Saturday, April 10, 2010


Bismillah. (tajdid niat)

Muqaddimah
sukar dinafikan sukan paling popular sekarang adalah bola sepak. ramai sekarang paling kurang reti untuk menyepak bola. jadi tak hairan lah sekarang ramai orang gunakan bola sepak untuk pelbagai medium. dakwah, ukhuwah, bisnes dan macam-macam lagi.

aku baru selesai membaca falsafah bola versi bilal. selesai tu, aku pun pergi ke rumahnya. bila aku beritahu pada dia, "baru je baca falsafah bola tadi". dia tersenyum dan kata, "nta buat la versi nta satu". maka timbul lah ilham utk post seterusnya.


Falsafah Bola v1 (versi wan)

1. Peranan
seperti yang diketahui, terdapat banyak posisi di dalam bola sepak. dari goalkeeper hinggalah ke top striker. ke semua nya mempunyai peranan sendiri yang berbeza.

andaikata kita diarahkan oleh ketua untuk menjadi goalkeeper, kita mesti bersungguh menghalang pihak lawan menjaringkan gol dengan apa cara sekali pun. tidak perlu kita naik membantu serangan. begitulah pemain yang lain nya. seharusnya melaksanakan peranan nya.

sebuah pasukan itu akan menjadi 'tempang' apabila salah seorang tidak menjalankan peranan nya yang sebenar. ia seumpama membawa beban sia-sia dalam kumpulan. ada dalam pasukan, tapi tidak berjasa. orang kata "macam tanak maen je"


2. Kepercayaan
sebuah pasukan tanpa kepercayaan terhadap ahli pasukan adalah team yang hancur. andaikata defender yang tak percaya striker nya boleh menjaringkan gol, maka dia sendiri akan naik untuk menjaringkan gol. lalu terbuka lah ruang kosong di bahagian pertahanan. mudah untuk pihak lawan counter attack.

atau pun striker yang tak percaya pada defender nya, maka pasukan itu semua akan jadi pertahanan. haha.

kepercayaan ni biasanya terbentuk apabila semua memahami peranan masing-masing. "saya defender, saya bertahan. dia striker, dia cuba jaringkan gol"


3. Memahami
selain dari kesabaran, memahami juga dibentuk dalam bola sepak. kawan kita bolos. mungkin boleh sabar. tapi dalam hati sumpah seranah. "apehal mamat ni. tanak maen ke ape?"

tapi mungkin kawan kita tu luka ibu jari kaki dia. ataupun striker yang menjaringkan gol memang bertaraf antarabangsa. tak kan salah keeper? dia sudah cuba sedaya upaya.

satu lagi. bila muncul peluang di depan gol. kita rasa kalau kawan kita pass kita, confirm gol punya. tapi kawan kita rembat terus. mula lah maki hamun. "hampeh kau. asal tak pass aku?"


4. Kerjasama
daripada mengetahui peranan, wujud kepercayaan pada ahli pasukan. kemudian timbul saling memahami. maka wujudlah kerjasama. kerjasama adalah perkara paling susah diraih antara ahli kumpulan. tapi jika ada, maka ia adalah kekuatan.

bukan sahaja ia menjadikan kita bekerja sebagai sebuah pasukan, ia mengurangkan kepenatan setiap ahli. takde lah midfield naik turun seorang diri. ia juga menjadikan permainan lebih seronok. lihat saja pasukan barcelona sekarang.


Penutup
bola sepak adalah permainan berpasukan. kalah menang itu adalah bonus tamabahan. yang penting bermain dengan seronok dan bukan sekadar berlari-lari kosong di padang. tapi semua pemain perlu memainkan peranan masing-masing.



juara Piala Madrasah Imam Syafie.
di mansurah.

juara dan naib juara Winter Cup: Triple Play 2010
(juara baju warna ungu)


* tak biase buat post ala serius camni. haha

8 Responses to Falsafah Bola v1:

  1. is that you or is that a member of alleycats :P
    *peace*

  1. rambut selekeh dooh :P

  1. Patutlah muka enta semacam je bile main dgn ana...

    hehe, tak delah. Gurau je. Baru tahu apa perasaan org mantap main bola.

    Nice post, wan. Kep posting!

  1. aku still rasa dalam permainan kalah menang bukan lagi perkara penting .

    "ukhwah"

    bagaimana kita dalam satu kumpulan tempuhi satu kesusahan .

    dengan sentiasa support each other dalam capai kejayaan .

    "sape tak reti sepak bola pon buleh main bola . kita hnya mahu main dengan orang yg mahu mencuba "

  1. still got anon delivured his but*hurtness

    regards,
    anon

  1. juara futasl piala MB kedah 2009.

    terima kasih. terima kasih. terharu saya. terima kasih.

  1. org yg bermain bola pasti melihat kepada isi2 yg boleh diaplikasikan...tp org yg tak main bola pasti melihat pada rambut wan...haha


    -baru nak baca post yg dah lama ni

  1. ana rasa ade satu lagi anta lupa highlight kat post anta...peranan penyokong kena sebut gak tu..hehe

Copyright 2008 tulisan ini . All rights reserved.

Template By: Hive Designs Ported By: Theme Lab. Blogger by akOOgle