Wednesday, March 31, 2010
bile ternampak sekumpulan budak lelaki menghisap rokok, "ish budak2 medik ni"
malah, bila sepasang lelaki perempuan di temui bermain bowling bersama, mereka akan mengaku "kami budak medik." sedangkan bila di tanya dgn lanjut, rupenya mereka adalah pelajar kuliah bahasa arab.
aku pernah mendengar, dua golongan yang paling dipercayai oleh masyarakat; doktor dan ustaz. dan nyata sekali, kedua-dua golongan itu di 'bentuk' di sini, di mesir. oleh itu, tentu sekali persoalan "suasana" sudah terkeluar. tetapi, mulia sangatkah mereka yang belajar di universiti tertua di dunia itu?
yang aku pasti, tak semua org yg ambil medik atas kerelaan; ada yg dipaksa ibunya, ada yang sebab medik mesir saja yang boleh dapat tajaan ke luar negara, ade pula yg rasa ambil medik nampak cam gempak. tapi stakat aku tahu, bakal ustaz tidak pernah ada yang dipaksa. belum lagi pernah saya dengar "ibu melarang saya amek mende lain selain syariah", bahkan yg selalu nya adalah "mak saya tak kasi amek syariah".
hakikatnya, belajar medik adalah satu perbuatan yang sangat susah. kena hafal branches of abdominal aorta, structure & functions of hyaline cartilage, cardiac cycle. dah la banyak camtu, bila belajar tak masuk, mula lah tensen nya. bila tensen, mula lah buat perangai pelik. tulis blog, keluar dating, main bowling, tengok movie dsb.
dan jangan salahkan mereka kerana latar belakang mereka jauh berbeza dengan kau. ada yang memang sudah biasa keluar laki pmpuan besama, ada yang sudah biasa pergi main bowling, ada yang sudah biasa menghisap rokok atau shisha. berbanding kau yang sekolah agama dari sekolah rendah ke sekolah menengah, tambah dengan form 6 lagi. oh ye, lepas tu kau masuk tahfiz pula.
tapi yang kau lakukan bukannya menegur mereka. bukan nak ajak mereka buat kebaikan. kau tulis blog kutuk mereka. kau umpat di belakang mereka. kau aibkan mereka. konon nya mereka sudah melampau. konon nya kau mulia dan berada di tpt mulia. ini kah yang kau belajar bertahun-tahun di sekolah agama kau? pasti kecewa ustaz kau.
cuba kau pergi menjadi budak medik. oh, lupe. kau orang mulia. tak main lah bidang sekular. tapi bukan ke dalam Al-Qur'an juga ada sebut ilmu sains. bukan kah kau patut lebih tahu?
aku pernah jumpa budak medik yang mahir dalam bidang kau. tapi kau yang mahir dalam bidang medik..? tapi tetap kau pukul rata.
sudah lah semua ini. kau menambah bebanan yang sia-sia saja. tidak lain hanya menambah tensen mereka. cukuplah dengan tensen mereka yang sedia ada. jika benar mereka salah, kau tegurlah dengan hikmah. kalau bukan dengan hikmah kau menegur, lebih baik kau buat benda yang mendatangkan faedah pada diri kau. pergi kuliah mungkin ? hehe.
8 Responses to menjadi budak medik:
-
so...what are the branches of the abdominal aorta?? haha..(i pon dah lupe :P) *peace*
-
herm..interesting.lame aku x bace blog kau..
-
malaysia takkan maju.
itu janji saya. -
badai..marah ana ke?? (tibe)
-
marah sape? ape kes ni? nk tau jugak..... pastu ana sebar kat hira'.bleh? x elok gado2.tulis jgn la ikut nafsu bang.takut2 jd punca msk neraka..........
-
> mysara :
i pn da lupe. kate medik susah. haha
> thaaqhib :
cube elaborate sket disitu
> haidar :
oh. ni bernada marah ke?
> anonymous :
oh. baek sebarkan ke seluruh dunie. lg byk pahale dpt. alang2 buat pahale ni.
aku cube "berani kerana benar". at least x komen kt blog org pakai "anonymous" -
sepatutnya orang yang melihat kemungkaran tu, pegi tegur mereka, kalau tak berani nak tegur, cukuplah membenci perangai(bukan benci orangnya tp PERANGAI) mereka dan mendoakan mereka agar allah beri hidayah..
So, pendek kata ana sokong teguran brother ni..(brother ke sister ni?)..
"...tapi tetap kau pukul rata..."
ouch.cant agree with u more.nice one~