Friday, May 23, 2008

Labels:

Tak mungkin ia begini. Baru sahaja 2 hari lepas doktor kate dia sudah dalam keadaan stabil dan dibenarkan dibawa pulang ke rumah. Namun sekarang, Tuhan saja yang tahu. Mampukah die menyelamatkan anaknya ini? Darah mengalir keluar dari hidung, dari mulut. Pemandangan nya sangat mengerikan. Ibu merasa bimbang. Apa yang harus dilakukan? Menjerit pastinya tiada siapa mendengar. Rumah nya jauh ke dalam kawasan pedalaman.

Dalam keadaan terdesak begitu, timbul satu jalan. Pantas die mengambil telefon bimbit. Di cari name dan di dail. "Akak, mintak tolong dtg cepat! anak kite ni dah panas smule. darah kluar dari mulut la, dari hidung ni.. cepat kak! cepat! abg pergi ikut student ke kursus.. cpt la kak!"

Beberapa ketika selepas itu, kakak nya datang. Cepat2 di angkat anaknya ke kereta. Meluncur laju kereta jenama tempatan itu menuju ke hospital berhampiran. "saya tatau la akak. doktor kate die da stabil kelmarin. skang ni die da demam panas balek. ape la dose saye Ya Allah!!" keluh si Ibu.

Sesampainya di hospital, bergegas ibu berlari ke wad kecemasan. "Ke tepi, ke tepi! anak saya berdarah!" teriak sang ibu. Jururawat pantas menyambut ibu dengan membawa katil beroda. Diletakkan anaknya di atas katil beroda dan di tolak nya dengan laju menuju ke wad kecemasan. "Skang ibu tunggu kat luar. kami akan beritahu perkembangan anak kamu sebentar lagi."

Berdoalah sang ibu kepada 3 orang anak, memohon agar anak ketiganya itu tidak dibawa pergi. Air mata tumpah dengan murahnya. sesekali cube ditenangkan oleh kakak. Sungguhpun hebat mane kate² kakak nya itu, naluri seorang ibu dapat merasekan bahawa anaknya bakal di kembalikan ke Penciptanya. Berterusan pipi di basahi linangan air mata suci seorang ibu.

Selang beberapa ketika, keluar seorang jururawat. Cepat ibu pergi bertanye kepada jururawat. "camane cik? anak saye sihat?" tanye ibu. Belum sempat di jawab, muke ibu sudah kemerah-merahan. Naluri nya bertambah kuat. Tuhan lebih sayangkan anaknya itu. "Maaflah puan. kami tak sempat nk buat ape-ape. harap puan dapat bersabar dan bertenang."

Berpaling si ibu. Basahnya pipi tidak terkate. tangisan nya semakin kuat. Ibu terduduk di kerusi. Tiada siapa dapat menahan kesedihan hatinya. Pedih, sangat pedih kehilangan anak yang berusia 14 bulan. namun tuhan telah takdirkan die terkena demam panas. Dan dengan selafaz kate "KUN", maka tertarek lah nyawa anaknya itu. Siapalah sang ibu untuk melawan takdir pencipta anak nya dan juga pencipta dirinya sendiri.

Redha dan sabar menjadi teman ibu selame beberape hari. Lidahnya basah dengan zikir dan doa. Moga hatinye kembali tenang dan fikirannya kembali terbuka. Die juge mendapat cuti bekerja beberape hari. Selang beberapa hari, ibu merase kurang senang. Diajaknya suami untuk membuat rawatan di klinik.

Pulang ibu dengan gembira. Tuhan itu Maha Adil. Tuhan itu Maha Mengetahui. Itu bermain dalam hatinya. Ibu rase sangat syukur. Die kini sudah disahkan mengandung beberape minggu.

0 Responses to He Plans, He Knows:

Copyright 2008 tulisan ini . All rights reserved.

Template By: Hive Designs Ported By: Theme Lab. Blogger by akOOgle