Sunday, February 8, 2009


(amaran. posting ini ditaip dalam bahasa 'skema'. paling kurang saya cuba untuk menulis dalam bahasa 'skema'.)


segala puji bagi Tuhan semesta alam. Yang Maha Agung dan Maha Kuasa. selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad. doa kesejahteraan dipanjatkan untuk saudara-saudara kita di Gaza. semoga mereka tetap atas 'Jalan Yang Lurus'. dan juga di negeri Perak. yang saya kurang faham keadaan sebenarnya.



saya baru tersedar satu perkara. dulu ada kawan saya pernah sampaikan perkara ini kepada saya. kini ia kembali bermain di minda.

begini.
ada beberapa perkataan yang tampak kelihatan sama dari segi penggunaan, namun hakikatnya ia mempunyai maksud yang berbeza. walaupun berbeza sedikit tapi ia ada juga kesannya terhadap maksud ayat yang dikeluarkan.


contoh 1:

DIAM - SENYAP

ini sebuah kisah sewaktu saya di sekolah. selepas siren berkumandang, semua pelajar pulang ke asrama untuk khidmat diri. kejadiannya berlaku semasa di dalam tandas. seorang pelajar sedang menyanyi di dalam tandas. lalu seorang senior yang berada di luar tandas menjerit "woi, senyap la!!" lalu pelajar itu menyanyi dengan suara yang sangat perlahan. senior itu masih tidak puas hati. "woi. orang suruh senyap la wei!!" pelajar yang tadinya menyanyi lalu menjawab "ni tengah senyap la ni. bukannya bising pun." terdiam sang senior. dengan malu dia mengubah kata-katanya. "OK. cover. tolong diam!"

bila saya buka kamus dewan edisi ke 3, saya fahami. senyap lawannya bising. diam lawannya bersuara. tak begitu?


contoh 2:

DUNIA - BUMI

ada seorang berwarganegara thailand datang berjumpa dengan seorang berwarganegara malaysia. yang thailand beritahu, "ayah saya sudah meninggal bumi." kelakar bukan?

pernahkah anda mendengar ketika belajar sains "dunia mengelilingi matahari dalam masa 365 hari".

bumi itu adalah planet di mana manusia tinggal. dunia itu merupakan alam.
"dunia perniagaan = alam berniaga"


contoh 3:

TAHU - FAHAM

yang ini memang jelas sekali bezanya. orang yang tahu tak semestinya faham dan orang yang faham selalunya tahu. faham tak ni? hehe.

orang yang berpengeTAHUan dan orang yang punyai keFAHAMan nyata berbeza. kalau saya beritahu seorang budak-budak (yang tidak mempunyai kemahiran seperti adi putra) bahawa 4+4=8. maka budak itu akan tahu, "empat tambah empat sama dengan lapan". namun dia tidak akan tahu jika 4+2=? sebab dia belum faham konsep tambah dalam matematik.

jadi, orang yang tahu adalah orang yang tiap-tiap hari pergi ke cybercafe untuk melayari internet mencari maklumat terkini mengenai nasib saudara umat Islam di Gaza. seperti di sini atau di sini atau laman lain. setiap hari dia pergi mengemas kini maklumat terbaru.

adapun orang yang faham, selain mengemaskini maklumat terkini mengenai saudara mereka di Gaza, mereka juga tahu peranan. lantas membantu dengan boikot, beramal dan lain-lain.

saya menulis ini bukan bererti saya seorang yang faham. cuma ingin berkongsi remeh-temeh bahasa melayu. jadi, ini seruan kepada yang punya kefahaman, sebarkan fahaman yang penting itu. kerana fahaman tidak boleh diraih dengan membaca buku atau blog sahaja. ia perlu diterangkan dan dibincangkan. jika hanya membaca, itu hanya meraih pengetahuan. zaman kini, sudah ramai yang berpengetahuan. cuma kurang yang berkefahaman.


ayuh. bangkit!


jika ada kesilapan boleh dibincangkan dalam ruangan comment. saya hanya merujuk disini.

Tuesday, February 3, 2009


Pesta buku rupenye ade juge di mesir.



Buku nye tersangat amat la byk. nk pusing seharian suntuk rasenye x cukup. jd pegi utk tgk2 je la. lg pn bace x paham.



Teringat mase kecik2 dulu. bace buku "mr. small", "mr happy".
dulu bace nk blaja english. skang ade versi arab. huhu.



Copyright 2008 tulisan ini . All rights reserved.

Template By: Hive Designs Ported By: Theme Lab. Blogger by akOOgle