Friday, December 4, 2009


semua manusia pasti buat kesalahan

ade dalam sedar, ade dalam kealpaan
terkadang salah kepada tuhan
terkadang silap pada insan
hakikatnya itulah fitrah penciptaan
dan sebaik-baik daripada mereka adalah yang memohon keampunan

manusia dicipta sebagai pelupa
terlupa asal usul tercipta
lalu tanpa fikir membuat maksiat merata
tapi tuhan itu maha pengampun dosa
selagi tidak syirik kepada Nya
minta ampun dan taubat sentiasa
insyaAllah akan diterima

tapi bila salah dengan manusia
bukan seperti buat dosa
tuntutan taubat itu masih ada
tapi jangan lupa
meminta ampun dari tuan hati yang teluka
dan tuan hati ini bukannya semua sama

ada yang mudah sembuh selepas cedera
mampu tersenyum selepas maaf dipinta
sama seperti dulu bermesra

tapi tak semua seperti yang disangka
ada yang tersembunyi apa yang dirasa
luar nampak sudah dimaafkannya
sedang dalam hatinya dendam masih membara
kita gelak dia pun tertawa
tapi masih terasa ada yang tak kena
jadi nak salahkan siapa ?

0 Responses to tersilap salah:

Copyright 2008 tulisan ini . All rights reserved.

Template By: Hive Designs Ported By: Theme Lab. Blogger by akOOgle