Sunday, May 25, 2008

Sesampainya aku di kolej, terdengar la beberape ibu memberi pesanan kepada anak²nya.


"Jangan lupe solat. Jage btol² solat tu tau. Al-qur'an jgn x bace"

"Belajar elok² ye. Jangan byk main. Da besa da ni. Taleh memen da"

"Fokus blaja. jangan byk sgt main. bukan taleh men, tp kurg kan sket"

"PSP tu utk release tensen je ye. jgn nk men sepnjg mase"

"klo ade pape masalah, telepon ummi ye"

"jgn nk fikir utk blk je. duk sini elok²."

"kamu carik la yg elok sket. tinggalkan la yg kat umah tu. klo bole carik la yg skola agama. ha, tgk tuh. yg mcm tu ibu x kesah"

"jgn mengharap kat bende yg x pasti. blaja leklok kat sini dulu. klo dpt JPA tu, syukur la"

"Duet tu klo bole uruskan btol² ye. jgn nk boros²."

"jgn buat ummi kecewa. blaja elok². jadi anak soleh"

"berkawan la elok². jgn hidop sorg² je."

"ni baru permulaan. nnti msk universiti lg susah"




Mama salu pesan kat aku (mai - i think u noe dis)
"Be mindful of Allah. dan jgn lupe buat hafazan"

Saturday, May 24, 2008

Segala puji bg Tuhan Alam Semesta. Tiada yang lebih layak menerima pujian melainkan Dia.


[Julai 2006]

Aku di bilik KP, sedang buat kerje untuk bulan ta'dib. Kat blakang ade satu perjumpaan. Perjumpaan tu bising btol. tapi aku takesah. fokus menaip kat komputer. tetbe terdgr, "aku rase kite x cukup org la. kene ade org lagi ni." "ala.. amek je sesape. [selang beberape saat] ha, wan! sini ko!"

aku blur~"asal? pe korg wat smpi bisng" "cani cter die.. [sgt pjg ctenye].. ha.. camtu la.. jd, ko bole x?" spontan aku tros jwb "tadehal la" sedangkan aku langsung x piki kesan² jangke pendek dan jangke panjangnya. "okeh. jd skang...."

[Akhir² tahun 2006]

Kertas keje pertame di tendang. "Mane bajet? selitkan bajet. nak tahu korg perlukan bape nk wat majalah ni!"

Kertas keje kedue direject. "Bajet kasi detail lg. patu ajk takkan camni jer? tulis ape tugas die"

Kertas keje ketige pule dihantar. "Mane nk dpt duet byk camni? korg igt ade bank sapot skola kite?"

Kertas keje keempat disiapkan. Kali ni diselitkan senarai name pihak² yg berjanji untuk memberi sumbangan untuk majalah tahunan Hira' yg pertame. "ish.. korg ni btol ke bole buat? tapenah lg jadi stakat ni. taun lps nye kensel camtu jer"

Tabah. Kertas keje kelime menyusul. Sebagai lampiran, senarai name pihak² yg sudi memberi sumbangan dan prototype majalah. "baiklah. nnti saya aturkan jadual fotografi. pastikan kali ini berjaye!"

[Awal tahun (jan-apr) 2007]

ayat plg femes didengari "mane majalah ni?"

sume bahan sudah siap. cume tinggal nk print. taget siap sblm april. waktu ihtifal, kite jual. skang ni hntr kepada guru penasihat. cek² kesalahan tatabahasa, kesalahan teknikal dan typing error.

Selesai membetulkan segala kesalahan², kini ia dihantar ke pengurusan skola. Hasil perbincangan pengurusan sekolah, satu senarai kesalahan bersaiz a4 dikeluarkan. berpeluh kitorg. satu² masalah terpakse diselesaikan.

[pertengahan tahun 2007]

ayat plg femes didengari "majalah oi.. mane majalah yg dijanjikan?"

Pengurusan sekolah tidak setuju dengan kaver yg berwane hitam. katenye tidak menarek perhatian. bahkan suruh di tuka menjadi wane emas. sedangkan file .psd kaver majalah tu da hilang. selagi tak tuka, dikire tak lulus.

sementare itu, kitorg tidak mendapat sebarang respon drpd org yg telah 'janji' utk membantu memberi sumbangan. bibit² putus asa muncul tibe.

[akhir tahun 2007]

ayat plg femes didengari "majalah 2006 x kuar lg. da nk msk 2008 da pon"

periksa spm sudah hampir. keliru utk meneruskan atau tidak. takot terabai pelajaran.

ambik keputusan utk teruskan saja. bahan dihantar ke tpt percetakan. dijangke siap dlm akhir bln dec.

spm muncul. tak terfikir untuk fikir mengenai majalah. bajet bz blaja.

habes spm, tepon tpt percetakan. "oh, dik kene bayar deposit dulu la. baru kitorg stat cetak." kali ni btol² putus asa tiba di fikiran. "tak pe lah kot. sbb majalah tu da lame punye. tade org nk beli da kot. kensel je la"

[awal tahun 2008]

ayat plg femes didengari "haha.. majalah arena bola sepak adelah aku jumpe. mane majalah ko?"

putus asa sudah. tiada harapan. masakan akan ade org nk beli majalah 2006 pd tahun 2008.

satu hari, aku terime satu panggilan "we, ko rase majalah 2007 patot kua ke? tgk ko nyer majalah taun 2006 pun cam nk mati je nk kua. las² x terbit jugak"

secare tibe², timbul idea untuk menggabungkan majalah 2006 dgn 2007.

setelah berbincang dgn ketua editor 2007 dan dipersetujui bersame, proses menggabungkan dimulai.

personal sponsor dicari. aku jumpe beberape org yg sudi menghulur bantuan. aku sendiri mencari keje utk menampung kos.

pertghan feb, pegi menghntrnya ke tpt percetakan.minggu dpn nya kuar sebutharge. ternyata memuaskan hati. hati kembali riang. dijanjikan akan siap sblm bln april. sekali lg terpiki utk menjual nya mase ihtifal.

[mei 2008]

tiada ayat yg femes didengari.

majalah tidak siap². tpt percetakan mengatekan bahwe die ade byk keje len selen menyiapkan majalah skola hira'. beberape kali terpakse bazir kedit utk menelepon "saye nk tanye majalah sekolah saye da siap ke blum?"

ketue editor majlah 2006 mule bercuti. dan menghulurkan bantuan.

setelah beberape kali mendesak, akhirnye.

20 mei. detik2 yg ditunggu telah tibe. siap sudah 300 buah majalah tahunan Sekolah Menengah Islam Hira', Jeram yg pertame.



Untuk tempahan, sile hubungi Ahmad Zulkamal 013-4018787.

Harge pasaran RM26.00

Friday, May 23, 2008

Labels:

Tak mungkin ia begini. Baru sahaja 2 hari lepas doktor kate dia sudah dalam keadaan stabil dan dibenarkan dibawa pulang ke rumah. Namun sekarang, Tuhan saja yang tahu. Mampukah die menyelamatkan anaknya ini? Darah mengalir keluar dari hidung, dari mulut. Pemandangan nya sangat mengerikan. Ibu merasa bimbang. Apa yang harus dilakukan? Menjerit pastinya tiada siapa mendengar. Rumah nya jauh ke dalam kawasan pedalaman.

Dalam keadaan terdesak begitu, timbul satu jalan. Pantas die mengambil telefon bimbit. Di cari name dan di dail. "Akak, mintak tolong dtg cepat! anak kite ni dah panas smule. darah kluar dari mulut la, dari hidung ni.. cepat kak! cepat! abg pergi ikut student ke kursus.. cpt la kak!"

Beberapa ketika selepas itu, kakak nya datang. Cepat2 di angkat anaknya ke kereta. Meluncur laju kereta jenama tempatan itu menuju ke hospital berhampiran. "saya tatau la akak. doktor kate die da stabil kelmarin. skang ni die da demam panas balek. ape la dose saye Ya Allah!!" keluh si Ibu.

Sesampainya di hospital, bergegas ibu berlari ke wad kecemasan. "Ke tepi, ke tepi! anak saya berdarah!" teriak sang ibu. Jururawat pantas menyambut ibu dengan membawa katil beroda. Diletakkan anaknya di atas katil beroda dan di tolak nya dengan laju menuju ke wad kecemasan. "Skang ibu tunggu kat luar. kami akan beritahu perkembangan anak kamu sebentar lagi."

Berdoalah sang ibu kepada 3 orang anak, memohon agar anak ketiganya itu tidak dibawa pergi. Air mata tumpah dengan murahnya. sesekali cube ditenangkan oleh kakak. Sungguhpun hebat mane kate² kakak nya itu, naluri seorang ibu dapat merasekan bahawa anaknya bakal di kembalikan ke Penciptanya. Berterusan pipi di basahi linangan air mata suci seorang ibu.

Selang beberapa ketika, keluar seorang jururawat. Cepat ibu pergi bertanye kepada jururawat. "camane cik? anak saye sihat?" tanye ibu. Belum sempat di jawab, muke ibu sudah kemerah-merahan. Naluri nya bertambah kuat. Tuhan lebih sayangkan anaknya itu. "Maaflah puan. kami tak sempat nk buat ape-ape. harap puan dapat bersabar dan bertenang."

Berpaling si ibu. Basahnya pipi tidak terkate. tangisan nya semakin kuat. Ibu terduduk di kerusi. Tiada siapa dapat menahan kesedihan hatinya. Pedih, sangat pedih kehilangan anak yang berusia 14 bulan. namun tuhan telah takdirkan die terkena demam panas. Dan dengan selafaz kate "KUN", maka tertarek lah nyawa anaknya itu. Siapalah sang ibu untuk melawan takdir pencipta anak nya dan juga pencipta dirinya sendiri.

Redha dan sabar menjadi teman ibu selame beberape hari. Lidahnya basah dengan zikir dan doa. Moga hatinye kembali tenang dan fikirannya kembali terbuka. Die juge mendapat cuti bekerja beberape hari. Selang beberapa hari, ibu merase kurang senang. Diajaknya suami untuk membuat rawatan di klinik.

Pulang ibu dengan gembira. Tuhan itu Maha Adil. Tuhan itu Maha Mengetahui. Itu bermain dalam hatinya. Ibu rase sangat syukur. Die kini sudah disahkan mengandung beberape minggu.

Saturday, May 10, 2008







Kem Anak Soleh
Anak Soleh; Permata Hati, Harapan Ummah

Mase cuti sekolah tidak akan dibazikan lagi


~Klik pada gambar utk resolusi terbaik.

Saturday, May 3, 2008

Terasa harini nk tunjuk gamba sket. Patu cite² la sket pasal gamba² ni.. nak wat fotologue malas pulak, jadi post kat sini je la. Gamba sepanjang tahun 2007 aku dok kat skola. alang-alang bwk kamera ke skola. jadi dimanfaatkan sepenuhnya.

ArRaid live di musolla Hira'. sempena malam kemuncak bulan Ta'dib.
untuk tengok video intro mereka, ada kat sini.

EKB form 3. ni salah satu bendera hasil lakaran dak² form 3.
ekb nya kat mane pun saye tatau.

Yang ni pulak rakan² bersama² mendaki gunung angsi mase EKB.
penah cite dulu kat sini.

Ni juara sukan. Zarqa'. tatau la diorg baya pengadil bape byk, tapi diorg jadi juare kesuluruhan dgn menang merentas desa je! tgk, diorg manede piala/hamper..

Hari Anugerah Gemilang. ni mase persembahan tingkatan 5. tatau la kat speaker kua cane, tapi mase tu hamper sume da nk habes suare.

Patu ade pameran sekolah mase HAG. ni model sekola.

mase Hari Karnival, Kita Semua Holdings untung besar dengan menjual aiskrim halal tanpa lemak haiwan ciptaan mlmh Zaiwana. terimas byk² la kat mlmh yg susah² tolong kitorg untung besar tuh.

"ye, dik nk aper?"
oh jgn terkejut. aku pun tatau bedah pandai layan budak. sampaila hari kantin.
aku pun tatau bedah minat masak. sampaila die msk cosmopoint. haha..

Pasukan bola sepak muallim. Kalah terok 7-2 -tak silap- mase hari guru. tatau la ape perasaan diorg mase tuh.
"ish.. tak hargai jasa guru langsung. bagila can menang.."
(mungkin)

Ni para muallim buat show selepas sedih kalah teruk men bola.

Sementare tu, pihak banat pulak tgh nangis² bg hadiah.
sambil² tu ade org tgh nyanyi kot kt blakang.

Utk form 3 & form 5 ade seminar motivasi daripada berlian. Ni mmg taleh lupe.
"tidak pernah ade org tidak berjaye apabila die pakai ilmu saye!"

aktiviti tahan lasak a.k.a obstacle PSFM. mule lompat pagar smbil pegang kerusi [hoh.. idea siape la kreatif sgt nih], patu menaiki titi atas longkang tepi padang, kemudian lalu bwh kerusi dlm longkang, patu - plg bes skali - merangkak dlm lumpur. hasilnya, tandas 'bersih'! haha..

Majlis penutup PSFM. sorg² dpt hadiah atas jasa².. blablabla.. dah, yg ni bosan.


rehlah usrah pergi kuang. kat sane mandi-mandun dan pancing-mancing.
blk skola tidur-menidur..


Jamuan aidilfitri. no komen.

Bagi menghargai kepimpinan 06/07, wujud la jamuan kepimpinan. tlg jgn perasan. gamba laki makan sume rakus tak elok di lihat, gamba pompuan ni je yg tak over.


Ni Iftar Perdana. mase bln ramadhan. sume -patutnya- mlm dan mlmh dtg berbuke same²
-patutnya-. mkn donut asramamade yg sedap.


Finalis liga bola sepak hira'. 4 fudhail menewaskan TQ ting.4 dgn jaringan 3-2.

perlawanan yg agak bes. mungkin sebab mase die lame.


Tembikai + ayam = tembayam.

Pertandingan memasak lepasan PMR.

banyak lagi gamba.. edisi akan datang la kot.

Copyright 2008 tulisan ini . All rights reserved.

Template By: Hive Designs Ported By: Theme Lab. Blogger by akOOgle