Friday, November 27, 2009

hari ni 10 zulhijjah

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Bangunlah dan pergilah saksikan ibadat korban kamu kerana sesungguhnya pada titisan darah pertama yang mengalir akan diampunkan dosa kamu yang lepas." Fatimah bertanya kembali: "Wahai Rasulullah! Apakah ia khusus kepada ahli keluarga atau umum kepada umat Islam?" Jawab Baginda: "Bahkan kepada seluruh umat Islam."

(Hadis riwayat Al-Bazzar & Ibnu Hibban)


hari ni juga hari jumaat.


“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

(Hadis riwayat Muslim).


oh. dan pagi tadi hujan!

“Carilah doa yang mustajab pada tiga keadaan: (1) Bertemunya dua pasukan, (2) Menjelang solat dilaksanakan, (3) Saat turunnya hujan.”
(Dikeluarkan oleh Imam Syafie dalam Al-Umm)



aidil adha + jumaat + hujan = hyperbarakah
bersyukur atas nikmatnya. alhamdulillah




selamat hari raye aidiladha
kullu 'am wa antum ila Allahi aqrab

0 Responses to summation:

Copyright 2008 tulisan ini . All rights reserved.

Template By: Hive Designs Ported By: Theme Lab. Blogger by akOOgle