Monday, December 20, 2010
dulu masa kecil-kecil, kita keluar main bersama. kadang kau datang ke rumah jerit nama aku berulang kali, kadang giliran aku untuk jerit nama kau depan rumah kau. kita sembang-sembang bersama. berbincang isu terkini. kita main bola sepak lawan team taman sebelah. kita selalu berlari sana berlari sini. aku jatuh kau gelak kan. kau jatuh aku risau (ocheh).
tetapi masa berlalu, kita terpisah dalam agenda mengejar cita-cita masing-masing. kau ke utara aku ke selatan (oh kenapa mesti berlawanan). kita membesar dengan suasana berbeza. kau dengan suasana dan persekitaran kau, begitu lah juga untuk aku.
setelah beberapa tahun berlalu. kita bertemu semula. kau nampak lain. kau kini sudah berubah. bukan lagi macam dulu.
kita masih kawan, kan ? walaupun rambut kau tercacak dan rambut aku serabai seperti dulu.
kita masih kawan, kan ? walaupun kau dribble sepuluh orang dengan sebelah mata, aku sepak bola pun kadang-kadang tak kena.
kita masih kawan, kan ? walaupun cara kau pandang Islam seperti itu, tak seperti aku.
kita masih kawan, kan ? walaupun ilmu kau sudah ala-ala ulamak, dan aku masih terkapai-kapai fardhu ain.
kita masih kawan, kan ? walaupun kau sudah jadi presiden persatuan pelajar di universiti, sedang aku pelajar biasa.
aku harap jawapan nya ya. ya Allah, makbulkan lah.
(43;67)

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
~ hu ~