Friday, September 19, 2008

orang kate saket itu mainan mental je.

jika seseorang yg demam, tp punya semangat untuk panjat gunung angsi, pasti takan terase yg suhu badannye naik. malah boleh saje menjadi org petame utk sampai ke puncak.

cube suh membe cubet pipi - atau jika terase tak sesuai, cube suh membe tu picit tangan pun cukup. lalu fikiran kite memikirkan ttg seronok nye berkahwen dgn insan pilihan. pasti kite terbang di awangan sampai tasedar tangan kite sedang dicubet oleh membe tadi.

sebab tu orang yang diheret ke tengah padang pasir. lalu dihempapkan batu besar di atas badannye. hanye kerna mempertahankan iman. pasti takan merase saket seandainya fikirannye sudah terbayangkan ganjaran syurga yang bakal dimiliki di akhirat sane.

+++++++++++++++++++

sutu hari, meo bwk ayam goreng ke skola. die pun ajak aku dan naim utk mkn. kitorg pun mkn kat dewan makan. kebetulan tpt kitrog duduk tu ade sise bekas org makan kfc. bersepah kotak kfc kat situ.

datang plak seorg bdak lalu-lalang. meo pun meng'offer' mknan kat budak. "wei, nak ayam x?" bdak tu da teruje dgn abg² yg sungguh baik hati ni. "mestila nak." budak tu pun duduk dan makan. tgh² die mkn, kitorg saja la tanyer, "sedap ke?" die pun jwb, "mestila sedap, ayam kfc. mahal plak tuh. baik la abg² ni." smbil senyum², kitorg tak mengiyekan pun kate² budak itu.


kata meo
"mind set tu penting. takesah la ayam kfc ke tak"


sepanjang malam kitorg gelak² terkenang kejadian tuh.
rupenye ayam kfc sedap bkn sebab resepi rahsie dgn rempah ratusnye, tapi sebab ade pakcik colonel tu kat kotak letak ayam goreng tuh.

Friday, September 12, 2008

Aduh. Terkene. Tepat sekali.




“Air yang tidak mengalir (statik), akan merosakkan air tersebut.
Pemuda yang banyak masa kosong (tidak dinamik), akan dibunuh oleh masa kosong itu”






Huuh~
Tolong. anybody.


Hm. juga,
jangan disebarkan perkara yang tak pasti.
ape salahnya mendapatkan kepastian sebelum menyebarkan nye.
sungguh, berzikir lebih banyak manfaatnya bukan?



Tuesday, September 9, 2008

Segala Puji Bagi Tuhan Sekalian Alam.


Dengan Nama Allah, ArRahman ArRahim.





Akhirnya. Hampir siap sepenuhnya.


Sila lawati. Di sini.
Bismillah~

Monday, September 8, 2008

Labels:

pergi kedai hari pertame ramadhan,
lagu raye berkumandang di corong radio.

azan asar, tempat letak kereta masjid penuh,
sume beratur tunggu bubur sedap.

kaunter zakat tak pernah tutup,
pun terpakse jugak buat cara mudah;
cara ini dan ini.

yang wajib dan sebentar tak diramaikan,
yang sunat lagi lama diramaikan;
munkin kerana habuan dihujungnya.

mulut menahan dari batal yang disedari,
tangan asyik terbatal tanpa disedari.

duit senang keluar poket,
susah masuk peti;
biar hati kosong, janji perut penuh.

laki pulang awal,
tolong puan katenye;
alasan elak kesesakan.

kedai baju laris,
seorang keluar dengan dua plastik.

semua sebok dengan masa depan,
sedang aku percume terkenang masa lampau.

Monday, September 1, 2008

Apabila restoran mula di tutup pada waktu pagi,
apabila ramai pengacara tv tiba-tiba pakai tudung,
apabila masjid dan surau sesak - lebih² lagi waktu isya',
apabila yang tak pernah membaca Al-Qur'an boleh khatam,
apabila kutipan derma di tabung surau mula meningkat
apabila manusia mula bangun pagi-pagi buta,
apabila tiket bas sudah habis,

waktu itu, tandanya ia sudah tiba.

RAMADHAN !!


Copyright 2008 tulisan ini . All rights reserved.

Template By: Hive Designs Ported By: Theme Lab. Blogger by akOOgle