Thursday, December 31, 2009

tajuk menampakkan ketidak-ada-an idea. haha. rujuk sini.

jadi, 2009 pn nk abes. taseda plak. salu ade blockbuster movie kat tv. tp kali ni, kene donlod sendiri (haha).

tipikal-bajet-gempak, muhasabah 2009 sket.

1. da 3 taun bazir mase di blog ni. pelik caner leh kekal tegar berblogging. rase dulu cam penah² nak delete blog.

2. selame 3 taun, tade post semase bln julai. kebetulan ?

3. post taun ni berkurangan. pencapaian yg baek - mengurangkan bazir mase!

4. meskipun gitu, komen post semakin meningkat. pengunjung bertambah kot (hoh, perasan!)

5. taun ni tade post raye aji. bajet bizi mase tuh

6. mengakhiri 2009 dgn exam mid year yg tinggal satu lg paper. jd taleh apdet byk (bajet stadi)



ok. slmt melangkah taun baru. resolusi aku maseh same; 1440x900 (ceh lawak lame)

Tuesday, December 15, 2009

satu hari.


dalam kelas. lecturer minta semua berdiri atas kerusi. org arab biase akan tros berdiri tanpe berlengah. orang melayu pule lmbt sket. tgh buke kasut jap.

sedang buke kasut, ade arab nampak. "wei, ape kau buat? cepat diri atas kerusi!"

"jap, aku tengah bukak kasut."

"buat aper? pakai kasut je cam semua org (note: semua org arab diri atas kerusi pakai kasut je)"

erk.. samada..

A: (monolog) "ah.. lantak la. semua orang pakai kasut, aku pn pakai kasut gak la." lalu tros diri atas kerusi berkasut seperti arab lain.

B: "sori la. tp nnt kotor kerusi ni. kami org melayu da terbiase buka kasut dulu". dan meneruskan buka kasut lalu diri.

[bukan nak kutuk arab. tp nak gambarkan keadaan]
+++++++


ah.
satu lagi.
aku bukan kate tanak.
tp aku rase aku tak bersedia.
mungkin aku memang tak mampu langsung.
jd lebih baik aku jauhi
malah, mungkin aku salah gune
lebih teruk
kalau-kalau aku ke arah yang tidak diingini pula
kau?
kalau kau mahu sile lah.
aku tak kate ia salah.
jika kau kate ia untuk dakwah, sile lah.
aku doakan kau berjaya.
ye, aku tau die pun ade. bagus lah.
semoge ape yang die imani tercapai
mungkin die da cukup hebat untuk ke peringkat yang lebih tinggi.
dakwah die subur di mane saja.
itu menjadi bonus untuk die.

aku bukan ape.
die itu die.
kau itu kau.
jangan.
jangan keputusan orang menjadi pilihan kau.
nilai dulu.



++++++++




nak carik yang ade music. tp tade. this music was the inspiration for this post.

Friday, December 4, 2009


semua manusia pasti buat kesalahan

ade dalam sedar, ade dalam kealpaan
terkadang salah kepada tuhan
terkadang silap pada insan
hakikatnya itulah fitrah penciptaan
dan sebaik-baik daripada mereka adalah yang memohon keampunan

manusia dicipta sebagai pelupa
terlupa asal usul tercipta
lalu tanpa fikir membuat maksiat merata
tapi tuhan itu maha pengampun dosa
selagi tidak syirik kepada Nya
minta ampun dan taubat sentiasa
insyaAllah akan diterima

tapi bila salah dengan manusia
bukan seperti buat dosa
tuntutan taubat itu masih ada
tapi jangan lupa
meminta ampun dari tuan hati yang teluka
dan tuan hati ini bukannya semua sama

ada yang mudah sembuh selepas cedera
mampu tersenyum selepas maaf dipinta
sama seperti dulu bermesra

tapi tak semua seperti yang disangka
ada yang tersembunyi apa yang dirasa
luar nampak sudah dimaafkannya
sedang dalam hatinya dendam masih membara
kita gelak dia pun tertawa
tapi masih terasa ada yang tak kena
jadi nak salahkan siapa ?

Wednesday, December 2, 2009


bila kekalahan menimpa.


kadang orang kate "biase la tu kalah. adat permainan."
ade juge kate "takpe2 tahun depan cube lagi"
yang nak sedapkan hati pula berkate "kasik can org len plak. asyik kite je kan?"



bagi aku, kekalahan itu latihan untuk kejayaan.
at least ade kekalahan untuk tahu di mana kelemahan.
kalau menang semua, terdetik rase da sempurna
takut berada di level yang sama




kene ade byk lg latihan ni. kawal sket emosi tuh. huh~



catatan kekalahan liga kaherah 09/10

Friday, November 27, 2009

hari ni 10 zulhijjah

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Bangunlah dan pergilah saksikan ibadat korban kamu kerana sesungguhnya pada titisan darah pertama yang mengalir akan diampunkan dosa kamu yang lepas." Fatimah bertanya kembali: "Wahai Rasulullah! Apakah ia khusus kepada ahli keluarga atau umum kepada umat Islam?" Jawab Baginda: "Bahkan kepada seluruh umat Islam."

(Hadis riwayat Al-Bazzar & Ibnu Hibban)


hari ni juga hari jumaat.


“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

(Hadis riwayat Muslim).


oh. dan pagi tadi hujan!

“Carilah doa yang mustajab pada tiga keadaan: (1) Bertemunya dua pasukan, (2) Menjelang solat dilaksanakan, (3) Saat turunnya hujan.”
(Dikeluarkan oleh Imam Syafie dalam Al-Umm)



aidil adha + jumaat + hujan = hyperbarakah
bersyukur atas nikmatnya. alhamdulillah




selamat hari raye aidiladha
kullu 'am wa antum ila Allahi aqrab

Friday, November 20, 2009

Labels:

"palestin yang aku cinta adalah negara saudara aku. palestin yang aku mimpi adalah negara orang Islam"

"heh. kau cinta palestin? hoho, penipu! kalau cinta, pasti ade alamatnye. ape alamat kau cinta palestin?"

"boikot, demonstrasi, bakar bendera, sedekah duit tu bukan tandenye?"

"oh, itu alamat cinta kau pade palestin? bagus2.."

"ape pule tande cinte kau pade palestin?"

"aku? aku cinta palestin. tapi tande die... rahsia"


********

[persidangan OIC]
"erm.. kite harus pertimbangkan"

"mesti ade tindakan"

"musy munkin. mereka semua irhabiy"

"memang. tapi kalo kite macam tu, negara kite akan terancam"

"ye! kite mesti sokong mahmoud! die saja yang layak menjadi pemimpin. sape haniyeh? die tu irhabiy! zionis memang kejam! tahu merampas tanah orang palestin je! tade keje len."

"kopi tuan, kopi."

[minum kopi]

"hmm.. sedap btol kopi ni. mcm kopi di restoran lima bintang saya."

"tapi saye rase, kopi di itali lebih sedap. di cafe le dore"

"oh. kamu juge minat kopi ye?"

"ye. saya memang peminat tegar kopi."

"kopi? masakan kamu boleh berbicare mengenai kopi?? kite sedang cerita tentang palestin!!"

"oh lupe pula saye. di mane kite tadi ?"


********

"wahai abi, kalau yahya mati, abi sedih x?"

"abi pun akan mati nak. kalo yahya mati, masih ade yasin dan aziz utk menemani kami."

"kalo yasin mati, abi sedih x?"

"buat ape nak sedih? abi maseh ade aziz, lgpun abi bole menjage diri abi sendiri."

"klo aziz pn mati, ayah sedih x?"

"yahya, sini. dengar baik². kalo kamu semua mati, abi dan umi tak hilang sesape pn. kamu semua tetap menjadi anak abi dan umi. tidak pernah abi dan umi menganggap mati itu satu perpisahan yang hakiki, bagi kami yahya, mati itu adalah satu permulaan yang baru. tapi, dengan syarat, mati kamu itu mati syahid utk agamamu. umi kamu sanggup melahirkan jutaan yahya, jutaan yasin dan jutaan aziz, jika kamu rela menjadi soleh dan syahid utk agama"

"terima kasih abi. saya memang bertuah mendapat abi dan umi seperti ini. doakan saya abi! hari ini, kami menjaga masjid di barat Gaza. sudah due malam ia menjadi mangsa serangan israel. selamat tinggal abi, selamat tinggal umi."

"yahya! bukan selamat tinggal. tapi jumpa lagi."

"Ya abi, Ya umi. semoga jumpa lagi. doakan saya ya!"

"anakku. doa tidak pernah putus dari kami. semoga terus cinta dan bercite-cite utk menaiki burung hijau ke syurga."


********

"haa.. ape rahsia kau?"

"heh. rahsie? tade rahsie pn. aku cinta palestin. jadi aku harus bejihad utk die. kau tahu jihad kite haus diisi dengan ilmu. kau berjihad, tapi tade ilmu. kau akan cepat tersesat. jihad ni perlukan jiwa yang kental."

"oo. jadi, menurut kau, boikot tu bkn jihad? bakar bendera tu bkn jihad? sedekah duit tu bkn jihad?"

"eh2. bkn camtu. itu semua memang jihad, tapi ramai yang buat semua tu tanpa ilmu. kenapa kau boikot? kau boikot, tapi masih pakai komputer yahudi. masih pakai telepon yahudi. tak ke bende tu berlawanan? kau bakar bendera, lepas tu orang yahudi bakar qur'an. patu sedekah duet beribu2. ye, sedekah duet beribu. patu aper kesudahannye?"

"ape sebenarnye maksud kau ni? aku tapaham la! da semua orang boikot, aku pn boikot la! semua ni utk palestin!"

"kau ni tapaham lagi ape yang aku nak sampaikan. yela, jihad kau ni, jihad tiru2 orang. jihad kau tu hanye taqlid2 org lain. kalu mereka boikot, kau pun boikot. kalau mereka bakar bendera, kau pn turut bakar bendera. kalau mereka beribu2 habes sedekah, kau pun ikot; nak digelar mujahid. abu, dlm jihad kene ade kefahaman. kalau boikot, taleh sebarangan boikot. kene tahu kenapa boikot. kemudian baru jelas keikhlasan dan benar2 mengikut sunnah. barula jihad tu terpandu dan bukan ikot2 org. kalo mereka bakar bendera, jangan semberono bakar bendera. benar ke agama kite suruh kite bakar dan ludah pade bendera musuh? ape kau dah kaji? abu, biar la jihad kite terpandu.

abu, nak ikot ana ke Gaza. ade tugas di sane?"

"hah? ke Gaza?"


********

"ini hari terakher kite disini"

"ye. semlm saye ke KLCC. shopping."

"hmm. pasal palestin. ape cerite?"

"tuan, teh tuan"

"hmm. jemput2."

"wah. sedap btol teh ni. dari mane ye teh ni?"

"ha tuan, ini teh dari cameron"

"wah. da syai, helwah awi. gad'an, gad'an"

"saye memang suke syai dari cine. memang sedap"

"saye pule suke teh jepun. memang umph!"

"hei! kite sedang cerite masalah umat! serius la sket!"

"baeklah2. tapi btol, syai cameron mmg sedap"

"baeklah. resdolusi kite: kite mengutuk sepenuhnye serangan israel ke atas rakyat palestin"

"eh, perjumpaan kite nnt di mane plak?"

"insyaAllah, fi turkiy"


********

"pakcik, harap pakcik dapat bersabar. ni semua ujian dari tuhan."

"alhamdulillah. akhernye doa pakcik termakbul."

"ha? ape?"

"yela. doa pakcik utk mereka, agar mereka semua syahid di jalan jihad. jika itu yang terbaek utk mereka. erm, ali, hari ni kamu bertugas di mane?"

"saye bertugas di Qaryah Qena"

"oh. pak cik pn bertugas di situ juge."

[berangkat pergi bersame]

"ali!! selamatkan diri!! kite diserang!! itu apache!!"

[bunyi letupan. ali terkene letupan]

"allahu akbar. allahu akbar. asyhadu an la illaha illallah wa asyhadu anna muhammadan rasulullah. terime kaseh, ya rabbi"


++++++++

bagi mereka yang tidak mendengar mase pentomen roadshow palestin tempoh hari. juge kepade yang tak hadir. moga mendapat pengajaran.

Saturday, October 31, 2009

cerita satu.

semasa di sekolah menengah die seorang yg suke menghapal. dapat sesuatu je, die hapal. tp bile smpi sabjek math, addmath dan fizik - die blur. takan nak hapal jalan kire kot (?). tp takpe, cube je dulu, die berazam.

keluar result spm. oh, ternyate sabjek kire-kire die kurang berjaya, fizik, math dan addmath. manakala (oh, skema gile ade penyambung ayat) sabjek menghapal (bio, kimia, sejarah) sumenye cemerlang. die mule berpikir nk amek kos ape. klo amek engineering konpem susah, byk kire². nk amek math lg susah. hmm. bek amek law. senang je hapal² ni.

beberape tahun berlalu. di dalam dewan kuliah. die sedang bercerita di hadapan semua.
"saya amek fizik sbb mase saya spm, saya kurang berjaye. jd saye cabar diri saya utk amek fizik, utk tingkatkan skill saye dlm kire² ni. sbb dulu mmg saye lemah kire². dan skang jadilah saya cikgu fizik kamu semua."


cerita due.

umur die da tue. eh, tadela tue mane. cume patutnye umur die da msk taun 4. tp skang die maseh taun 2. tambah² lg, die sedang mengulang tahun 2. mmg medik agak susah.

keluar result, die ditakdirkan utk reseat paper bln september punyer. moral mule jatuh. tp takpe. die maseh meneruskan. nak naek taun tige! belum sempat habes reseat paper, die diminta utk berkhidmat sbg ajk prog. takpe. die terime.

malang skali. die mendapat ketua yg kejam. ketua mengarahkan die membuat majoriti dari kerjanye. tp takpe, die buat. sambil itu doa², agar natijah yg kuar nnt cmerlang.

keluar natijah, die ditakdiran untuk repeat year. hu~ repeat taun 2 buat kali ke 2. tajaan nye mule dipertimbangkan. tp takpe. die kate, die nak troskan gak. die nak dan akan balek mesia menjadi doktor!


cerita tige

(ini bkn kisah pun)
dalam sejarah 20 taun hidup die, die tapenah tedetik rase risau ttg pelajaran nye. tp skang len. dan ia menghantui nye. mungkin bkn risau blaja sgt. tp mende² len disekitar.

bile die renung² kisah² silam, die mendapati nilai insan cemerlang. yang tak cemerlang pun akademik. dan ini memberi nye inspirasi.

skang, die kembali semangat!




ayuh, ke kuliah!


[kisah² yg diceritakn adelah kisah benar yg berlaku dlm pengamatan aku. kate² yg digunekan mungkin agak skema sbb di ubahsuai utk lebih difahami, haha (ayat kaver)]

Wednesday, October 21, 2009

salam.

alhamdulillah. smpat mencuri2 mase menulis. (bajet busy, huh~)


aku teingat mase belum tibe kat mesir, aku tetanye "apekah keadaan mesir?", "org mesir baik ke?", "btol ke byk mende bole blaja kat mesir nih?".

bile smpi di mesir, aku disajikan dgn cerite² bahwe org mesir keda wa keda (gini dan gini). ade kate arab ni klo dlm jual beli, suke menipu. ade kate byk kes ragut kat sekitar suq sayarat. ade kate arab pemalas, asyek2 bukrah je die sebut. ade gak kate arab pengotor. merate je buang air.

tapi kan, kalo nk cite keburukan, mmg sume org ade.

dan kadang terase cam taseda diri je.

cite pasal arab menipu mase jual beli, oh, org melayu kene igt kewujudan petaling street yg rase nye mmg sgt same dgn kat attabah tu. penuh ngan penipuan dan paksaan tuk beli.

bile cite pasal kes ragut, melayu pun byk ape. asyek2 kua suratkaba ade 'mak cik yg umo da taleh nk lwn org' kene ragut.

begitu jugak yg len.

keburukan biasenye akan menutup kebaikan. sbb salu org nmpk dan carik keburukan je.

kadang tak nampak org arab mmg suke menolong. nampak orang cam sesat, die tanye "ko nk gi mane? oh, metro. jln tros patu nmpk simpang belok kanan."

kadang tak sedar yg kate² arab ni byk doa², tazkirah. ade seorg arab nmpk ade solat jenazah, patu tanye sape yg meninggal. bile jwb "ade mak cik dr mesia yg inggah jap sblm gi mekah", arab jwb "ho, hanya Allah yg kekal"


dan pepatah tak kate "kutuk yg keruh, puji yang jernih",
tp tertulis "buang yg keruh, amek yang jernih"

hence, (rindu addmath, oh bia bena ?)
melayu + arab = melarab


da pilih utk duk mesir, terima lah. jgn asyek nk kutuk arab. (peringatan utk diri sendiri!)
setelah setahun 6 hari duduk mesir [tarikh tibe : 15 okt 2008]

Sunday, October 11, 2009

lima perkembangan terkini.


satu.
kuliah da start. secare rasminye hari ni. kuliah tige hari seminggu; ahad, slase, kames (yay!). tp kelas pukul 8 smpi 8 (woh!). basically gi kelas skang hanye nk dpt rentak, blaja tapaham mende (waa), die ckp dlm bahse arab. dan ade gak bahse inggeris di arabkan (virusat adelah jama' muannas salim kpd virus).


dua.
seperti post di bawah. kami sudah berkerajaan baru. jd sudah tidak tinggal di asrama rumah selangor. jemput2 lah datang ke kerajaan baru kami di bawabah thaniah. ade byk kueh raye mesia sbb housemate sume baru blk dr mesia (hehe).


tiga.
sesi kuliah baru sudah tiba. jadi bertambahla lagi penduduk melayu di mesir ni. patu dak2 baru smpai ni menyebabkan bertambahla ahli2 alumni hira' di mesir. timbul la cadangan untuk menubuhkan aliph cawangan mesir (haha). - ni hanyalah karutan sahaja.


empat.
sudah sebulan setengah penuh tidak bermain bola. hari jumaat lepas adelah hari pertame sejak 20 ogos (2 hari sblm pose). ni menjadi rekod mase paling lame tidak bermain bola dalam sejarah hidup wan hilmi. (50 days without football, hoh! sendiri tapecaye, hanye di mesir bole buat)


lima.
tahniah kepada AJKT baru BKASM. semoga dapat menjalankan amanah dengan amanah dan ikhlas.

Saturday, October 10, 2009

salam.

alhamdulillah, setelah penat lelah kami, setelah mengharungi segala dugaan dan cabaran yang datang, akhirnye terbentuklah kerajaan baru. kerajaan yang sekian lama diidam-idam kan.

minta maaf, bukan kami tak suka kerajaan lama. tapi kami perlukan pembaharuan dan keselesaan. bukanlah bermakna mereka tidak boleh memberi kami itu semua. tapi kami merasa lebih baik kami yang mewujudkannya sendiri. walaupun kami baru dalam bidang pentadbiran, kami akan cuba sedaya mungkin untuk mengekalkan kerajaan ini.

akhir kalam, minta doa dari semua agar kerajaan baru ini berkemampuan untuk bertahan selama yang mungkin.

kerajaan ditubuhkan pada 8 oktober 2009.
dijumpai pada 20 september 2009 (hari raya pertama)
ardhiyah, madkhal alif, imarah 27, bawabah thaniah, hayyu 'asyir, madinah nasr, kaherah

Friday, October 2, 2009

salam. edisi pantas.


Kuliah stat = 3 oktober 2009
Ahli Beit* sampai mesir = 3 oktober 2009
Jaulah PSMB** MARA = 3 oktober 2009
Walimah Qamarul-Khairah & Shuhaib-Uswah = 3 oktober 2009


ahh. masalah!?



* ahli beit = teman serumah
** PSMB = program sambutan mahasiswa baru

Sunday, September 27, 2009



kepada sume,
selamat menyambut aidilfitri.
semoga kemenangan dicapai dari segi sume aspek.

mohon maaf kepada sume,
mama, abah, along, kakngah, mysara, modah,
kaum kerabat kat kampung,
taun ni fes time tak raye kat tganu,
(tipu la klo tasedeyh, cume kene la kontrol)
sahabat-sahabat yg mengenali,
dan sesape je yang ade termasok blog ni.

moga bertemu ramadhan akan dtg.

Wednesday, September 9, 2009

Labels:

bila daku merasa lemah
ku pohon kekuatan
namun kesusahan yang Kau beri
baru ku tahu rahsia insan cemerlang dahulu

bila daku merasa kosong
diri meronta minta bimbingan
namun tidak kutemui apa-apa
hakikatnya hasil itu tidak datang bergolek mudah

bila daku merasa sempit
ku pohon kan kelapangan
namun kesempitan tidak jua beredar
rupanya kesempitan itu lah menghidupkan diri

bila daku sakit
ku pohon dimudahkan urusan
namun sakitnnya bertambah
disitulah bertambah akrabnya aku dengan Mu

bila susah datang menyinggah
puas ku mohon senang tiba
tidak kunjung tiba kesenangan
mungkin itu yang lebih baik untukku

Tuhan
hikmah Mu hanya Kau yang tahu
mengajar ku erti redha
maka jadikanlah aku menyukai
ketetapanMu kepadaku



hilmi jauhari,
bawabah 3, hayyu 'asyir.
09 09 09

Monday, August 31, 2009

Labels:

Hatiku Di Negaraku

Semakin jauh semakin rindu
Terkenang tanah lahirku
Masa pantas berlalu
Hatiku sentiasa disitu

Walau jauh daku berada
Meski di mana tempatnya
Tak pernah hilang di minda
Hatiku sentiasa di sana

Cabaran dugaan melanda
Mencabar rasa setia
Nafsu, syaitan ditentang jua
Hatiku tetap bersama

Kau sekarang sudah maju
Jangan lupa pada Yang Satu
Akan ku kenang selalu
Hatiku di negaraku



Juara Pertandingan Mencipta Lagu Bulan Kemerdekaan 2006
Penyanyi asal: Wan & Zahir (feat kelas5007)
Pentas: 4 Fudhail 'Iyadh 06
Lirik: Hilmi Jauhari
Lagu: Foo-art






* tade artis nk nyanyikan ke utk pertandingan 1malaysia (?) hehe.




** oh. terkenang zaman silam. sudah² la tu




*** tunggu fuad dtg nyanyikan semula. boleh buat video kot :P

Thursday, August 13, 2009

semenjak due menjak ni, kerap bermen dgn excel dan powerpoint. ade saja tugasan dek program yg x penah henti. dpt la aku explore sket powerpoint ngan excel office 2007. tu pun sket² je la aku sempat nk explore.

sedang aku melayari tenet, dpt satu im via ym dr kawan. "wei, tgk ni [link]". oh. rupenye office 2010 da nk kuar. x sempat aku nk bermanje dgn office 07, office baru da nk kua. laju sungguh perkembangan ICT skang nih.

teringat kenangan² silam. mase kecik² dulu. mase tuh sape tade kad dragon ball, die ketinggalan zaman, pastu zaman terus berubah. sape tade 'tamiya', die mmg tade jiwa kanak-kanak. patu, msk pulak zaman men game. fifa, metal slug, rockman dll. ni lah keje² kanak-kanak jiwa moden.

pantas mase berlalu, masuk pulak era mp3. sume remaja terkejar² memiliki mp3. dunia globalisasi tambah maju lagi, memasuki era henpon. skang sume men compare, henpon sape lg canggih, henpon sape lg mahal. pastu, motosikal lak menjadi ukuran. tak henti di situ, tros memasuki era laptop. ade yg maju selangkah tros ke era PC. apepun, yg pasti, kini remaja dan laptop cam sinonim (ayat lebih²)

rasenye, lepas ni msk era kete², lepas tuh, tak cukup gah lagi, msk era rumah. rumah sape lg gempak dan besar.

itulah manusia. kalau harta da bkn kat tangan, die msk menetap kat hati.


Monday, August 3, 2009

salam

sekian lama tak menulis. penoh sejak-sejak ni. pergi sana pergi sini. saje-saje mengisi mase lapang di musim cuti. klo tak, sia-sia lah berlalu begitu.

ade gak beberape mende yang tak kesampaian jugak buat. bile byk sgt mende nk kene wat, bile ade mende yg bertembung, pastinye salah satu kene tolak ke tepi, tak pun kene kurangkan prioriti mende tuh. supaye boleh fokus kat mende yg lg besa dan penting. walaupun bes mane pun pekare tu, yg besa dan penting tetap lg besa dan penting.

bile berlaku penolakan ketepi, mule lah berbunyi suare² di belakang. terkadang berbaur kutukan, perlian, persoalan yang memang takleh nk jawab, ejekan dan macam² lg. lg trok bile ade yg pandang pun sekilas, masakan pulak senyum akan terukir bile berjumpe.

aku penah duduk² lepak, kemudian terdengar, "die tu mmg. ramai sgt kawan die smpai kite² ni terabai". aku terkedu. oh, rupenye die bknnye tgh cakap pasal aku. perasan je lebih. lega, tp terpikir. susah jugak berkawan ramai. byk hati yg perlu dijage.

tak sume hati same. ade yg besa sket, ade yg kecik sket. ade kemerah²an, ade yg da hitam gelap. ade yg tenang, ade gak yg cemas sket. mustahil satu hati dapat seiring dgn byk² jenis hati yg len.

*******

di asrama rumah;
"we, wan! tade citer korea/jepun ker?"
"ma fish ya amu (tade aa pak cik)"
"ape la. korea/jepun aa bes. tgk holywood bosan. sume nk komputer² je"

sbnrnye, ape yg membuat org berminat utk tgk citer² korea/jepun. aku x bape pasti. tp yg aku tau, hasil sembang dgn beberape kipas-susah-mati citer korea/jepun, citer² mereka adelah real. benar. tiade penipuan. bkn maksudnye diorg tgh tak berlakon. diorg berlakon jugak. tp air mate mereka yg klua semase berlakon tu air mate yg klua btol² hasil feeling yg mendalam terhadap lakonan. tak seperti citer melayu, yang memerlukan eyemo utk buat nangis (minta maaf industri lakonan malaysia). tak jugak seperti hollywood yg memerlukan kehebatan komputer utk buat aksi² letupan bom dan sebagainya. bkn nk bekap korea/jepun (syek jgn perasan), tp tulah mende yg aku rase membuat org tertarik. sudah dgn korea/jepun.

*******

baru ni aku terdengar menenai sejarah lagu pemergianmu nyanyian in-team. diceritakan mereka baru pulang dari umrah, dan tros membuat lagu itu. dan mereka mengatekan chorus "dan tibalah waktu ajal bertemu..." dirakam berulang² kali. disbbkan setiap kali smpi part tu, mereka akan menangis. hu~
"Lagu ini dimulakan dengan sebuah narration yang sangat menyentuh hati, menceritakan tentang tingginya kecintaan dan kerinduan umat Nabi Muhammad setelah pemergian baginda. Dengan diiringi permainan piano yang cemerlang, ditambah dengan isi narration yang sangat puitis, saya begitu tersentuh. Saya harus berterus terang untuk menyatakan bahawa hidung saya sudah mula ngilu apabila mendengar narration ini. Apabila narration tamat, intro lagu ini menggunakan permainan piano dengan melodi yang sama menunjukkan seolah-olah narration tadi adalah sebahagian daripada lagu ini. Ditambah dengan bunyi bass yang kena pada butir lirik yang disampaikan, begitu menyentap jiwa. Saya hampir tewas dengan emosi sendiri apabila mendengar lagu ini hingga ke hujungnya. Satu garapan muzik, lirik, dan nyanyian yang cemerlang daripada inteam yang begitu menyentuh hati. Maafkan jika saya agak emosional dalam ulasan untuk lagu ini tetapi saya perlu terangkan bahawa pertama kali saya mendengar lagu ini adalah pada waktu awal pagi, 1 pagi dalam suasana sunyi – keadaan yang cukup sesuai untuk mendengar dan menghayati lagu seperti ini."
dan inilah komen dipetik dari sebuah laman.

*******

menjaga hati memang susah. sangat susah. tapi dengan hati yg tulus ikhlas dan benar, setiap hati pasti akan tersentuh. orang tua kate ape, apa-apa dari hati pasti akan jatuh ke hati.

maafkan aku kawan-kawan jika tak menunaikan apa-apa hakmu.

hamba yang lemah,
wan hilmi.


"barangsiapa mencari redha Allah dengan kemarahan manusia, Allah akan redha padanya dan manusia akan redha padanya. barangsiapa mencari redha manusia dengan marahnya Allah, maka Allah akan murka dan manusia juga akan marah padanya."

Sunday, June 28, 2009

selesai periksa. results pun sudah dapat. alhamdulillah. sekarang tiba cuti. ya, cuti panjang lagi tu.


masuk musim cuti, pasti kedengaran kata-kata sebegini.
"whoa. bosan giler! tatau nak buat ape."


hakikatnya, banyak saja bende yang boleh/mesti dia lakukan. cube ingat diri kau sape.


A) Kau seorang hamba Allah. hak² sebagai hamba Allah:
- beribadah.
- tidak melanggar perintahNya
- melakukan suruhanNya

B) Kau adalah khalifah.
- mengimarahkan bumi
- mengembalikan sistem Islam di muka bumi
- menyebarkan ajaran Islam

C) Kau juga seorang anak
- mendoakan ibubapa
- tidak mengecewakan ibubapa
- memuliakan mereka
- bertanye khabar jika berjauhan
- kenal dan hormat kawan² mereka

D) Seorang kawan kepada kawan² kau
- bertegur sapa
- ziarah
- tanya khabar

E) Seorang pelajar/anak murid
- belajar sungguh²
- tidak mengecewakan guru
- hormat cikgu

F) Seorang jiran
- ambil berat
- tanya kabar
- jaga keselamatan

G) Seorang saudara dari ratusan sanak saudara
- ambil tahu sape anak sape (hoh)
- tanye kaba
- ziarah


huh. dan byk lagi. contoh je ni. cam wat point2 mase jawab PSI dulu jer. blom msk sebagai suami/isteri/ayah/ibu. tp ape pun, patutnye diorg kene ckp "peh. tatau nak buat ape la!" haha



"wajibat akthara minal awqat"

kewajipan itu lebih banyak berbanding masa

Tuesday, June 9, 2009

Do you ever wonder why your arabic is still rubbish even though you had live for 8 months in Egypt?
Don't you ever want to improve your arabic?
Do you really think that by just sitting around will improve your arabic?


Think again.


Well, there's this activity that you can consider doing to increase your arabic vocab and communication.

What you'll need:
  1. time
  2. money
  3. more money
  4. idea
  5. stamina
yeah, that's just what you'll need for this activity. it's very simple.

here's what to do.
warning: do not blame me for wasting your time on reading this post.

1. wait for a bus at 'gamie' or 'bawabah'. (or wherever you prefer)
2. just hop in any bus. repeat, ANY bus.
3. take a nap (if you got seated) or just stand. Instead, you just can start your activity here. Try to start a talk with the 'ammu ugrah'. About any topic you like.
4. Exit the bus at the last station (akher mahathah). Note: You're supposed to not know where you are.
5. Here comes the fun part (oh yeah?). Try to find your way home without taking the bus you have just took. and, of course, without taking a taxi (that would be your last choice).
6. it's supposed to be very easy. so then, instead of going home early, take another bus (any bus) so that you extremely have no idea where you are at.
7. now, find your way home


Tips & Info
- egypt people are kind. if you say you are lost, sometime they will ride you home. but beware though. no all people are that kind. you know what i mean.
- there is a saying in malay "malu bertanye sesat jalan"
- you may test this in another country and/or different language. but it is only tested in egypt with arabic (ammiyah)
- not recommended for girls
- try to go home before maghrib. it'll be dangerous afterwards.
- egyptian-arab like to talk. so if you do talk alot, basically, it should not be about one topic only.
- egyptian-arab is crazy about football. but they don't care about any football team out of their country. ha ha.

there you have it. masyi arabic in just days. like i said, don't blame me for wasting your time on reading this post. it's just a lame idea after all. but's it's worth trying it, no need of extra exercise, no need of unnecessary pills, no need of diet. it's just that simple. also proven by the infamous azri iskandar.





this post is inspired and tested by:
muhd rushdi afifi asbullah
last seen in cairo 26 dec 2008
credits to him

Sunday, May 31, 2009

dengan namaNya Yang Maha Pemurah dan Pengasih.
puji dan syukur kepadaNya.
selawat dan salam buat junjungan besar.


kagum. aku kagum. walaupun baru hidup 20 tahun (lebih kurang aa), aku dapat alami revolusi beberape pekara. contohnya revolusi nasyid. kalau dulu 'selimut putih', sekarang 'insan bernama kekasih'. kalau dulu berserban, sekarang tak balik rumah 3 bulan. contoh lain revolusi tudung. ade 'tudung wardina', patu 'tudung waheeda'. kalo datang mesir pulak, ade tudung lolipop. wateva la.

tp tanak cite revolusi tu sume. tak bes. ni nak cite revolusi belajar. sekarang ni, kalau pas abes sijil kat fom 5 tuh, mesti sume pening. "eh, nak amek ape ye? kos ni ke kos ni" "tanak la. ni susah. ni bes sket" dan lain2.

zaman sekarang yang moden (oh, da moden da ke?), manusia pun mula menonjolkan kreativiti masing2 dgn buat mcm2 teknik belajar. smpi nek pening org nk pikir mane yg terbaek. jom kite tengok ape yang ade:

  • Pengajian Luar Kampus (PLK) - ni utk org stadi part taim. ade org pikir nak duet die same meningkat dengan ilmu die. jd die keje sambil belajar. kelasnye dibuat luar waktu kelas biasa. cam waktu mlm ke. tapi pekse die same² ngan dak² full-time.
  • Pembelajaran Jarak Jauh (PJJ) - ni utk org bijak pandai selalunya. die bantai amek due degree. jadi takan nk dtg kelas due² sabjek. letih aa. jd die daftar salah satu sbg PJJ. die belajar dari buku, atau internet. atau amek kelas tusyen ke. huu~
  • Twinning - ni seronok. org kate 'jauh perjalanan luas pemandangan'. kalo mcm degree die 4 tahun, 2 tahun kat kolej A, 2 tahun lagi kat uni B. mmg luas pemandangan btol la.
  • Oversea - ni pun agak bes. belajar kat negara orang lain. patu pilih plak negara yang org nye byk gelagat (tiada contoh disertakan). mmg seronok!
  • Exam-oriented - oh. ni teknik belajar berdasarkan pekse. belajar untuk lulus pekse. pelajar bukak mulut jer. nnt pengajar bagi makan.
  • Last-minute hardwork - heh. ni byk terdengar dlm kalangan dak2 medik mesir. main game, tgk movie smpi bln 3. bile msk bln 4, benti kurangkan jap sbb nk stadi. pekse da nk dekat. bile da pekse "huh. tatau la cane. tuhla stadi las menet aa"
  • Muqoror-based study - haha. ni ade satu je tpt dijumpai gune sistem ni setakat ni. di salah sebuah institusi di dunia. doktor bagi "ha. bace mukesurat 80-93. patu 110-135." makanya, tu yg akan masuk pekse. tp soklan cane kua tatau la. die x ckp. jadi, bile taun dpn dak taun satu tanye "ust, tak paham la mamnu' minas sorof ni. terangkan sket" ade la jwpn "aduh. tatau la. ni bkn muqoror taun lps" -_-"
  • Out-of-silibus-study - ni kire cam belajar suke². die daftar belajar syariah. tp die minat fizik. jd die belajar fizik sendiri² dari buku ngan internet. sijil atau ijazah tadapat. tp die dpt penghormatan dan respect org len. mantap²
  • Talaqqi-style - ni pun dtg berdasarkan minat. die jumpe 'ahlaz zikr' nye, mintak tlg ajar. cam mintak org arab ajarkan bahse arab. selalunye free. tp kan da kate. da revolusi skang. jd skang kene baya plak. kat negara len tatau la ade ke tak style ni, tapi die masyhur di negara² arab.


jadi, apa style belajar anda?
pape pun style belajar anda, tahniah kerana anda belajar!

Monday, May 25, 2009


alhamdulillah. selesai. lega.

hasilnya dlm dua minggu lagi.
doa najah harapnya.




memasuki fatrah cuti.
doa moga thabat dan tak hanyut.





ini adalah post ke seratus.
tahniah!

Saturday, April 25, 2009

[sambungan]

syukur.. syukur.. syukur Ya Allah. syukur.. Alhamdulillah.


(straight to the point)
zaman kini, ramai yang mengaku "saya hamba Allah". kadang-kadang, mereka cakap tak tahu maksud. jadi saya tolong mereka mentafsirkan ayat ini.


hamba I 1. abdi, budak belian, sahaya; 2. saya (utk merendahkan diri): ~ dengar tadi encik mengatakan encik berniaga di Singapura; tuan ~ (sbg menghormati orang yg dilawan bercakap) tuan; 3. ya, tuan (disebut ketika menjawab pertanyaan dsb); 4. (Komp) peranti yg dikuasai atau dikawal oleh peranti lain;

abdi orang yg dimiliki oleh seseorang lain dan terpaksa melakukan apa saja yg diperintahkan oleh tuannya (tanpa mempunyai kebebasan atau hak sendiri), hamba, hamba tebusan: ~ negara Id pegawai kerajaan;



hamba ni org yang bekerja dan tak layak untuk mendapat balasan. berbeza dengan orang gaji. mereka bekerja dan mendapat gaji hasil daripada kerja2 dan usaha2 mereka.

******

dulu, masa saya muda2 dulu di peringkat sekolah, fenomena ini telah pun berlaku. kemudian saya singgah2 di matriks yg paling dekat dgn umah saya. saya dapati perkara yang sama berlaku. skang saya duduk bersama golongan agamawan pun, fenomena ini masih berlaku. apa yang saya lihat, tika menjelang nya sesuatu yang sangat memerlukan pertolonganNya, barulah mereka bersungguh melakukan suruhanNya.

paling ketara ketika mane peperiksaan mule menjelma. surau pun mule penuh. ahli qiamullail pun meningkat. bacaan qur'an slps maghrib semakin hangat. berdoa pun lame2.

malang skali, selepas berlalunye peperiksaan, lebih2 lg bile da keluar result, semua nyer lesap. surau makin berkurang ahli, malam makin sunyi dgn org, qur'an mule berhabuk. oh. sedih2.

jadi layaknye mereka mengatakan "saya orang gaji Allah". tak dinafikan mase peperiksaan tu mmg semangat beribadah datang sendiri. tapi patutnye ia jadi pemankin untuk terus bersemangat selepas itu. kalau semangat nya pudar selepas mendapat result, same seperti buruh dapat gaji selepas siap bangunan. siap bangunan, gaji masuk, berhenti bekerja.

jika belajar dan ibadah utk periksa, habes pekse, dpt mumtaz, benti belajar, benti ibadah.


"apa yang kerana Allah berkekalan dan bersambung,
apa yang selain Allah akan terputus dan terhenti"



exam mode~


p/s: sekarang hingga akhir mei, saya rasa ramai menghadapi peperiksaan. hasip mahmud di uitm, syek dgn adtp nye, meo dan multimedia di mmu, zaher sem akher matriks, sekalian azhari di mesir, dak² medik mesir dan juga peperiksaan sem 1 dak² hira'. semoga berjaya untuk semua dan ingat²lah keutamaan anda.

Monday, April 13, 2009


aku kat sini bkn nk cite pasal kat mesir tade secret recipe dan aku rindu nk blk mesia utk rase secret recipe. juge bkn nk promot secret recipe ade macroni sedap dan kek yg lazat. bkn. aku nk cite pasal bola. klo x minat, bole pegi kat senarai link kat seblah dan tekan name yg bes. haha.



baru-baru ni ade org msk tonamen futsal, lalu die cite kat aku "kitorg esk ade tonamen ni. tade tips ker?" aku pun terpikir sejenak. hmm.. aku jwb "men leklok". hakikatnye aku tatau nk bg jwpan ape yg terbek. haha.


tp baru2 ni, aku sendiri msk beberape tonamen. aku cube mencari 'ape care nk kasi menang?' dan setelah habes, aku dapat membuat beberape inferens. selang beberape hari, aku tgk perlawanan manchester united lwn fulham (sini). dan ini menguatkan lagi inferens aku.


cite sket la (semangat lebih), [note: aku bkn fan man yu] manchester baru saja mengalami kekalahan. kalah nye mmg agak teruk. kalah di tempat sendiri, kalah yg memalukan 1-4, kalah dgn pencabar tedekat (livepool). jd, tekanan pun dtg menghinggap di bahu2 pemain manchester ni. tekanan utk menang liga. dgn bebekal tekanan, tensen dan rase 'mesti menang', mereka bertandang ke gelanggang fulham. dan baru beberape minit, diorg da ketinggalan 0-1. bertambah la lagi tekanan dan tensen tu. dan tekanan dan tensen mereka tu plak diterjemah seperti kelakuan rooney dan ronaldo. (kene tgk video baru paham. hehe)


bg sesape yg tatau, ronaldo adelah pemain terbek dunie 2008. oh. itu org rame yg bersetuju. tp dlm keadaan tekanan, aku rase die talayak memiliki gelaran tuh. aku pun terpikir, andaikata cristiano ronaldo tu ade kembar 10, semua terer cam die, sume men kat man yu, man yu tetap takan menang klo sume tgh men dlm keadaan tensen dan tekanan.
bile kite men utk menang, die akan rase tekanan. bile kite tgh tak menang, sume bende jadi tak kene. silap sikit kite besarkan. org kate ni, kite kate tu. dan macam-macam lagi.


hmm. jd aku rase antare faktor kejayaan adelah mental. pengurusan mental. jikalau anda lakukan sesuatu tu setiap hari, masakan anda akan rase bosan. 'ceh, setiap hari aku wat mende same je'. melenkan jikalau anda rase seronok wat mende tu. tak begitu? bile rase seronok, kalah pun x pe.


ni resipi aku. mungkin org len ade resipi len. yg pasti, skang klo ade org mintak tips aku da ade skrip jawapan.


skang kaitkan lah dengan mende lain. dapat?



[bersambung]

Saturday, March 14, 2009

bismillah.

tak banyak hendak dicerita. kali ini hanya hendak menjawab beberapa soalan selalu ditanya (FAQ). hanya membantu mereka yang memerlukan. lg2 waktu result spm da keluar ni.

*****

Q: cane duk mesir? best x?

wan menjawab: biase je.
(soalan cani susah nk jwb aa. ni da ala2 soalan azhar. tatau nk jwb cane. kalo spesifik sket bole la kot)

*****

Q: ape besnye mesir? asal rame nk ke situ?

wan menjawab: rame ker? haha.. tanyer la diorg. mungkin ade piramid kot. ataupun kos blaja medik kt sini murah. atau sbb sini kan gudang ilmu.
(ni pun soalan susah nk jwb ni)

*****

Q: susah x medik kat mesir?

wan menjawab: tatau la cane. sbb x blaja medik lg. tp hasil dr pemerhatian bdak2 medik len, biase je kot. bole je dak2 medik men bola stiap ari jumat. ade je dak medik sampai bwk xbox 360 dr mesia. blom lg kire dak2 medik yg ade PSP. [ini fakta. tiada unsur2 perli]

*****

Q: caner nk apply medik mesir?

wan menjawab: ade 3 care. pertame, melalui jpa/mara/yayasan negeri. ni utk mereka yg bijak pandai la org kate. kedue, melalui agent. maklumat lanjut tanye yg berkenaan. ketige, sendiri. care ni dgn pergi ke laman web mohe tuh, carik borang die, dan muat turun sendiri. selesai isi, hantar kan kat alamat yg die suh. kat putrajaya salunye.

*****

Q: melalui agent tu caner?

wan menjawab: kan da kate tanye org berkenaan. haha. carik agent yg menguruskan pasal blaja medik di mesir. dan bincang dgnnya. tp bg aku, dtg la melalui kpt. [tanpa ada menyebut mana-mana pihak]

*****

Q: uni ape plg bes?

wan menjawab: ikot individu masing2. tp ni hasil jelajah sume uni kecuali alex dan tanta. dr segi infrastruktur, ain shams nmpk plg smat. tp zaqaziq nmpk cam 'akan' smat. sbb ade bangunan baru dlm proses. klo suke bersukan, uni mansurah pilihan anda. sbb dak2 sane aktif dan salu bersukan (terutama bola dan futsal la). tp bole je nk gi situ salu. mansurah-kaherah dlm 2-3 jam perjlnan. LE7-10 sekali pergi.

*****

Q: tajaan ape selalu org amek?

wan menjawab: hm.. pnjng lebar gak klo nk jwb ni. tp klo utk uni Azhar, jpa/mara tade la. yg ade zakat negeri dan yayasan atau private (dtg sendiri). klo nk bole dtg scr private, kemudian mase taun 2/3 nnt mintak la jpa/mara.

*****

Q: caner nk aply zakat selangor?

wan menjawab: oh. ni senang nk jwb. pergi ke bangunan mais sblah masjid negeri. msk menare sblah kiri (jika menghadap dr masjid negeri). menare slatan kot namenye. naek ke tingkat 9. kuar lif tu, belok kanan. patu msk pintu. lps tu belok kiri smpi ke kaunter. tekan loceng (klo tade akak yg jage tuh), kate, "saye nk mintak borang dermasiswa". patu jwb la soalan2 akak tuh. nnt die suh isi borang dan akan bg borang len. bwk blk. isi borang tu dgn jujur, patu hantar dan tunggu pnggilan. tunggu je walaupun lame.
maklumat lanjut carik di sini.
lg satu, mase isi borang kpt tu, bhgn tajaan - kosongkan. tak perlu tulis zakat selangor.

*****

Q: kalau amek zakat selangor kene bayar blk/keje dgn slngor x?

wan menjawab: oh. tade. tu yg besnye zakat selangor. die kate "korg tlng promot2 (suh org bayar) zakat pun ok la". dan cam biase la. klo gagal tu die potong dermasiswa.

*****

Q: ape silibus blaja kat sane?

wan menjawab: uni laen tatau. rasenye taun 1 & 2 sabjek biase la; anat, fisio, histo dan biokem - kec mansurah dan alex. tp klo uni Azhar bace sini. pasal sanah ta'hiliyah tuh (yg sedng aku lalui skang), ade sploh sabjek agama. blaja bkn dlm kuliah tp one-on-one dgn doktor. patu blaja slame 3 bln je lebey kurg. dan blaja sgt santai. kelas 3 hari sminggu. 3-4 jam je sehari.

*****

Q: bape agak2nye kos sara hidup kat sane?

wan menjawab: murah je. lebeh kurg LE400-LE600. (sile cek sini utk tukar matawang). klo lebeh itu kire da mewah la kot.

*****

Q: ade ape2 lg?

wan menjawab: tade.



disclaimer: pendapat yg tertulis adelah pendapat sendiri. tidak ade niat menjatuhkan mana-mana pihak mahupun mengutuk. hanya membantu mereka yg berminat. sbb aku sendiri dapat maklumat mengenai pembelajaran di sini secara online dan bertanye kepada senior2. maklumat lanjut boleh tanyer yg berkenaan.

Tuesday, February 3, 2009


Pesta buku rupenye ade juge di mesir.



Buku nye tersangat amat la byk. nk pusing seharian suntuk rasenye x cukup. jd pegi utk tgk2 je la. lg pn bace x paham.



Teringat mase kecik2 dulu. bace buku "mr. small", "mr happy".
dulu bace nk blaja english. skang ade versi arab. huhu.



Sunday, January 25, 2009



INGAT MATI




"orang yang paling bijak adalah orang yang sentiasa meningati mati"




al-fatihah utk saudara Hatta (Terengganu), tahun 1 kuliah usuluddin.
kembali ke rahmatullah 24 Jan 2009, 1.30 pg

Sunday, January 11, 2009



tunduk. tafakur. doa.


* * * * *

ahmad nak makan. perut da lapar. dia masih lagi berdoa. "Tuhan, bukankah Kau Maha Mendengar? bukankah Kau Maha mengasihani? bukankah Kau yang menurunkan rezeki. berilah aku sedikit rezki untuk hari ni." namun doa nya seperi tidak dimakbulkan. seakan tidak ada yang mendengar.

tak heran die rasa camtu. die hanye dok umah. berdoa. bajet dengan berdoa saja tanpa usaha rezki akan muncul? bajet2 doa saja tanpa keje rezki akan jatuh dari langit.


* * * * *


semua manusia berdoa. semua manusia sedih. prihatin. "Tuhan. selamatkan saudara kami di Gaza. satukanlah barisan mereka. kuatkanlah pegangan mereka. hancurkan lah kaum yahudi dan sekutunye." namun seakan doa kite tidak didengari nye. palestin terus di tindas.

masakan ia begitu. ramai berdoa. patu sambung lepak kat kedai kopi. isap rokok. bukak citer len. gelak2 sampai ke lewat malam. ade yg berdoa. patu gaduh. sabotaj sane sini. nak jadi wakil. ade plak yg doa je. solat pn tak. huh.

* * * * *


"Yahudi bkn kuat. Kuatnya yahudi kerna lemahnya orang Islam"


"orang Islam tidak akan menang selagi
bilangan jemaah solat subuh menyamai bilangan jemaah solat jumaat"




sekali lagi.
tunduk. tafakkur. doa. amal.



Thursday, January 1, 2009

1, 2, 3
permulaan nombo.

A, B, C
permulaan abjad rumi

alif, ba, ta
permulaan abjad jawi

muharram, safar, rabi'ul awal
permulaan tahun hijrah

january, february, march
permulaan tahun masihi

saje intro busuk. tade kaetan pun disitu.

sume bende pasti ade permulaan. dan permulaan ni sbnrnye penting. ia menentukan keadaan kite sepanjang pertengahan sehingge sampai ke pengakhiran.

tapi permulaan ni adalah fasa yang tersangat amat la susah. memulakan bisnes, contohnye. ia sgt perlukan kesabaran. keuntungan x dtg sekelip mata. malah perlu mengeluarkan modal lg. di tambah dgn kedatangan dugaan yang x diingini lagi. ia perlu dirancang dgn teliti. langkah yang diambil perlu berjaga2 dan selamat. fasa permulaan ni lah yang akan menentukan perjalanan bisnes yg seterosnye. jika permulaan yg baik, bisnes jadi lancar. dan bile untung mule masok, poket makin menebal, dompet da taleh nk tutup, perot pulak makin buncit, dan rumah pun makin besar.

contoh len. dalam kehidupan seharian. bile bertemu dgn org yg kite takenal, susah utk bukak mulut dan bertaaruf. nk mulekan tu susah. "salamualaikum. pe kaba? name sape? saye wan. saye tgh cuti." itu pun susah. tapi bile da kenal. rupe2nye die adelah kawan rapat kite nye klasmet dulu. tak pun dulu kite penah pergi jambori same2 dulu.

tahun baru pun baru menjelma. muhasabah. bersame pastikan permulaan nya baik agar di tgh nye bagus dan akhirnye cemerlang.

ameen~


الفترة بعد المجاهدة من فساد الأبتداء
"Lemah semangat selepas bermujahadah hasil daripada permulaan yang buruk"




gambar-gambar hiasan. saje-saje tarok.


Copyright 2008 tulisan ini . All rights reserved.

Template By: Hive Designs Ported By: Theme Lab. Blogger by akOOgle