Thursday, December 31, 2009

tajuk menampakkan ketidak-ada-an idea. haha. rujuk sini.

jadi, 2009 pn nk abes. taseda plak. salu ade blockbuster movie kat tv. tp kali ni, kene donlod sendiri (haha).

tipikal-bajet-gempak, muhasabah 2009 sket.

1. da 3 taun bazir mase di blog ni. pelik caner leh kekal tegar berblogging. rase dulu cam penah² nak delete blog.

2. selame 3 taun, tade post semase bln julai. kebetulan ?

3. post taun ni berkurangan. pencapaian yg baek - mengurangkan bazir mase!

4. meskipun gitu, komen post semakin meningkat. pengunjung bertambah kot (hoh, perasan!)

5. taun ni tade post raye aji. bajet bizi mase tuh

6. mengakhiri 2009 dgn exam mid year yg tinggal satu lg paper. jd taleh apdet byk (bajet stadi)



ok. slmt melangkah taun baru. resolusi aku maseh same; 1440x900 (ceh lawak lame)

Tuesday, December 15, 2009

satu hari.


dalam kelas. lecturer minta semua berdiri atas kerusi. org arab biase akan tros berdiri tanpe berlengah. orang melayu pule lmbt sket. tgh buke kasut jap.

sedang buke kasut, ade arab nampak. "wei, ape kau buat? cepat diri atas kerusi!"

"jap, aku tengah bukak kasut."

"buat aper? pakai kasut je cam semua org (note: semua org arab diri atas kerusi pakai kasut je)"

erk.. samada..

A: (monolog) "ah.. lantak la. semua orang pakai kasut, aku pn pakai kasut gak la." lalu tros diri atas kerusi berkasut seperti arab lain.

B: "sori la. tp nnt kotor kerusi ni. kami org melayu da terbiase buka kasut dulu". dan meneruskan buka kasut lalu diri.

[bukan nak kutuk arab. tp nak gambarkan keadaan]
+++++++


ah.
satu lagi.
aku bukan kate tanak.
tp aku rase aku tak bersedia.
mungkin aku memang tak mampu langsung.
jd lebih baik aku jauhi
malah, mungkin aku salah gune
lebih teruk
kalau-kalau aku ke arah yang tidak diingini pula
kau?
kalau kau mahu sile lah.
aku tak kate ia salah.
jika kau kate ia untuk dakwah, sile lah.
aku doakan kau berjaya.
ye, aku tau die pun ade. bagus lah.
semoge ape yang die imani tercapai
mungkin die da cukup hebat untuk ke peringkat yang lebih tinggi.
dakwah die subur di mane saja.
itu menjadi bonus untuk die.

aku bukan ape.
die itu die.
kau itu kau.
jangan.
jangan keputusan orang menjadi pilihan kau.
nilai dulu.



++++++++




nak carik yang ade music. tp tade. this music was the inspiration for this post.

Friday, December 4, 2009


semua manusia pasti buat kesalahan

ade dalam sedar, ade dalam kealpaan
terkadang salah kepada tuhan
terkadang silap pada insan
hakikatnya itulah fitrah penciptaan
dan sebaik-baik daripada mereka adalah yang memohon keampunan

manusia dicipta sebagai pelupa
terlupa asal usul tercipta
lalu tanpa fikir membuat maksiat merata
tapi tuhan itu maha pengampun dosa
selagi tidak syirik kepada Nya
minta ampun dan taubat sentiasa
insyaAllah akan diterima

tapi bila salah dengan manusia
bukan seperti buat dosa
tuntutan taubat itu masih ada
tapi jangan lupa
meminta ampun dari tuan hati yang teluka
dan tuan hati ini bukannya semua sama

ada yang mudah sembuh selepas cedera
mampu tersenyum selepas maaf dipinta
sama seperti dulu bermesra

tapi tak semua seperti yang disangka
ada yang tersembunyi apa yang dirasa
luar nampak sudah dimaafkannya
sedang dalam hatinya dendam masih membara
kita gelak dia pun tertawa
tapi masih terasa ada yang tak kena
jadi nak salahkan siapa ?

Wednesday, December 2, 2009


bila kekalahan menimpa.


kadang orang kate "biase la tu kalah. adat permainan."
ade juge kate "takpe2 tahun depan cube lagi"
yang nak sedapkan hati pula berkate "kasik can org len plak. asyik kite je kan?"



bagi aku, kekalahan itu latihan untuk kejayaan.
at least ade kekalahan untuk tahu di mana kelemahan.
kalau menang semua, terdetik rase da sempurna
takut berada di level yang sama




kene ade byk lg latihan ni. kawal sket emosi tuh. huh~



catatan kekalahan liga kaherah 09/10

Copyright 2008 tulisan ini . All rights reserved.

Template By: Hive Designs Ported By: Theme Lab. Blogger by akOOgle