ade yg kecewa.. aku? tak kecewa sgt sbb tak kuar duet.. haha.. papepon ade yg merase kitorg berpotensi pegi lebih jauh..



"btol ke korg bdak skola? ish.. berani pulak masok kategori open, lps peringkat kumpulan plak tuh.." ~ pengurus pasukan yg mengalahkan kitorg 2-1



namun, ku balek umah, lalu..



"asyek men futsal jer.. biler nak blaja? asyek kalah pulak tuh.. las la ni.. pas ni blaja spm.." ~ayah ibu ku



last? wait n see..

Friday, May 25, 2007

Pekse pertghan satu da berlalu.. skang tunggu result.. penantian tu mmg satu penyeksaan.. lebih² lagi menunggu result pekse.. da la x blaja.. huh~ blom tunggu result spm lg..


SPM = Salam Perantau Murabbi (?)
seperti rasul.. begitu murabbiku..
baru smlm minta maaf, arini suda menitis air mate kerna lewat masok klas.. aku pun da tau ape nk buat.. maaf, patu esok wat salah lagi.. adekah susah sgt menghargai jasa guru? mmg terkadang diri ini terlupa.. sbb tu aku dtg skola, membaiki kelemahan.. dan juge terima kasih kerna setia mengajar dgn kesabaran.. tiada lafaz yg bisa terungkai.. smoge di balas oleh Yang Maha Kuasa.. InsyaAllah~


Pekse suda, hari murabbi suda.. kini tibe cuti.. cuti 2 minggu.. lamenye~

Saturday, May 5, 2007

[setelah sbln x bukak tenet]

-testing connection... ok-
akhirnye.. berjaye juge..

"tak terase ape² yg berlaku dlm bulan ta'dib. ape yg antum sume buat?"
~ kate seorg cikgu
terkesima.. kelu.. btol jugak ape yg dikatekan.. satu kebenaran yg sukar ditelan..

aku telah penat mengharungi bulan april yg sibuk.. kini rehatkan minda sebentar.. sblm tibe waktu memerah otak smule.. pekse penggal satu.. addmet, biol yg biol, kimia, fizik.. adakah aku sudah bersedie? heh~

terase mase berlalu terlalu pantas.. hingga kan tinggal 6 bln sblm segalenyer berakhir..

dah².. aku nk gi blaja..

-connection unplugged-

Sunday, April 8, 2007

Tempat : Sekolah Menengah Islam Hira'
Bulan : April
Agenda : Bulan BM, Bulan Ta'dib, Hari Anugerah Gemilang, Ekspo Dunia Islam

wo.. mmg byk aktiviti bln april ni.. ade juge yg mengatekan bulan april sbg 'bulan sebok'..bg adek² form 1, terserlah keceriaan dan kementenan kerna tak byk yg terlibat dlm agende diatas.. tp utk abg² fom 5 yg sepatotnye mencurahkan sgale ilmu² kpd pelapis baru sblm kuar dr skola ni mmg nampak sebok.. sehingga tanampak gaye mcm diorg nk amek SPM lg 6 bulan lg.. tolak mkn, minum, main, tido, dlm tandas, sbnrnyer tinggal lg 3 minit nk SPM.. haha~

baru² ni ade motivasi Berlian.. w/pun kejap jer, tp dpt la jugak sesuatu selaen drpd gelak jer..

"manusia tidak malas. mereka cuma tade matlamat yg akan memberi inspirasi kpd mereka utk berusaha"

setuju? entah..~



April
Hari Anugerah Gemilang & Hari Kemuncak Ekspo Dunia Islam
15 April 2007 (Ahad)
8.00 pg - 1.00 tghari

Malam Kemuncak Bulan Ta'dib
30 April 2007 (Isnin)
8.00 mlm - 11.00 mlm

semua dijemput hadir..

Sunday, March 18, 2007

bile tgk tarikh, rupenye da nk abes cuti da.. stlh lebey kurg 9 ari aku dok umah, tibe mase utk aku pulang ke skola.. satu habuk keje umah tasiap.. bkn stakat tasiap.. malah x bwk blk.. huhu~ xpe².. dpt meningkatkan kesabaran aku ketika kene marah ngan mlm/h nnt.. bkn salu pon.. kembali la aku kpd suasana skola.. kene bangun awal, pakai baju skola, pegi klas dsb.. da la tinggal setaun lg.. pasni tak merase da..

papepon, aku akan teruskan perjuangan mengembare dan meningkatkan ilmu.. bkn utk spm shj tetapi juge utk menegakkan Islam kembali.. bermulela smule kembara ilmu aku..


KEMBARA ILMU
oleh: suhaimi

Kembara ilmu selaut cahaya
milik Tuhan tiada bertepi
di selam tak cecah ke dasar
di timba tak luak setitis

Kembara misi lembah nurani
menakung titisan ilmu suluhan budi
resapan dari akal yg murni
utk di untai mutiara sufi
menjadi azimat menuju firdausi

Lembah nurani fitrahnya suci
jangan di tinggal gersang, jangan dibiar hitam
gersang nurani kerana tiada ilmu
hitam nurani kerana dosa bertimbun

Noda di hati melemahkan minda
kembara sufi terasa sukar
sesatlah didalam pelayaran
hanyut tiada pedoman
akhirnya karam dalam kegagalan

nak donlod lagu tekan kat tajuk lagu tuh..

Saturday, March 17, 2007

Dial *122#


Baki: 3.91 Tarikh Luput: 18.03.07

Ho.. fes taim kedit aku smpi tahap kritikal camtu.. sume gare² terpakse jawab satu soklan yg same dr beratus yg bertanye "ko asal x dtg reunion arituh?".. huh~ aku mmg akui aku tade niat nk pegi.. bkn sebab harge nye yg x berpatutan iaitu rm20, tetapi aku ala² tade minat nk pegi mende² camtu.. aku mintak maap bebyk kat penganjur yg smangat nyer mengalahkan smangat George Bush nk tawan afghan tu.. pape pon, stlh dipujuk oleh member, aku pegi la jugak.. tp dlm kol 6.45 ke atas.. patut nyer bleh smpi awal sket.. tp jam kat dpn jaye jusco tuh.. fuhh~ klang mmg bz skang.. aku pegi igtkan nk jumpe member jer la.. sesampai kat sane sume org 'ade'.. da blk da rupenyer.. yg ade hanye penganjur yg tgh kemas² dewan.. mls nk tego.. huh~ naseb aku mmg x bek aritu.. aku terpiki nk jumpe sorg jer, anas rosedi, dtg dr kelantan semate² utk hadiri reunion ni.. org len pon aku nk jumpe jugak la.. lg² yg pinda slps skola renda tuh.. tp takpe.. klo ade umo panjang kite jumpe lg..
minta maap la lg skali.. lebey² lg kat org yg aku da kate akan jumpenyer arituh dan kasik adiah spm.. klo senang wat la reunion lg.. haha~

bak kate pepatah arab: "jgnlah katekan selamat tinggal, bahkan katekan lah jumpe lagi.. jika kite tidak jumpe kat dunie yg fana, smoge kite berjumpe di syurga kelak"... ameen~

Friday, March 16, 2007

"perlahan2 langkahnya menuju ke situ... mengambil Al-Quran itu.. membelek2-nya dengan penuh keharuan... tiba-tiba... jatuh sesuatu dari Al-Quran itu... segugus kunci... sepucuk warkah..tulisan tangan org yg amat dikenalinya selama ini.. 'hadiah teristimewa utk putera kesayanganku'.... air mata si anak menitis deras..."

sebuah kesah yg menyentuh hati.. tp tacaye penulis die yg menulis.. munkin die amek kat mane2 atopun munkin die tgk kat astro ria.. papepon bes la bace..

[mlm senin]
Kwn: "teman aku amek ic kat masalam, patu wat akaun bank kat pkns, duet aku sapot"
[pagi slase]
Kwn: "tuka plan.. jom pi mid.. aku nk bli brng.. duet tambang aku sapot, gune duet ko lu"

aiseh.. nk smpi situ pun aku tapasti.. (note: aku ade rm 5 jer waktu tu) fikir², las² terigt aku kpd bas rapid kl tuh.. tiket bole dipakai smule.. aku pun pergi mid.. dlm perjlnan, aku pun terpiki.. berjln ke kl bwk rm5 sbnrnye da cukup.. tiket pergi balek rm2, makan rm3 - tu klo x mkn nasi goreng thai ngan neslo ais la.. mkn roti canai sekeping ngan teh panas bole la.. nek bas rupenye skang lebeyh murah berbanding baya tol + minyak kete.. bile aku smpi kat mid, aku jumpe membe aku..

Aku: "duet pegi balek aku da setel.. ko blanje aku mkn nasi goreng thai je la.. hehe"

Thursday, March 15, 2007

Gamba hiasan.. tade kene mengene dgn yg tajok maupun isi..

Tahniah diucapkan kpd team Panda Ruku'~ juara Futsal anjuran KRJ Klang.. mengalahkan team Stam 9-3 dlm final.. satu perlawanan yg hebat.. smoge sume dirahmati oleh Allah..

Monday, March 12, 2007

"amacam result spm ko?"
>"biase jer"
"biase tu cane"
>"camtula"
"oo..mcm tu.."

tu jwpn dr seorg yg aku tanyer ttg result spm dier.. nak kate sedey + kecewa, munkin ade sikit tp telah di kaver oleh perasaan menten dan rileknyer.. td aku baru pas men futsal ngan abg² yg baru sajer amek result spm.. ade yg tgh gembire smpi nk sepak bola, tersepak angin... ade yg sedey smpi sepak bola kuat smpi kene net atas.. ade jugak yg biase dan menten smpi buat skill mantap², sbb diorg tak amek result.. haha.. biler tgk derang sume, terigt lak yg taun ni aku plak nk kene amek spm.. taun dpn aku jd cam diorg plak... samede aku jd org yg sepak angin atopun yg sepak bola smpi ke net atas.. yg pasti tajadi yg buat skill tu da...

papepon, aku sdkt kebingungan.. blaja 730 hari (2 taun), kemudian ditentukan dlm satu peperiksaan bertulis yg x smpi 1 ari pon.. x smpi 5 jam pon.. adil ke ha? ade plak yg nk bunuh diri di sbb kn dlm mase beberape jam tu die terlupe sume formula2 add math, tp kuar dewan pekse, tetbe igt blk.. padehal, sume tokoh² Islam terdahulu tayah amek pon spm utk berjaye.. derang jugak bkn saje pakar dlm satu bidang jer.. ade yg pakar falsafah + math.. ade lak yg fizik + astronomi.. dan mcm² lg... jd kpd yg kurg bernaseb bek ktk berada di dewan pekse tu dulu, jgn kecewa, spm bkn sgalenyer... jd suri umah pun bagos sbnrnye.. utk pompuan la..

>tahniah kpd yg berjaye...

Saturday, March 10, 2007

[nyanyi rentak lagu raye anuar zain tuh] berlalulah sudah ujian.. seminggu menjawab.. tibe cuti kite enjoykan dgn rase gembire.. anak muda dirantauan semuanya pulang ke umah.. ibu dan bapa keriangan bersyukur x terkire..

heh~ mak ayah aku yg blk kg adela.. aku lak dok umah sorg² tade keje.. seb bek ade cite kanak2 sempena cuti skola menamani aku.. kat tv1, tiap kol 3.05 ptg..

seminggu cuti.. ape nak buat eh~

Monday, February 19, 2007


Para pejuang khadra'meraikan kejayaan bersame².. Cube lagi taun dpn..!!

taun ni kali ke 3 aku menjadi ahli umah hijau atopun khadra'.. sbnrnye teringin jugak nak rase umah kuning ato merah.. due2 tapenah rase lagi.. taun ni rase kurg bersemangat sikit.. sbb.. sbb.. ntahla.. tatau sbb ape.. w/pun bahang sukan da lame terase.. lgpun ahli umah pun lebey kurg same.. x berubah sgt dr taun lps.. akhi ade janji klo menang lg skali die nak kasik rm10.. menyilau² mate aku dibuatnye.. konon nk menambahkan semngt la.. perbarisan lg 3 ari.. perancangan x wat lg.. banner dsb apetah lg.. nak men bola pun kasut tade.. kaki lak maseh injed dek futsal arituh.. aiseh~

//smoge khadra' menang taun ni.. ameen~~

Saturday, February 3, 2007

fikrah disatu, ukhwah dipadu..
tulah moto utk prog pemantapan syakhsiah ting 5 yg berlangsung kat kalumpang.. bole dikatekan seronok disitu kerane tadela terlalu byk prog yg membosankan.. kebykan mase dihabiskan dgn terjun sungai yg sejuk dan deras.. maseh bole terbayang team 'boyot' menang game polo air lwn 'boroi'.. turut diundang ialah abg alumni - suhail sufian, dan murabbi agung (ali imran) - yg kongsi pengalaman derang ngan kami.. trimas bebyk..

Tuesday, January 2, 2007

esok,
aku akan melangkah ke skola sbg seorg yg bergelar 'abg senior'.. bangge x bangge sampai aku pun tatau caner nk jd 'abg senior' yg bertauliah dan berwibawa.. waaaa.... esok skola... huhu~

>> melangkah ke sesi persekolahan baru (2007)..
~doakan aku berjaye

Copyright 2008 tulisan ini . All rights reserved.

Template By: Hive Designs Ported By: Theme Lab. Blogger by akOOgle