Friday, December 7, 2007

Setelah tamat musim 06/07, Manchester City telah buat byk perubahan dlm kelabnye bagi menghadapi musim baru 07/08. Bermula pembelian kelab itu oleh Thaksin Shinawatra. Kemudian pengambilan pengurus baru, Sven Goran Eriksson. Seterusnya pembelian beberapa pemain dimana tiada seorang pun berwarganegara England. Kini, setelah 15 perlawanan berlalu, Man City berada di tangga ke-5 EPL, 3 mata di belakang musuh setempat dam juga juara bertahan, Man Utd, dan 7 mata di belakang pendahulu, Arsenal.

Betapa hebatnya satu perubahan yang dilakukan dalam hanya beberapa minggu, malah beberapa hari sahaja.

+++++++++++++++++++++++++++++++++

Seakan tidak percaya detiknya telah sampai.
Tidak pernah aku nafikan sedihnya hati ni, meninggalkan tempat ku jatuh dan bangun kembali.
Kini sudah tamat, dan bermula kehidupan baru.

Tamat sudah hidup dalam bi'ah, mula kehidupan utk tarbiyah diri sendiri
Tamat sudah hidup berpura-pura, mula kehidupan sebenar
Tamat sudah hidup mengharap bantuan orang, mula kehidupan usaha sendiri
Tamat sudah hidup pau budak, mula kehidupan kene pau

Kadang kala hati ni resah, risau. Rintangan dan cabaran tidak mudah. Bahkan memeritkan. Pernah ku lalui sebentar dalam rehat panjang selama ni.

Dua hari yang sama adalah satu kerugian, manakala hari yg lebih teruk dari semlm nya adalah kecelakaan.

'musim persekolahan' ku telah tamat. musim baru menanti di depan.
Tidak, aku tak nak tergolong dalam kecelakaan. Tidak! Perlu ada perubahan. kene beli pengurus baru kot, ataupun kene ada pemilik baru

"Oh Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam ketaatan kepadaMu, tetapkan hatiku dalam agamaMu, tetapkan hatiku dalam jalan dakwahMu."

0 Responses to tamat & mula:

Copyright 2008 tulisan ini . All rights reserved.

Template By: Hive Designs Ported By: Theme Lab. Blogger by akOOgle