Saturday, December 25, 2010
jika aku seorang yang siuman, saya akan melihat gelagat seperti meludah ke orang di tengah jalan seperti satu benda yang tidak siuman. kerana ia dilakukan oleh orang yang kurang siuman (baca : orang gila).
sebaliknya bagi orang yang kurang siuman itu, melihat orang bertamadun memakai baju kemas bertali leher dan kasut kulit berkilat silau-silau, sangat pelik baginya. dan dia rasa kan bahawa orang itu lah yang tidak siuman kerana tidak seperti nya. (oh tidak, camana aku tau ni ?)
jika aku seorang pemain bola sepak, aku akan melihat pemainan bola keranjang seperti sesuatu yang tidak seronok. mesti lah. aku kan pemain bola sepak. aku bermain dengan menyepak guna kaki dan bukan nya dengan melompat lalu menghempas bola laju-laju ke dalam satu bulatan kecil.
dan sebaliknya juga. aku ada seorang kawan, meminati bola keranjang. dia rasakan ia lebih seronok daripada mengejar dan menyepak bola.
jadi sememang nya apa yang kita suka dan selalu lakukan itu lah yang akan mempengaruhi penglihatan dan pemikiran kita terhadap sesuatu.
dengan keterbatasan itu, apa salahnya mendengar kata orang lain ?

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
oit.. geraf loceng. samalah!