Sunday, December 16, 2007
Apa pandangan mu jika melihat seorang laki dan seorang perempuan dalam kereta bersama?
Pernah satu ketika aku duduk menunggu kawan² utk men futsal. Tibalah satu kereta. Seorang keluar dari kereta. Dia menuju ke arah kami sambil berjabat tangan salam². Salah seorang menyapa, "lawa awek kau.." lalu dibalas. "terima kasih la. itu akak aku.."
* * * * * * * *
Apa pandangan mu jika melihat ade org sedang berlari pantas menuju ke tandas?
Pernah satu ketika di sekolah, seorang berlari menuju tandas dengan pantas. Seorang yang melihat nya lalu menjerit,
"haha.. sakit perut la tuh.."
beberapa saat kemudian org itu keluar.
"aah.. aku buang air kuar jam aku"
"oh, tinggal jam rupenye.."
* * * * * * * *
Apa pendapat mu, apabila selesai solat jemaah subuh, melihat ke belakang ade org sedang masbuk.
Adakah dia terbangun lewat? Adakah dia saja buat² lambat? Dia memang susah bangun? Atau dia baru baligh? Atau dia tolong org yang luka sebab pecahkan jamban? huh~ banyak kemungkinan ek? jangan cepat membuat tanggapan. apa salahnya tanye org itu sendiri..
* * * * * * * *
Tahun 2002.
Aku terpiki. adekah ini satu keputusan yang bijak? atau adekah aku mensia-siakan segalanya.. jika aku duduk umah dan sekolah balik hari lebih bes. makan sedap. tayah basuh baju. boleh tgk world cup. boleh juga tahu perkembangan lua. ataupun jika aku masok sekola lua yang lebih gempar pasti bertambah A yang aku peroleh. pasti aku boleh muncul di antara mereka yang mendapat stret A dlm setiap periksa BESAR..
Daripada memilih untuk tinggal di tempat ini. Dahla tandas kotor, air tade, makanan x sedap, kene basuh baju sendiri..
6 tahun kemudian.
Ini merupakan keputusan yang paling bijak pernah dibuat. x sangke aku pandai. di sini lah aku belajar segalanya. di samping belajar biologi dan addmath, aku juga belajar basuh tandas, basuh baju, men bola, takraw, nyanyi, berlakon.. tak lupa belajar bergaul dgn org, memahami jenis² org, ilmu agama dan macam-macam lagi.. juga belaja pukul budak. pasti terlepas jika ku memilih untuk duk di rumah 6 tahun lalu. Baru ku tahu kenapa ia dinamai Hira'. kerana di situlah tempat insan agung bernama Muhammad memula kan 'kehidupan' baginda. nama itu juga di gunakan untuk menjadi tempat kami semua memulakan kehidupan kami.
* * * * * * * *
Manusia mudah membuat keputusan. Dan terkadang keputusan itu akan membuat diri sendiri rugi. Lalu kite menyesali dan memarahi takdir. Sedang Allah tidak membebani seseorang melaenkan apa yg kite mampu. Begitu juga pandangan org len terhadap kita. Biarlah mereka kate kite pelik. Takmengapa jika mereka mengatakan apa² kepada kite. Jangan cepat bersedih dan mengeluh. Kerna setiap perkara itu subjektif, tak semua perkara yang kita sangkakan adalah betol dan tepat. Kerana kita belum melihatnya dari sudut berbeza.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
terdiam. berfikir. terkena.