Tuesday, October 16, 2007

1 Syawal tiba lagi.
Tapi tahun ni berbeza sedikit berbanding tahun² sebelum ni.


Takbir bergema. Berjalan kaki ke masjid. Uhh.. terasa seperti jalan di pinggiran kawasan Palestin dek bunyi mercun² yang meletop sane meletop sini. Tapi pape pon, Meru lg hebat suasane peperangannya. hehe..

Smpi masjid awal drpd biase. Duduk dan join takbir skali. Selesai solat sunat aidilfitri, khutbah kedengaran. Selalunya khutbah masjid ni - tak kire la khutbah raye ke jumaat ke - selalunye menjadi ceramah politik. Tapi tahun ni berbeza sedikit berbanding tahun² sebelum ni. Unsur² politiknya sikit jer.

Smpi di rumah. Selalunya duduk² dulu kemudian salam, peluk, cium dan dapatlah duet raye. tapi tahun ni berbeza sedikit berbanding tahun² seblum ni. Ade yg makan dulu, ade yg tgk tv dulu, ade juge yg men komputer dlu. Sehingga aku terlupe nk salam CikNor.. huh~ melepas duet raye.. heh.

Selalunye meriah. tapi tahun ni berbeza sedikit berbanding tahun² seblum ni. Semakin kurg org. Dulu 5, patu 4. Sekarang tinggal 3 jer. hu.. sedikit bosan. Oleh sebab itu, tahun ni lebeh byk tgk rancangan² menarek di TV berbanding tahun lepas.

Beraye umah sedare mare. Pakcik makcik pun tanyer "tingkatan baper da ni?" dan setelah mendengar jawapan nyer, akan disambung "oh, perikse SPM la taun ni ye? x blaja ker?" oh, tentu skali jawapan nya adalah "Ya, saya tengah blaja la ni."


SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN.
dijemput dtg umah. nk ajak jejlan raye pon bole.

0 Responses to Aidilfitri:

Copyright 2008 tulisan ini . All rights reserved.

Template By: Hive Designs Ported By: Theme Lab. Blogger by akOOgle