Saturday, December 25, 2010

jika aku seorang yang siuman, saya akan melihat gelagat seperti meludah ke orang di tengah jalan seperti satu benda yang tidak siuman. kerana ia dilakukan oleh orang yang kurang siuman (baca : orang gila).

sebaliknya bagi orang yang kurang siuman itu, melihat orang bertamadun memakai baju kemas bertali leher dan kasut kulit berkilat silau-silau, sangat pelik baginya. dan dia rasa kan bahawa orang itu lah yang tidak siuman kerana tidak seperti nya. (oh tidak, camana aku tau ni ?)

malaysia 6-2 england. futsal KL 5's 2008.


jika aku seorang pemain bola sepak, aku akan melihat pemainan bola keranjang seperti sesuatu yang tidak seronok. mesti lah. aku kan pemain bola sepak. aku bermain dengan menyepak guna kaki dan bukan nya dengan melompat lalu menghempas bola laju-laju ke dalam satu bulatan kecil.

dan sebaliknya juga. aku ada seorang kawan, meminati bola keranjang. dia rasakan ia lebih seronok daripada mengejar dan menyepak bola.




jadi sememang nya apa yang kita suka dan selalu lakukan itu lah yang akan mempengaruhi penglihatan dan pemikiran kita terhadap sesuatu.

dengan keterbatasan itu, apa salahnya mendengar kata orang lain ?

Monday, December 20, 2010

dulu masa kecil-kecil, kita keluar main bersama. kadang kau datang ke rumah jerit nama aku berulang kali, kadang giliran aku untuk jerit nama kau depan rumah kau. kita sembang-sembang bersama. berbincang isu terkini. kita main bola sepak lawan team taman sebelah. kita selalu berlari sana berlari sini. aku jatuh kau gelak kan. kau jatuh aku risau (ocheh).

tetapi masa berlalu, kita terpisah dalam agenda mengejar cita-cita masing-masing. kau ke utara aku ke selatan (oh kenapa mesti berlawanan). kita membesar dengan suasana berbeza. kau dengan suasana dan persekitaran kau, begitu lah juga untuk aku.

setelah beberapa tahun berlalu. kita bertemu semula. kau nampak lain. kau kini sudah berubah. bukan lagi macam dulu.

kita masih kawan, kan ? walaupun rambut kau tercacak dan rambut aku serabai seperti dulu.

kita masih kawan, kan ? walaupun kau dribble sepuluh orang dengan sebelah mata, aku sepak bola pun kadang-kadang tak kena.

kita masih kawan, kan ? walaupun cara kau pandang Islam seperti itu, tak seperti aku.

kita masih kawan, kan ? walaupun ilmu kau sudah ala-ala ulamak, dan aku masih terkapai-kapai fardhu ain.

kita masih kawan, kan ? walaupun kau sudah jadi presiden persatuan pelajar di universiti, sedang aku pelajar biasa.


aku harap jawapan nya ya. ya Allah, makbulkan lah.


(43;67)

Saturday, December 4, 2010

bila semangat hilang, teringat sebuah kisah dahulu kala.


beberapa hari sebelum periksa BESAR matapelajaran matematik tambahan , seorang pelajar berjalan-jalan sebentar , berehat setelah lama memegang pen dan menekan-nekan kalkulator. lalu terserempak lah dia dengan seorang kawannya yang tengah baca suratkhabar.

A : amboi sempat bace suratkabar lagi tuh. mesti da setel edmet ni.

B : tak jugak lah kan. tapi macam tade harapan je edmet nih. lepak sudah.

A : oh. kau sudah givap ke ape nih ?

B : lebih kurang la .

A : kau penah dengar cerita tentang seorang nenek. dia kene kejar dengan anjing. dia lari kan diri dia smpai lah satu longkang besar. tapi sebab dia takut sangat dengan anjing tu, dia lompat jugak longkang tuh.

B : aku bukan nenek

A : kau lagi muda dari nenek

B : aku penah dengar cite tuh. sume org cite die lompat je. tapi tade sape cite dia sampai tak.

A : ha tu lah. ramai orang cerita dia lompat je. dia sampai ke tak tade sape cite kan ?



apa kesudahan sebenar nenek tu pun aku tak tahu . oh sape tahu ?

Copyright 2008 tulisan ini . All rights reserved.

Template By: Hive Designs Ported By: Theme Lab. Blogger by akOOgle