Lame rasenya tidak bercerita. Banyak juga cerita yang boleh dikongsi bersama. Pengalaman hidup yang boleh membawa manfaat bersama. Kisah-kisah manusia.
* * * * * * * * * *
Kisah 1
Suatu ketika saya sesat di Bangi. Saya tunggu teksi namun tidak kunjung tiba. Lalu saya bercadang untuk berjalan kaki saja. Dlm perjalanan saya terlihat kekecohan di suatu tempat. Rupenya berlaku satu kemalangan jalan raya. Sebuah kereta proton wira berwarna biru hancur di bhgn hadapan manakala sebuah kereta perodua kenari kemek di pintu bhgn kanan. Mujur tiada berlaku sebarang pertumpahan darah.
Apa yang menjadi tarikan nya adalah, pertama, ia berlaku di hadapan pintu gerbang UKM menyebabkan berlaku kesesakan lalulintas yang sangat menyakitkan hati para pemandu. Kedua adalah kerana pemandu kedua-dua kenderaan saling bergaduh. Bertumbuk muka. Tiada siapa yang berani menghalang dek dahsyat nya pergaduhan itu. Lalu saya datang dan meleraikan pergaduhan tersebut. Semua org di sekeliling bertepuk untuk saya. Walaupun itu hanya angan-angan saya, saya dapat bayangkan jika benar-benar itu berlaku.
Selang beberapa minit, polis hadir dan keadaan bertambah baik. Namun kedua-dua pemandu masih tidak mengakui kesalahan masing². Saling menyalahi antara satu sama lain. Terjerit² mereka di hadapan polis. Bukannya polis jauh sgt. Tak sampai semeter pun.
* * * * * * * * * *
Kisah 2
Saya berjalan² di sebuah pusat beli-belah berdekatan dengan rumah. Saje saya pergi ke kedai sukan untuk melihat keluaran² terkini alatan sukan jename terkemuka dunia. Bukan hendak beli, hanya untuk membelek sambil berangan-angan saje. Tiada niat lain.
Sedang saye berangan² sambil memegang kasut Nike keluaran terbaru, saye terlihat seorang mak cik dan anaknya. Anaknya menangis² meminta ibunya membelikannya kasut keluaran terbaru Nike yang sedang saye pegang. Berkali² ibu menyarankan untuk membeli kasut Line7. Kate ibunye itu lebih murah dan jimat. Namun, sang anak tetap berdegil. Katenya ini fesyen terkini dan kawan²nya sume da beli.
* * * * * * * * * *
Kisah 3
Baru ni, saya mengahadiri satu program. Pihak penganjur mungkin menganggapnya satu program. Bagi saya (dan mungkin rakan-rakan yg len), ia adalah sebuah percutian. Bagi saya juga, ia adalah mase untuk pihak penganjur merapatkan silaturrahim sesama mereka.
[cerita lanjut boleh tanyer mereka yg hadir]
* * * * * * * * * *
Kisah 4
Solat jumaat di putrajaya bererti solat di sebelah ahli koperat dan ahli² kerajaan yang berpangkat dan bergaji besar (mungkin).
Satu hari saya solat di situ. Saya terlihat seorg seperti yg telah disebutkan diatas. Dia duduk di hadapan saya. Kirinya seorang yang tidak kurang hebat dari segi pakaian yang semat. Kemeja lengan panjang, seluar slack hitam. Dan tidak lupe, berstokin. Kanannya pula seorang budak sekolah hanya memakai sepasang baju melayu putih bersampin ungu. Dan juga, bersongkok.
Setelah dia selesai solat 'hormat masjid', dia pusing ke kiri dan berjabat tangan dengan 'spesies'nya itu. Namun bila dia pusing ke kanan pula dilihatnya hanya seorang budak! Lalu buat tak tahu. Tidak sama standed, die rase.
* * * * * * * * * *
Terkadang mendengar atau melihat sendiri kisah² manusia, ia lebih melucukan daripada kisah² binatang. Kerna manusia boleh berfikir, cuma fikiran nya ketika itu sangat pelik mungkin.
kisah 1:
stop berangan :p
kisah 2:
the point is?
kisah 3:
what prog?
kisah 4:
menarikla jugak, huhu
walk, watch and wonder, hehe, these are my words but translated from berjalan, melihat, mentafsir :D