Monday, September 8, 2008
Labels: antologi
pergi kedai hari pertame ramadhan,
lagu raye berkumandang di corong radio.
azan asar, tempat letak kereta masjid penuh,
sume beratur tunggu bubur sedap.
kaunter zakat tak pernah tutup,
pun terpakse jugak buat cara mudah;
cara ini dan ini.
yang wajib dan sebentar tak diramaikan,
yang sunat lagi lama diramaikan;
munkin kerana habuan dihujungnya.
mulut menahan dari batal yang disedari,
tangan asyik terbatal tanpa disedari.
duit senang keluar poket,
susah masuk peti;
biar hati kosong, janji perut penuh.
laki pulang awal,
tolong puan katenye;
alasan elak kesesakan.
kedai baju laris,
seorang keluar dengan dua plastik.
semua sebok dengan masa depan,
sedang aku percume terkenang masa lampau.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Responses to banjir di musim kemarau:
Post a Comment