Friday, November 27, 2009

hari ni 10 zulhijjah

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Bangunlah dan pergilah saksikan ibadat korban kamu kerana sesungguhnya pada titisan darah pertama yang mengalir akan diampunkan dosa kamu yang lepas." Fatimah bertanya kembali: "Wahai Rasulullah! Apakah ia khusus kepada ahli keluarga atau umum kepada umat Islam?" Jawab Baginda: "Bahkan kepada seluruh umat Islam."

(Hadis riwayat Al-Bazzar & Ibnu Hibban)


hari ni juga hari jumaat.


“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

(Hadis riwayat Muslim).


oh. dan pagi tadi hujan!

“Carilah doa yang mustajab pada tiga keadaan: (1) Bertemunya dua pasukan, (2) Menjelang solat dilaksanakan, (3) Saat turunnya hujan.”
(Dikeluarkan oleh Imam Syafie dalam Al-Umm)



aidil adha + jumaat + hujan = hyperbarakah
bersyukur atas nikmatnya. alhamdulillah




selamat hari raye aidiladha
kullu 'am wa antum ila Allahi aqrab

Friday, November 20, 2009

Labels:

"palestin yang aku cinta adalah negara saudara aku. palestin yang aku mimpi adalah negara orang Islam"

"heh. kau cinta palestin? hoho, penipu! kalau cinta, pasti ade alamatnye. ape alamat kau cinta palestin?"

"boikot, demonstrasi, bakar bendera, sedekah duit tu bukan tandenye?"

"oh, itu alamat cinta kau pade palestin? bagus2.."

"ape pule tande cinte kau pade palestin?"

"aku? aku cinta palestin. tapi tande die... rahsia"


********

[persidangan OIC]
"erm.. kite harus pertimbangkan"

"mesti ade tindakan"

"musy munkin. mereka semua irhabiy"

"memang. tapi kalo kite macam tu, negara kite akan terancam"

"ye! kite mesti sokong mahmoud! die saja yang layak menjadi pemimpin. sape haniyeh? die tu irhabiy! zionis memang kejam! tahu merampas tanah orang palestin je! tade keje len."

"kopi tuan, kopi."

[minum kopi]

"hmm.. sedap btol kopi ni. mcm kopi di restoran lima bintang saya."

"tapi saye rase, kopi di itali lebih sedap. di cafe le dore"

"oh. kamu juge minat kopi ye?"

"ye. saya memang peminat tegar kopi."

"kopi? masakan kamu boleh berbicare mengenai kopi?? kite sedang cerita tentang palestin!!"

"oh lupe pula saye. di mane kite tadi ?"


********

"wahai abi, kalau yahya mati, abi sedih x?"

"abi pun akan mati nak. kalo yahya mati, masih ade yasin dan aziz utk menemani kami."

"kalo yasin mati, abi sedih x?"

"buat ape nak sedih? abi maseh ade aziz, lgpun abi bole menjage diri abi sendiri."

"klo aziz pn mati, ayah sedih x?"

"yahya, sini. dengar baik². kalo kamu semua mati, abi dan umi tak hilang sesape pn. kamu semua tetap menjadi anak abi dan umi. tidak pernah abi dan umi menganggap mati itu satu perpisahan yang hakiki, bagi kami yahya, mati itu adalah satu permulaan yang baru. tapi, dengan syarat, mati kamu itu mati syahid utk agamamu. umi kamu sanggup melahirkan jutaan yahya, jutaan yasin dan jutaan aziz, jika kamu rela menjadi soleh dan syahid utk agama"

"terima kasih abi. saya memang bertuah mendapat abi dan umi seperti ini. doakan saya abi! hari ini, kami menjaga masjid di barat Gaza. sudah due malam ia menjadi mangsa serangan israel. selamat tinggal abi, selamat tinggal umi."

"yahya! bukan selamat tinggal. tapi jumpa lagi."

"Ya abi, Ya umi. semoga jumpa lagi. doakan saya ya!"

"anakku. doa tidak pernah putus dari kami. semoga terus cinta dan bercite-cite utk menaiki burung hijau ke syurga."


********

"haa.. ape rahsia kau?"

"heh. rahsie? tade rahsie pn. aku cinta palestin. jadi aku harus bejihad utk die. kau tahu jihad kite haus diisi dengan ilmu. kau berjihad, tapi tade ilmu. kau akan cepat tersesat. jihad ni perlukan jiwa yang kental."

"oo. jadi, menurut kau, boikot tu bkn jihad? bakar bendera tu bkn jihad? sedekah duit tu bkn jihad?"

"eh2. bkn camtu. itu semua memang jihad, tapi ramai yang buat semua tu tanpa ilmu. kenapa kau boikot? kau boikot, tapi masih pakai komputer yahudi. masih pakai telepon yahudi. tak ke bende tu berlawanan? kau bakar bendera, lepas tu orang yahudi bakar qur'an. patu sedekah duet beribu2. ye, sedekah duet beribu. patu aper kesudahannye?"

"ape sebenarnye maksud kau ni? aku tapaham la! da semua orang boikot, aku pn boikot la! semua ni utk palestin!"

"kau ni tapaham lagi ape yang aku nak sampaikan. yela, jihad kau ni, jihad tiru2 orang. jihad kau tu hanye taqlid2 org lain. kalu mereka boikot, kau pun boikot. kalau mereka bakar bendera, kau pn turut bakar bendera. kalau mereka beribu2 habes sedekah, kau pun ikot; nak digelar mujahid. abu, dlm jihad kene ade kefahaman. kalau boikot, taleh sebarangan boikot. kene tahu kenapa boikot. kemudian baru jelas keikhlasan dan benar2 mengikut sunnah. barula jihad tu terpandu dan bukan ikot2 org. kalo mereka bakar bendera, jangan semberono bakar bendera. benar ke agama kite suruh kite bakar dan ludah pade bendera musuh? ape kau dah kaji? abu, biar la jihad kite terpandu.

abu, nak ikot ana ke Gaza. ade tugas di sane?"

"hah? ke Gaza?"


********

"ini hari terakher kite disini"

"ye. semlm saye ke KLCC. shopping."

"hmm. pasal palestin. ape cerite?"

"tuan, teh tuan"

"hmm. jemput2."

"wah. sedap btol teh ni. dari mane ye teh ni?"

"ha tuan, ini teh dari cameron"

"wah. da syai, helwah awi. gad'an, gad'an"

"saye memang suke syai dari cine. memang sedap"

"saye pule suke teh jepun. memang umph!"

"hei! kite sedang cerite masalah umat! serius la sket!"

"baeklah2. tapi btol, syai cameron mmg sedap"

"baeklah. resdolusi kite: kite mengutuk sepenuhnye serangan israel ke atas rakyat palestin"

"eh, perjumpaan kite nnt di mane plak?"

"insyaAllah, fi turkiy"


********

"pakcik, harap pakcik dapat bersabar. ni semua ujian dari tuhan."

"alhamdulillah. akhernye doa pakcik termakbul."

"ha? ape?"

"yela. doa pakcik utk mereka, agar mereka semua syahid di jalan jihad. jika itu yang terbaek utk mereka. erm, ali, hari ni kamu bertugas di mane?"

"saye bertugas di Qaryah Qena"

"oh. pak cik pn bertugas di situ juge."

[berangkat pergi bersame]

"ali!! selamatkan diri!! kite diserang!! itu apache!!"

[bunyi letupan. ali terkene letupan]

"allahu akbar. allahu akbar. asyhadu an la illaha illallah wa asyhadu anna muhammadan rasulullah. terime kaseh, ya rabbi"


++++++++

bagi mereka yang tidak mendengar mase pentomen roadshow palestin tempoh hari. juge kepade yang tak hadir. moga mendapat pengajaran.

Copyright 2008 tulisan ini . All rights reserved.

Template By: Hive Designs Ported By: Theme Lab. Blogger by akOOgle