Monday, March 22, 2010

pagi tu seperti biase, 7.30 bergegas ke bawabah talatah. menunggu bas (paling diharapkan bas panjang 602). alhamdulillah, seperti yang dijangka, bas 602 sampai. saya naik dan berdiri.

sebaik saja turun dari bas, Jupa teringat dia tak bawa lab coat. cadangnya untuk tidak hadir langsung ke praktikal anatomi. jadi saya masuk ke kelas seorang diri. kelihatan ramai sudah sampai. ada yang sedang membaca buku, ada yang sedang sembang-sembang, ada juga yang bergelak ketawa.

takut disoal oleh doktor, saya pun membuka buku dan membaca apa yang patut. selang beberapa minit, doktor pun masuk. semua senyap. doktor ni memang terkenal dengan ketegasan. tapi beliau juga seorang yang suka membuat lawak. saya pasti gelak setiap kali dia buat lawak - itu jika saya faham.

sesi pembelajaran bermula. maka bermulalah topik perbincangan. sesekali lawak-lawak doktor memecah suasana hening kelas. tiba-tiba, telefon bimbit milik doktor berbunyi. doktor ragu-ragu untuk angkat atau biarkan.

beliau pun mengangkat nya. seakan-akan ia dari seorang yang penting apabila doktor melihat caller id di telefon bimbit nya. selesai bercakap, mata doktor bertuka warna. dari putih ke merah. di selaputi sedikit air mata. suasana bertukar mood. dari ceria kepada suram. dari keriuhan berbincang kepada senyap tanpa bunyi.

doktor cuba tabah. menyambung sesi pembelajaran. tapi jelas sekali, beliau tidak mampu menahan lama. sejurus selepas itu, beliau memendekkan penjelasan dan terus kepada praktikal. seusai semua kumpulan melihat mayat, beliau pun keluar dari kelas. dari riak wajah beliau, saya yakin dia sedang dalam keadaan sedih.


itu baru separuh hari ini.

3 Responses to Hari ini:

  1. apakah???

  1. apakah apa?

  1. apakah dia??(tolong sambung soalan haidar)

Copyright 2008 tulisan ini . All rights reserved.

Template By: Hive Designs Ported By: Theme Lab. Blogger by akOOgle