Sunday, February 17, 2008

"baiklah, sume paham?"
~tade respon~




"ade soalan?"
~bunyi kipas~





"klo camtu, sume da paham.. mlmh nk org jawab soklan kat dpn.. sape nk jawab?"
~sunyi~

"takperla.. kamu sume bole jwb dlm buku je"







*********




kini aku kembali~

Wednesday, February 13, 2008

Cube tekan butang F5 di keyboard.




























Sudah? Jika belum, cube sekali..















Sudah? Butang F5 tu adalah untuk refresh.. Tak kire pakai mozilla, internet explorer, opera, semuanya akan refresh.


"Sampaikanlah walaupun satu ayat."
jika sudah tahu, anggap lah ia sebagai peringatan.

Saturday, February 9, 2008

sungguh dusta jika aku katekan yang aku tiada mase untuk membuat post baru. sedangkan aku hanya dok umah menghabeskan beras dan ternak lemak. jarang sekali, (ulang suara) amat jarang sekali aku keluar umah..

"blogging ni hakikatnye utk penulis mencurahkan karya diorg.. ataupon pengembara menceritakan kisah² kembara mereka.."


ish.. terpikir juga aku. aku bukanlah seorg karyawan yg pandai mengambil hati pembaca menghayati bait-bait tulisan aku. juga bukan seorang kembara yang fikirannya berjalan seiring kakinya. aku sekadar dok di negara sendiri, lebih spesfik lagi, dok di umah sendiri.

tapi apa salahnya. sesekali aku ingin berkongsi. kerana ilmu tu kekal dengan menulis. terkadang tulis bende lain, tp org paham lain dan tercetus ilham yg kemudian mengubah dunia. sungguh itu hanyalah angan-angan


hari ni, 9 febuari 2008.
bagi mereka yang menyambut hari jadi, selamat hari jadi! semoga amalan seiring usia.
bagi yg anniversery, slmt ulang tahun! semoga rumahtangga kekal bahgia.
bagi yg baru dpt bayi, tahniah! didiklah dengan kalimah tauhid.
bagi yg baru lulus JPJ, tahniah juga! ingat, anda mampu mengubahnya..
bagi yg kehilangan insan tersayang, takziah. moga Allah menggantikan nya dgn yg lebih baik.
bagi yg kalah pertandingan, x pe. bole cube len kali.

Tapi klo 9 Febuari mengingatkan kembali kisah silam yg sedih, maaf..

Tuesday, February 5, 2008

pantas masa berlalu. sepantas download lagu di Mutiara Digital. transfer rate di sini di sana biasenye dlm lingkungan 120-150kbps. tak sempat cari lagu lain sudah selesai download lagu sebelumnya.


begitu juga hidup aku. makan, minum, tidur silih berganti dan sedar tak sedar hari demi hari berlalu tanpa dimanfaatkan. terkadang rasa kesal, namun apelah gunenya sesalan itu. aku tros merancang utk mase yg akan dtg agar ia tidak sia-sia begitu sahaja.. insyaAllah~





namun aku masih yakin. sepertimana yakin kita terhadap keselamatan roller coaster, yang pada hakikatnya bila-bila sahaja boleh sahaja menukarkan perasaan seronok dan gembira menjadi duka dan tragis. namun masih yang menaiki nya hari demi hari tanpa menimbangkan risiko yang mungkin terjadi.


keyakinan seperti itulah sepatutnya kita rasakan terhadap kekuasaan Allah yang bisa menjadikan sesuatu dengan kehendaknya dengan sepatah kata "Jadilah". keyakinan seperti itu juga patutnya dapat dirasekan terhadap hari yang pasti menjelma. hari dimana tiada lagi guna nya penyesalan.





oleh itu bersyukurlah. daripada beribu pasir yang ada di pantai, alangkah bertuahnya pasir yang digunakan untuk membina istana pasir yang muncul juara pertandingan membuat istana pasir. lebih bertuah pasir yang menjadi asas kepada tertegaknya istana itu. tiadalah wujudnya istana tanpa tapak asas itu. namun tak cantik juga istana jika hanya kecik. lebih indah jika ada banyak lagi pasir agar dapat buat perhiasan tepi-tepi istana. tapi bukan sebarang pasir bisa dijadikan bahan utk membuat istana pasir ini. hanya yang benar-benar mampu sahaja.


bersyukurlah kita dilahirkan dalam islam.



dan pohonlah pada tuhan. biasanya seorang peniaga cina tidak membuka kedainya di awal pagi. awal pagi mereka akan bersenam utk sihatkan badan. kemudian mereka akan 'berdoa' kepada 'tuhan' mereka agar mereka di 'murahkan rezeki'. biar lambat buka kedai, kerna mereka yakin hasil 'doa' mereka itu, tuhan akan memudahkan dan melariskan jualan mereka.


itu peniage cine. peniage Islam?


"sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pertukaran siang dan malam ada tanda kebesaran Allah bagi mereka yang berakal"
(Ali Imran:190)
kembara berjalan, melihat dan mentafsir...

Copyright 2008 tulisan ini . All rights reserved.

Template By: Hive Designs Ported By: Theme Lab. Blogger by akOOgle