Wednesday, December 19, 2007

Labels:

Terkadang hidup x menyebelahi kite. Hampa, kecewa dan duka. Terasa serba x kene.

x x x x x x x x

Pada zaman dahulu hidup seorang raja. Namanya Labib, Raja Labib. Hobinya diwaktu lapang adalah memburu di hutan. Bagi memenuhi kehendak hobinya itu, dia telah mengupah seorang personal trainer, namanya Zaid. Zaid akan mengikuti sang raja setiap kali beliau turun ke hutan untuk memburu.

Pada satu hari, ketika berada di hutan. Zaid sedang memberi arahan kepada Raja Labib. Sedang Zaid menunjukkan demo care untuk menembak dgn tepat, entah macamanentah (dipendekkan cite), Zaid secara tidak sengaja tertembak ibu jari sebelah kanan sang raja. Maka terputuslah ibu jari sebelah kanan raja. Raja pun berlari pulang ke istana kesakitan.

Sekembalinya di istana, Zaid diminta menghadap raja. Dengan murka dan marah, Raja Labib memerintahkan agar Zaid dimasukkan ke penjara sehingga di beritahu. Zaid pun dimasukkan ke penjara. Dalam hatinya, dia berkata "This is good"

Selang beberapa hari, Raja Labib pergi memburu. Kali ini tidak membawa Zaid. Tetapi membawa seluruh ahli istana termasok segelintir penduduk² tempatan. Tanpa pengetahuan yang banyak, sang raja telah membawa pengikutnya jauh ke dalam hutan. Setelah tibe di tempat yang disangkenya strategik untuk memburu, beliau berhenti dan mengambil tempat. Tiba-tiba datang sekumpulan orang kanibal (jgn lupe ini cerita zaman dulu) dan menyerang mereka. Orang² kanibal ini pun menangkap Raja Labib dan pengikutnya lalu dibawa ke perkampungan mereka.

Setelah sampai di perkampungan orang kanibal, ketua kanibal mengarahkan mereka semua di periksa sebelum dipotong dan dimasak. Bergetarlah jiwa dan raga raja dan pengikutnya. Setelah diperiksa satu persatu, tibelah giliran diperiksa sang raja. Sedang memeriksa, mereka dapati bahwa sang raja hanya mempunyai 9 jari. Ibu jari kanan sudah tiada. Dengan menggangap bahwa raja ini mempunyai kecacatan, ketua kanibal mengarahkan agar beliau dilepaskan.

Maka berlari pulang sang raja ke istana dengan gembira dan sedikit serba salah, lalu terus berjumpe Zaid di dalam penjara.
"Nasib baik hamba menembak jari beta dan terputus. Barulah beta tidak dimakan oleh penduduk kanibal di sane kerana dianggap cacat. This is good"
"Bagus juge patik menembak jari tuan, jika tidak patik terpakse mengikuti tuan ke hutan dan pasti kene makan juga. This is good"

x x x x x x x x

Namun disebaliknya pasti ada hikmah.


waahhh.. kalah lagi!! kali ni kalah paling tidak boleh diterima. tak lepas peringkat kumpulan. bukan hendak mencari alasan, tetapi memang. memang kehilangan skill dan plg penting skali, motivasi & semangat.. mane nak carik?
apa pon kekalahan kali ni mengajar aku sesuatu.. menang bukan kerana hebat skill dan stamina. tp sebagai sebuah pasukan yang punya semangat berpasukan.

0 Responses to This is good:

Copyright 2008 tulisan ini . All rights reserved.

Template By: Hive Designs Ported By: Theme Lab. Blogger by akOOgle