Thursday, March 20, 2008

Lame rasenya tidak bercerita. Banyak juga cerita yang boleh dikongsi bersama. Pengalaman hidup yang boleh membawa manfaat bersama. Kisah-kisah manusia.

* * * * * * * * * *

Kisah 1

Suatu ketika saya sesat di Bangi. Saya tunggu teksi namun tidak kunjung tiba. Lalu saya bercadang untuk berjalan kaki saja. Dlm perjalanan saya terlihat kekecohan di suatu tempat. Rupenya berlaku satu kemalangan jalan raya. Sebuah kereta proton wira berwarna biru hancur di bhgn hadapan manakala sebuah kereta perodua kenari kemek di pintu bhgn kanan. Mujur tiada berlaku sebarang pertumpahan darah.

Apa yang menjadi tarikan nya adalah, pertama, ia berlaku di hadapan pintu gerbang UKM menyebabkan berlaku kesesakan lalulintas yang sangat menyakitkan hati para pemandu. Kedua adalah kerana pemandu kedua-dua kenderaan saling bergaduh. Bertumbuk muka. Tiada siapa yang berani menghalang dek dahsyat nya pergaduhan itu. Lalu saya datang dan meleraikan pergaduhan tersebut. Semua org di sekeliling bertepuk untuk saya. Walaupun itu hanya angan-angan saya, saya dapat bayangkan jika benar-benar itu berlaku.

Selang beberapa minit, polis hadir dan keadaan bertambah baik. Namun kedua-dua pemandu masih tidak mengakui kesalahan masing². Saling menyalahi antara satu sama lain. Terjerit² mereka di hadapan polis. Bukannya polis jauh sgt. Tak sampai semeter pun.


* * * * * * * * * *

Kisah 2

Saya berjalan² di sebuah pusat beli-belah berdekatan dengan rumah. Saje saya pergi ke kedai sukan untuk melihat keluaran² terkini alatan sukan jename terkemuka dunia. Bukan hendak beli, hanya untuk membelek sambil berangan-angan saje. Tiada niat lain.

Sedang saye berangan² sambil memegang kasut Nike keluaran terbaru, saye terlihat seorang mak cik dan anaknya. Anaknya menangis² meminta ibunya membelikannya kasut keluaran terbaru Nike yang sedang saye pegang. Berkali² ibu menyarankan untuk membeli kasut Line7. Kate ibunye itu lebih murah dan jimat. Namun, sang anak tetap berdegil. Katenya ini fesyen terkini dan kawan²nya sume da beli.


* * * * * * * * * *

Kisah 3

Baru ni, saya mengahadiri satu program. Pihak penganjur mungkin menganggapnya satu program. Bagi saya (dan mungkin rakan-rakan yg len), ia adalah sebuah percutian. Bagi saya juga, ia adalah mase untuk pihak penganjur merapatkan silaturrahim sesama mereka.
[cerita lanjut boleh tanyer mereka yg hadir]


* * * * * * * * * *

Kisah 4

Solat jumaat di putrajaya bererti solat di sebelah ahli koperat dan ahli² kerajaan yang berpangkat dan bergaji besar (mungkin).

Satu hari saya solat di situ. Saya terlihat seorg seperti yg telah disebutkan diatas. Dia duduk di hadapan saya. Kirinya seorang yang tidak kurang hebat dari segi pakaian yang semat. Kemeja lengan panjang, seluar slack hitam. Dan tidak lupe, berstokin. Kanannya pula seorang budak sekolah hanya memakai sepasang baju melayu putih bersampin ungu. Dan juga, bersongkok.

Setelah dia selesai solat 'hormat masjid', dia pusing ke kiri dan berjabat tangan dengan 'spesies'nya itu. Namun bila dia pusing ke kanan pula dilihatnya hanya seorang budak! Lalu buat tak tahu. Tidak sama standed, die rase.


* * * * * * * * * *

Terkadang mendengar atau melihat sendiri kisah² manusia, ia lebih melucukan daripada kisah² binatang. Kerna manusia boleh berfikir, cuma fikiran nya ketika itu sangat pelik mungkin.

Tuesday, March 18, 2008

Labels:

Hari-hari yang bakal kau tempuh,
tidak akan sentiasa senang,
terkadang datang kekalahan,
kecewa pula berkunjung tiba


Namun bila gembira ingin hadir,
jangan kau jemput alpa dan leka,
kelak murka datang sekali,
mungkin azab turut tiba

Hati-hati dengan dugaan,
terkadang ia menyamar kesenangan,
setelah tersingkap hakikat,
sesalan pula terasa


Dan jikalau kau berasa lemah,
ingatlah akan janji tuhanMu,
bahwa setiap yang menadah,
pasti akan diperkenankan

Bersungguh dalam ibadah,
esok mungkin tiada bagimu,
tekun dalam amalan,
jalan munkin jauh lagi

Kemenangan bukan pada hasil,
tapi pada usaha meraihnya,
biar kalah seribu kali,
seribu satu munkin kemenangan

Tolong, tolong lah jangan hanyut,
meski deras mane arusnya,
berpaut kuat-kuat pada akarnya,
jika terlepas dahannya.


Pesanan buat rakan-rakan saya, khususnya yang bakal menempuhi program semangat negara Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) seperti dia

Wednesday, March 12, 2008

Kami belajar.
Kenapa dia pegang botol kicap jangan tanye saya!


Kami masuk dewan periksa dan jawab.















Habes SPM alngkah gembirenya kami!

3 Bulan selepas itu.. ah!

Don't close your eyes! Face the future!

Friday, March 7, 2008

Ada satu kajian mengatakan yang 80% perkara yang terjadi disekeliling kita adalah disebabkan kita. Peringatan, *ini hanyalah kajian.* Bknnya kepastian.

Contohnya, andaikata ada dua orang bergaduh di hadapan kita dan lantas bertumbuk sesame sendiri. Salah kita kerna tidak mendamaikan mereka. Dan jika berlaku pembunuhan, sepatutnya kita boleh didakwa. Ya, agak pelik. Tapi jgn lupa, *ini hanyalah kajian*.

Contoh lain, andaikata pasukan bola sepak kita kalah. Salah siapa? Adakah salah keeper yg bolos gol? Salah defender yang tak kawal striker pihak lawan? Salah midfield yg x pass striker? Atau salah striker yg sepakan selalu tersasar di depan gol? Kenapa x salahkan diri sendiri? Kenape tak kita yg jadi keeper jika kita mampu menahan drpd terbolos.. kenape kite tak jadi striker jika kita mampu menjaringkan gol beribu².. Agak tak logik. Diingatkan sekali lagi *ini hanyalah kajian*.

Ataupun, andaikata kawan sekelas kita gagal dlm peperiksaan. Adakah kita tidak bersalah? Pernahkah kita memberi motivasi kpdnya utk belajar? Pernahkah kita menurunkan ilmu² kita kepadanya? Apapun, *ini hanyalah kajian*.

Jarang sekali kita terfikir kesalahan kita apabila berlaku sesuatu perkara. Kerap kali kita akan terus menunding jari ke arah org len.

Jika begitu, Islam masih tidak bangkit lagi. Soalnya bukan kenapa Islam x bangkit; Salah siapa Islam tidak bangkit lagi?


Setiap dosa yg kita lakukan melambatkan proses kebangkitan Islam
*yg ini bkn kajian*

Sunday, March 2, 2008

Cube fikirkan jawapan terbaik untuk dijawab apabila ada budak bertanya soalan seperti berikut:


1. Jika rumah kita terbakar, apekah barang yg akan kita selamatkan?

2. Jika kita dimasukkan ke syurga (ameen..), dan kite diberi peluang utk meng'ajak' seorang, sape yg akan kita ajak?

3. Apa yang ada kat atas langit?

4. Syurga dan Neraka terletak kat maner?

5. Bile menghampiri sebatang pokok, mane satu depan dan mane satu belakangnya?

6. Sape yg reka perkataan 'bola'? Kenape x panggil bende tuh 'bula'? 'loba' ker?

7. Jika anda meminati seseorang yg diminati org rame, adekah anda akan memberitahunya yang anda meminatinya?


Jawapan yang baik adalah jawapan yang mampu mengubah pandangan dan pemikiran sang budak yang bertanya. Pandangan orang lain terhadap anda juga akan berubah.

Copyright 2008 tulisan ini . All rights reserved.

Template By: Hive Designs Ported By: Theme Lab. Blogger by akOOgle